Thursday, January 09, 2025

DAPUR BERASAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Rindu dapur, rindu nak masak. Balik je dari Jepun, Alhamdulillah barang makanan dalam fridge masih ok. Dalam freezer memang elok Alhamdulillah. Yeyy dapur BERASAP kembali. 


Hubby pergi kerja, kita godek2 peti. Lunchtime, lapar. Jumpa sayur bayam. Ada drummet Ramly. Masuk dalam air fryer. Salut dengan Sos Gochujang Korea. Bayam tu, tumis garlic dengan butter, masuk susu sikit, bayam, garam, lada putih + cheese sikit pun boleh. Ratah lauk sorang2. Malas masak nasi, nak makan sorang je. Kenyang Alhamdulillah. 


CHEESY BUTTER GARLIC BAYAM & KOREAN FRIED CHICKEN 
Piring tu door gift wedding anak kawan. Alhamdulillah boleh guna.


SUP TULANG MERAH
Tulang daging ada dalam freezer. Keluarkan malam nya sebelum tidur. Pagi direbus dalam NOXXA HP45 dengan 4 sup punjut dan 3 asam keping. Air jangan banyak, ampuh sikit je tulang tu. Nanti air tulang dan daging keluar sama kan. Bila siap, tunggu seketika, buka penutup, masukkan bawang dikisar, ciliboh, sos tomato, sos cili, pes sup (seperti di bawah), garam, gula. Sambung HP10. Kalau kurang pekat, boleh guna mode STIR FRY, (tanpa periuk ditutup) sambung masak sampai sup agak pekat, terpulang masing2.

Resepi pernah share dulu tapi yang ni shortcut sebab malas. Tak ada tumis2, lebur semua dalam NOXXA selepas tulang direbus. Kepekatan sup atas masing2. Kami suka pekat. Sup ni berempah dan masam manis. Boleh makan dengan nasi atau cicah roti. Tak dan nak snap dalam pinggan, lapar dan lupa. Hehe. Yang putih2 tu rupanya campur bahagian lemak.


PES SUP favorite terkini. Senang sekarang tak payah nak menumis bagai. Campak2 je dalam periuk, done. Alhamdulillah.


Balik Putrajaya baru ni, teringat oven lama tak guna. Bancuh satu adunan.


Alhamdulillah elok jadi MARBLE CHOCOLATE CAKE.
RESEPI MARBLE CHOCOLATE CAKE. 
Memang suka resepi Layla Salikin ni.


LAKSA PENANG
Satu pagi, buka peti, jumpa ikan. Walaupun spesis besar, guna je lah bahagian isi. Bunga kantan, daun kesum frozen semua ada Alhamdulillah. Lupa snap laksa dalam pinggan, lapar kor, so snap sebelum simpan sebab ada lebih. Wink wink.


Baru ni hubby kata work from home. Pagi makan temosa dan toast. Buka freezer jumpa nasi putih frozen. Defrost kejap. Buat nasi goreng kampung sempoi & telur mata. Air fry DRUMMET RAMLY. Cukup untuk dia. Sebab suridapur ni buat kerja sambil makan macam2 ada roti, snacks jajan dll. Hhmm lepas tu komplen berat tak turun. 


Ada leftover SUP TULANG MERAH. Isi hancur2 seciput je. Macam biasa simpan dalam freezer. Defrost, bawa keluar awal2. Masukkan ke dalam sup, capsicum dan tomato dipotong dadu, oregano, black pepper. Adjust lah kepekatan, masam manis semua, tambah sos cili/tomato ke. Bila menggelegak, pecahkan telur. Tabur mozzarella. Yang dalam pinggan ni, hubby punya. Telur kuning terburai sikit.


Yang ni suridapur punya. Snap foto dalam periuk, lawa la sikit.


ALA SHAKSOUKA
Masuk dalam pinggan, huru hara sikit. Janji sedap kenyang Alhamdulillah. Cicah roti sedap. Andaikata ada sup lebih walaupun sikit, simpan je. Ada la kegunaan nanti. Campak sayur2 atau ayam itik unta, dah boleh jadi lauk, makan sorang2. Antara kisah2 memasak sebelum ni, yang sempat dirakam buat memori.


SAMBAL KENTANG
Legend ni. Dah lebih 6 tahun kot kami makan keluaran ini. First time jumpa di STESEN PETRONAS area KL. Tempat lain tak jumpa. Selalu di STESEN PETRONAS je. Tapi ada yang jual online keluaran HANISA ni.


Serius sedap. Cukup pedas, masin, manis tapi ada lebih manis. Kata orang nak tahan lama. Crispy betul. Ada brand lain tapi tak sesuai dengan tekak kami. Tapi bahaya start makan ni, susah nak stop.

Top commentators untuk 2024. Tunggu kumpul souvenir dulu. Belum cari dalam peti besi lagi. Harap menjadi. Tunggu dan nanti.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

4 comments:

  1. Wah, dapur kembali meriah.
    Sambal kentang kalau saya dapat memang meratahlah tak berhenti. Sedap kan Mulan.

    ReplyDelete
  2. wah Mulan, ni baikkkk punya berasap start up ni, macam-macam kejadiannya, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Meriah menu dapur kembali berasap tu. Sedap pulak tengok kerepek kentang sira tu teringat kerepek kentang sira arwah MIL.

    ReplyDelete
  4. Ini macam balas dendam je sebab lama dah makan on the go...

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com