Thursday, December 12, 2024

DAY 3 : BYE BYE TOKYO. KONNICHIWA KAMAKURA & ODAWARA.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang. 
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


AHAD, 1/12/2024. 

Dalam 8.30am kami check out. Kunci letak dalam postbox disediakan. Ada password dll. Senang je instruction nya. Alhamdulillah great experience di apartment comel ni. Puas hati semua lengkap. Siap basuh baju. Tak ada dryer, so kita bawa baju lembap ke tempat baru. Breakfast, hubby dan anak soleh dah ke Family Mart beli onigiri, pancake dan melonpan. Makan selagi boleh sebab confirmed halal.


Bye bye SHIN OKUBO. Hubby dan anak soleh bawa 2 backpack besar 70L each. Satu tu dalam 11kg je. Mommy bawa cabin size day pack 30L dan cabin size bag tarik tu. Ada satu extra duffel bag dalam bag. Balik nanti each akan bawa hand carry day pack 7kg each. Backpack kami banyak, macam2 saiz, beli di Vietnam. Murah, kualiti bagus. North Face, Jack Wolfskin.


Dari SHIN OKUBO STATION, kami tukar train di SHINAGAWA STATION untuk ke TSUJIDO STATION. 
Bye bye SHIBUYA, SHINJUKU, HARAJUKU. Ohhh penat tau heret kaki ku.


Sempat snap foto suasana sekolah dari dalam train.


TSUJIDO STATION
1 jam 30 minit sampai nya. Kami simpan 2 backpack besar di locker TSUJIDO STATION. Di Jepun ni, kena bawa CASH juga sebab locker mostly guna coin. Vending machine juga. Kemudian ke kedai dobi layan diri berdekatan. Dah gugel awal2 Alhamdulillah ada yang dekat. Sempat lah kain lembap semua nya kering. Semua simpan dalam beg hitam tu. 


Kenapa singgah TSUJIDO STATION? Dah plan mesti jumpa ASAO JANET, jiran baik di Ho Chi Minh City, Vietnam dulu. Singaporean berbangsa China, berkahwin dengan suami yang berasal dari Jepun. Kini bermastautin di sana, FUJISAWA, KANAGAWA. Memang rindu dia sangat2. Janet ambil kami di TSUJIDO STATION sebab paling dekat dengan rumahnya. 

Kisah lama dengan JANET, klik di --->> SINI


Janet bawa kami jalan2 sekitar nya. Nampak tak puncak MT FUJI. Selalu Janet post di FB, Mt Fuji dari tingkap dapurnya. 


Dari parking lot, kami naik jejantas, nampak lagi jelas MT FUJI. 


Sibuk semua nak snap MT FUJI. Suami nya pun sekali. Suami Janet lahir di Tokyo tapi membesar di TSUJIDO.


Turun jejantas, kami sampai ke TSUJIDO BEACH. Subhanallah cantiknya.


Patutnya dah sejuk, masuk musim sejuk. Tapi kata Janet, autumn lambat, so cuaca masa tu kira belum sejuk sangat, ramai masih meneruskan aktiviti surfing.


Anak2 Janet ada 3, yang ada masa tu MASAHIRO, yang sulung, sebaya anak soleh. Masa kecik main sama2 dulu. Dah besar malu2. After a while, dah ok boleh borak2. Janet memang bubbly. Tak henti cakap, cerita macam2. Macam dulu jugak. Anak2 Janet dulu, selalu je ke rumah, memang biasa mintak biskut, chocolate dll. Yang perempuan baya anak solehah, balik sekolah tidur sama2 di sofa dulu.


Kata Janet, mereka belum pernah experience TSUNAMI. Tapi selalu diingatkan oleh pihak berkuasa.


Puas di beach, Janet bawa kami ke tempat lain. Jalanraya di situ, banyak trek keretapi.


Train tak laju. Ada driver. Tapi ada amaran untuk kereta berhenti di kala train nak lalu.


Cantik bandar di tepi laut. TSUJIDO ni dalam Bandar KAMAKURA, yang dulu nya merupakan ibu negara JEPUN. Dalam prefecture KANAGAWA. 


Janet bagitau, dulunya dia tak tau kenapa simpang di depan tu (kereta merah), ramai tourist datang bergambar.


Beginilah keadaan sewaktu kami lalu, tapi tak masuk sebab takut tak cukup masa. 


Rupanya lokasi SLAM DUNK
(Sumber foto : Dear Chibi)


(Sumber foto : South China Morning Post)
Begitulah kisah rupanya. 


Janet bawa kami ke tempat lain.


KOMACHI STREET KAMAKURA
Jalan membeli-belah ini sepanjang 300 meter dan dipenuhi dengan banyak kedai dan tempat makan yang menarik. Jalan Kamakura Komachi-dori ialah jalur kemodenan yang unik di tengah-tengah bandar purba, di mana butik-butik bergaya, masakan gourmet dan suasana abadi menyentuh bahu. Juga jalan menuju ke Kuil Tsurugaoka Hachimangu.
(Sumber : j-g-a.org/komachi)


Nayu, anak perempuan Janet, aktif dalam sailing. Katanya, kalau warna kuning orange tu team university Nayu. Yosuke anak kedua pula keluar dengan kawan2. Next time Insyaa Allah jumpa semua. Janet pun marah tak bawak anak solehah. 


Patah balik jalan yang sama nak ke train station. Jelas walau kabur dan jauh, sebab matahari sudah di ufuk barat.


Ini lah train hijau dalam SLAM DUNK tu.


Terserempak jugak.


Janet tunjuk kedai bakery tempat dia berkerja. Boring duduk rumah sebab semua anak2 dah besar, suami masih kerja, dia pun cari kerja. 6 jam sehari.  Syok jugak. 


Time to go, to say goodbye. Sedih jugak lama tak jumpa. Tapi seronok walaupun sekejap. Janet cakap banyak kali, kena datang lagi. Tak pernah tau pasal KAMAKURA. Rupanya banyak lagi tempat menarik. Insyaa Allah kami akan ke sana lagi.

Berborak dengan Janet, mak mertua nya sudah 92 tahun masih sihat naik tangga apartmentnya di tingkat 2, woww. Janet tinggal di tingkat 4, walk up apartment tiada lif. Memang di Kamakura mostly apartmentnya 4-5 tingkat tiada lif. Juga kata Janet, Jepun masih banyak guna duit kertas dan syiling, supaya otak mereka bijak mengira. Bukan bayar dengan card atau QR. Warga tua nya kurang suka menggunakannya.


Dari TSUJIDO STATION, kami naik train ke ODAWARA STATION. 30 minit saja. Besar station ni, bercantum dengan MALL.


Perjalanan kami dari SHINAGAWA (TOKYO) - TSUJIDO (singgah) - ODAWARA, menaiki train.


Rushing jugak ke hotel sebab belum solat Zohor/Asar. Nun di depan macam biasa, chief guide, hubby tu memang laju all the time. 


Tak sangka pulak keluar station, jalan tak sampai 100m terus sampai hotel. Dekat lah sangat. Alhamdulillah. Bilik hotel memang spacious dari apartment di Tokyo. Bilik air pun sama lebih spacious, lupa snap foto. Ada coffee machine, teh, gula, vending machine, microwave, air panas di tiap floor, di satu corner. Semua di luar bilik. Best sangat. Ada juga dispenser - green tea, honey lemon panas sejuk.


Lepas solat, kami jalan2 ODAWARA. 5.20pm dah gelap. Maghrib 4.40pm.


Antara attraction nya, ODAWARA CASTLE. 

Istana Odawara (小田原城, Odawara -jō ) ialah sebuah istana Jepun yang dibina semula di bandar Odawara di Prefektur Kanagawa , Jepun.

Donjon (menara berkubu) semasa (simpan) dibina daripada konkrit bertetulang pada tahun 1960 di atas asas batu bekas donjon, yang dirobohkan dari 1870–1872 semasa Tempoh Meiji . Terdapat kubu pertahanan di atau di sekitar tapak semasa istana sejak Zaman Kamakura (1185–1333).

Istana Odawara yang dibina semula telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 Istana Halus Jepun oleh Yayasan Istana Jepun pada tahun 2006. (Wikipedia)


Cantik waktu malam. Tak ramai orang, sejuk kot. Sebab agak dekat dengan hotel, hubby ajak pergi, heret je lah kaki. Lagipun hari tu tak banyak jalan kaki hehe.


Jalan balik, masuk mall. Guard di entrance hehe.


Open air tempat makan, banyak cafe2. Sejuk lah. Dah start Christmas Sale. Tengok je. Tak ada plan nak membeli.


HIGASHIDORI SHOPPING STREET 
Jepun ni memang banyak shopping street kan. Singgah 7E. Beli onigiri dll, lagi dah lagi. Jalan balik ke hotel, dekat saja.

Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua. 

1 comment:

  1. best nya ada kawan kat jepun tu!! gambar2 semua awesome esp yg ada mt fuji tu!! train ijau tu cute sungguh!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com