Saturday, December 14, 2024

DAY 4 : Part 1. ODAWARA KE FUJIKAWAGUCHI.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang. 
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


ISNIN. 2/12/2024. ODAWARA.
Siap breakfast (7E - onigiri, pancake, melonpan lagi), kami dengan daypack masing2 mulakan gerakan kaki dengan berjalan dalam suhu 10'C. 


Kami lalui ODAWARA STATION di bahagian main entrance nya. Ada vending machine jual fresh orange juice. Woww. Juga students sedang beratur menunggu bas. 


Hōjō Sōun
Patung ini terletak di sebelah barat stesen di tengah-tengah pusingan bas dan teksi. Ia diperbuat daripada gangsa dan dibina pada tahun kedua Era Heisei. Hōjō Sōun ditunggang pada kuda di atas lembu yang mengamuk; tapak kaki hadapan kuda yang kacak itu digantung di udara seolah-olah hendak terbang.

Hojo Soun (北条早雲), seorang samurai yang berkuasa daripada keturunan Taira dan ketua Klan Hōjō, ialah raja feudal Jepun yang paling terkenal di Odawara semasa Zaman Sengoku ( c. 1467–c. 1600) – era kekacauan dalam sejarah Jepun. (a
(Sumber : japantravel.com/kanagawa)


Menunggu office buka, kami nak ambil kereta sewa untuk satu hari. Actually pagi ke petang sahaja. Hubby kata dalam RM200 lebih. Kena bawa lesen memandu juga INTERNATIONAL DRIVING PERMIT. Hubby punya permit masih valid setahun, setelah apply dan memandu di Taiwan awal tahun 2024 ni. 


Siap inspect kereta, tengok ada kemek atau calar, hubby pun ON kan Google maps dan drive. Penting ya bila ambil kereta sewa, check semua tu, calar, kemek, luar dan dalam kereta. Khuatir bila pulangkan kereta, mereka claim kita yang buat damage tu. Ambil gambar simpan dalam handphone. Dalam kereta ada je gps navigation tapi hubby prefer Google maps sebab dah biasa lenggok audio nya. 


Melalui kawasan perumahan lokal di sana.


First time tengok rumah di atas terowong.


Signboard di Jepun ada ditulis dalam abjad biasa, so don't worry lah.


Subhanallah dekatnya MT FUJI.


Foto dari dalam kereta. Actually kami ada silap sikit tentang sewa kereta ni. Charge sewa memang untuk sehari, 24 jam. Kami sepatutnya ambil kereta semalam petang before  6pm dan pulangkan dalam masa 24 jam. Sebabnya, office kereta sewa ni buka pukul 8am. Kami rugi di situ, patut boleh drive lagi awal selepas Subuh ke area MT FUJI. Lesson learned. Apa pun syukur Alhamdulillah dan kami percaya ada hikmahnya. Kalau before 8am tu rasanya traffic pun sama sebab time orang pergi kerja. 


PLAZA TOL. Lalu jalan saja di LANE ETC. Hubby pun siap beli RFID camtu. Leceh nak letak coin bagai. Lane cash di sebelah kiri.


Hello MOUNT FUJI. 


Kawasan pergunungan so ada terowong.


Cuaca cantik Alhamdulillah. Nampak jelas MT FUJI, ajak hubby stop di R&R berdekatan. 


Dapatlah snap sikit. Excited sangat sampai lupa bergambar bersama MT FUJI ni. 


Snap je lah dari dalam kereta selagi dapat.


Alhamdulillah hampir ke destinasi nya.


Parking kereta cantik, tepi TASIK KAWAGUCHI.


Menuju puncak. 


Hubby dah awal2 beli ticket. Tapi masih kena beratur. Panjang tapi tak la lama sangat.


CABLE CAR untuk menikmati view dari atas sana. 


TASIK KAWAGUCHI


Alhamdulillah cuaca cantik. Terang semuanya, Subhanallah.



Subhanallah cantiknya sangat.


One for the album. Tak bawak sunglasses tapi memang spesis kurang selesa memakai nya. Sepet mata pun tak apa.


Hello MT. FUJI. 


Hhmm hubby pujuk naik sikit.


Kawaguchiko Tenjoyama Park


Memang famous untuk mendapatkan view cantik MT. FUJI. Menapak naik la sikit. Matahari di atas kepala so pencahayaan jadi sebegitu. 


MT. FUJI PANORAMIC ROPEWAY

Laluan cable car ni mendaki 400 meter dari pantai timur Tasik Kawaguchiko ke dek pemerhatian berhampiran puncak Gunung Tenjo. Dari dek pemerhatian, yang terletak lebih daripada 1000 meter di atas paras laut, terdapat pemandangan panorama tasik di bawah dan Gunung Fuji .

Walaupun kebanyakan pelawat melakukan perjalanan pergi dan balik menaiki kereta gantung, terdapat juga denai kembara dari dek pemerhatian menuruni lereng gunung berhutan yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menuruni. Laluan berbeza dari titik pemerhatian 300 meter mendaki ke sebuah kuil kecil di puncak Gunung Tenjo, dari situ denai diteruskan ke Gunung Mitsutoge, pendakian hari yang popular dengan pemandangan Gunung Fuji yang baik. (Wikipedia)


Selesai cable car ride nya.


Lapar. Yang putih tu kereta kami. Di Jepun, selepas kami tinggalkan Tokyo, memang kereta boxy yang kecil2 ni, banyak di atas jalanraya. Umpama MYVI, AXIA, IRIZ kan. Jimat dan parking senang. 


Love sangat pokok2 musim autumn ni, tapi paling love of course lah anak soleh ni.


MASJID FUJI-KAWAGUCHIKO
Alhamdulillah sampai juga kami ke sini. Lalu lalang di medsos, kami dapat jejak kaki ke sini.


Solat dulu sebab dah masuk waktu. Bersih kemas. Tempat wuduk, toilet. Cuma tempat solat tiada langsir untuk Muslim dan Muslimat. Pandai2 lah adjust tapi tak susah mana pun. Luas selesa. Ada TABUNG DERMA.


Makan puas2 lah masa ni. Sebab gerenti halal. Spaghetti Miso, Nasi + Kari Jepun dan Kebab Ayam. Portion ngam2 tak banyak, tak sikit.


Alhamdulillah. Kami nak datang lagi Insyaa Allah.

Masjid Fuji Kawaguchiko telah dibuka sejak November 2020, menyediakan ruang luas untuk solat yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang, dengan kawasan wudhu (berwuduk) berasingan untuk lelaki dan wanita. Masjid ini adalah sebahagian daripada Projek Pekan Muslim, inisiatif Pertubuhan Promosi Pensijilan Halal Jepun (JHCPO) untuk menyediakan persekitaran yang selesa untuk umat Islam.

Dengan lokasinya yang selesa, pelancong Muslim tidak perlu risau lagi tentang tempat untuk bersolat ketika melawat kawasan Tasik Kawaguchiko. Malah, pengunjung juga boleh menikmati makanan halal di “Halal Food & Cafe”nya.
(Sumber : groovyjapan.com)


Suka sangat suasana ketika ini.


Anak soleh dengan vending machine nya. Dah siap hafal mana yang halal.


One for the album. Dah makan, suhu badan naik sikit. 


Tasik Kawaguchi (河口湖, Kawaguchi-ko , secara harfiah ' Tasik Muara' ) terletak di bandar Fujikawaguchiko di selatan Prefektur Yamanashi berhampiran Gunung Fuji , Jepun . Ia adalah yang kedua terbesar dari Lima Tasik Fuji dari segi keluasan permukaan, dan terletak pada ketinggian paling rendah. Ia terletak pada ketinggian kira-kira 800 meter (2,625 kaki), yang menyumbang kepada musim panas yang agak sejuk dan musim sejuk yang kerap berais. Ia juga mempunyai garis pantai terpanjang daripada mana-mana Fuji Five Lakes. (Wikipedia)


Tak dapat nak stop, snap dari dalam kereta saja lah.
 

Perjalanan kami menaiki kereta, drive sendiri dari ODAWARA ke FUJIKAWAGUCHI. Tak lah jauh sangat dalam 70k tapi speed limit, aduiiii memang tak boleh laju walaupun highway. Alhamdulillah smooth semuanya.

Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.

1 comment:

  1. Subhanallah cantiknya Mt Fuji!
    Seronok tengok ada masjid besar dan bersih di negara bukan Islam.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com