Wednesday, October 02, 2024

NO BAKE CHOCOLATE GRANOLA, IKAN SALAI, KEK OREN, TAHU BEGEDIL KARUN.


Search & rescue stok dalam petisejuk magika minggu lepas.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

DOA BUAT PALESTINE, LEBANON, YEMEN & SEMUA NEGARA ISLAM TERTINDAS, SERTA MENEGAKKAN PALESTIN.


Fuhh. Bila pergi kedai baking supplies, macam kena rasuk, macam2 nak beli. Ni macam ada yang lebih setahun ni kot dalam fridge hehe. Jom lah settle kan mana boleh.


Campurkan semua bahan kering. 
Buat ganache (dark chocolate compound/cooking chocolate + butter sikit).  Cairkan sebentar + honey + 1 suduteh peanut butter.

Maaf tau, sebab anggaran bahan tak tau. Cuma jangan terkurang bahan ganache tu, takut tak combine elok, tak dapat texture sepatutnya. Tapi asalkan lekat2 sikit pun ok je. 


Alaskan loyang dengan baking paper. Tekan2 bagi mampat. Sejukkan few hours dalam fridge. Senang tak payah bakar.


Tadaaaa. Baru keluar fridge. First time buat ni. 


NO BAKE CHOCOLATE GRANOLA
Alhamdulillah ada yang elok dipotong, ada yang pecah berderai sikit. But who cares kan. Kita yang makan. Alhamdulillah. Sedap serius tau. Tak manis. Manisnya dari madu dan bahal asal. Ada masam sikit dari raisins. Healthy tak rasanya?


Sabtu baru ni, balik brisk walk, teringat ada IKAN SALAI hubby dan kawan2 buat dalam hutan dua bulan lalu. Masak untuk lunch lah.



Gigih group hubby ni, diorang memancing dan menyalai ikan dalam hutan di DUNGUN dulu. Aktiviti tiap tahun.


Hubby bawa balik 4 ekor besar2 jugak. Sama2 kongsi katanya. Simpan dalam freezer nak tahan lama.


MASAK LEMAK IKAN SALAI
Santan kotak, bawang besar sikit je  dikisar, asam keping, serai, kunyit, garam, cili api. Cara saya. 


Jumpa TELUR IKAN dalam freezer. Stress nak goreng sebab percik minyak haha. Alaa goreng sambil tutup kuali je. SAMBAL CILI PENYET tu bibik adik yang buatkan, boleh makan dengan apa2, memang sedap. Baik sangat orangnya, sayang nya dah nak balik sebab kurang sihat. 


KEK OREN. Pagi Ahad baru ni.


Hhhmm ni OREN yang tersadai dalam fridge. Tapi still elok. Guna 3 biji, buang kulit.


Malas nak guna mixer.

BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur ayam
3/4 cawan minyak jagung
3-4 bijinoren, dibuang kulit
1 cawan gula perang
1 suduteh Esen vanila 

BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A yang telah dikisar dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.


Sebelum dan selepas dibakar.


Nak tabur almond slice sebelum dibakar, tapi lupa. Macam kosong je kek. Guna hirisan limau yang dibakar dalam oven sebentar. Drizzle lemon juice sikit dengan gula aising.


Makan sikit je, tapau untuk mak, Makcik Tema, jiran baik mak & adik nak balik KL, Ahad baru ni.


Baru2 ni beli ayam kisar RAMLY. Nak stock up filling untuk wraps.

Tumis bawang besar & garlic cincang, masukkan serbuk jintan putih + ketumbar (boleh guna serbuk rempah sup/kurma), garam, lada putih.

Bahagi 2 bahagian filling ni. 

Satu bahagian (seperti di atas) disambung masak + serbuk paprika, oregano, parsley dan apa2 lah yang ada.


Satu bahagian lagi, dicampur dengan kentang rebus yang siap dilecek.


TAHU BEGEDIL
Malas nak kerat X. Potong macam peti harta karun je lah. Bakar dalam air fryer. Malas nak goreng.


Ke KERTEH last week, day trip ikut hubby meeting. Lepak rumah kawan, dia hidangkan BUBUR KACANG. Aiihhh teringat2 pulak. Semalam petang buat jugak. Rebus dalam NOXXA HP15 je. Tambah santan, garam & gula Melaka. Yumm.


Yumm lama tak masak BUBUR KACANG.


Buat TELUR DADAR dihiris2. Telur balance celup TAHU BEGEDIL tu.


Makan malam kami, 6.30pm. Campur buah2 yang ada.


Semalam spring clean dapur. Lama tak guna pinggan mangkuk lain yang dibeli. Ok. Tukar set untuk makan hari2. Berdua je pun. Beli online masa PKP dulu, sebab geram tengok design lawa2. Beli sikit2, 2-3-4 kali jugak. Bukan sekaligus. 

Alhamdulillah untuk segalanya. 

Selalu ingat hingga kini. Mak pesan sebelum ke Vietnam dulu, dah tak kerja, jimat sebolehnya, masak & makan di rumah. Jangan kerap makan di luar, mahal, Ketika itu, adik beradik & ipar duai, semua tengah belajar. Kami berdua je sudah terlepas zaman belajar. Even kakak ipar seorang, tengah study buat Masters. 

Tapi mak dengan arwah tok2 memang suka masak. Memang suka tolong masak2 dulu. Pernah jual kuih dulu masa kami kecil. Saya pernah sambung berniaga kedai makan kecil arwah ayah di stadium. Saya pernah jual di Bazar Ramadan lepas kawin. Best pengalaman. Tapi kena faham, zaman sekarang tak macam dulu. Kalau yang berkerja, mana mungkin boleh masak selalu. Saya pun pernah kerja sekejap. 

Take care & stay strong buat kita semua. Moga dipermudah kan semua urusan kita. 

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

2 comments:

  1. alamak...Rizz x buat lagi tauhu bergedil Dania mintak...kena buat ni...x leh x buat kang moncong anak dara tu

    ReplyDelete
  2. wow....ikan salai memang sedap tu...menu lain pun nampak sedap

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com