Monday, September 30, 2024

NASI KEBULI@MS ELLIOT. WARUNG TANJUNG SELERA. TAMAN GELORA.


PANTAI GELORA, KUANTAN 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

DOA BUAT PALESTINE DAN LEBANON.


SABTU : 7.10am.
WARUNG TANJUNG SELERA (depan SEK. UGAMA AL IHSAN)
Macam biasa weekend hubby akan ajak brisk walk. Asalnya nak naik Bukit Pelindung tapi badan macam kurang best. Kena makan dulu sebab lapar. Lalu depan warung ni banyak kali tapi tak stop pun. Singgah lah, nak try. Ramai juga yang recommend dalam medsos. Macam2 kuih muih. Yeyy ada kuih favorite.


KUIH DANGAI KUKUS.
Ini lah kuih favorite. Susah betul nak jumpa.
(Foto : IG DapurKakZura)


Best ni, jumpa kedai yang buka seawal pukul 7am.

Asalnya nak makan NASI LEMAK sebab lama tak makan. Tapi bila nampak NASI DAGANG, terus tukar menu. Alhamdulillah sedap pada kami. Macam biasa, saya punya mesti banyak kuah, NASI DAGANG BANJIR.


Ada LAKSAM, LAKSA, LONTONG, NASI LEMAK, NASI KERABU, NASI BERLAUK, NASI MINYAK dll lah. 


ROTI CANAI pun ada nun di hujung sana. Tempat makan luas dan bersih.


Dah kenyang, u-turn ke TAMAN GELORA, di PANTAI GELORA.


Brisk walk. Lama tak ke sini.


Ehh ehhh, gotong royong menggaru ya.


Alhamdulillah cuaca terang cantik.



Siap 6,000 steps on the way ke kereta, jumpa kawan ITM dulu. Lama betul tak jumpa. 


AHAD @ MS ELLIOT.
NASI KEBULI. Mak punya.
Balik dari hospital ziarah saudara, ajak mak & adik lelaki (one & only), lunch di MS. ELLIOT. Bertiga je. Hubby masuk laut. Adik hantar mak balik Kuantan, petang Sabtu kelmarin, dari rumahnya di Klang. 2 minggu mak tinggal rumah Kuantan ni.


NASI KEBULI PAHANG
Hidangan Nasi Kebuli sangat terkenal di kawasan kampung sekitar Kampung Budu, Kuala Kenong, Jelai, Kampung Hulu, Tanjung Besar, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis.

Nasi Kebuli ini merupakan makanan tradisi masyarakat Pahang khususnya daerah Lipis dan ia pernah dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Nasi Kebuli ini pada tahun 1944.

(Sumber : batuembun.pjk.com.my)


PIZZA DAGING SALAI. Sedap. 
Minuman : HOCK JOO SIGNATURE (kopi susu), RASPBERRY SMOOTHIE, SG PANDAN WATERFALL (macam milk green tea ada rasa pandan). Semua sedap.


FISH AND CHIPS.
Kesian adik lelaki sorang ni, sakit gigi, nak order yang lembut2. 

Alhamdulillah. Moga kita semua sihat ceria sentiasa.

3 comments:

  1. Semalam ternampak dekat IG reel pasal Ms. Elliott ni. Owner dia orang Perancis kan. Nampak best, dah masuk dalam list tempat singgah makan kalau pergi ke Kuantan lagi 😄

    ReplyDelete
  2. Kuih dangai kukus, pertama kali kak ana dengar dan lihat, sebelum nih tahu yang bakar sahaja.. menarik semua menu yang Mulan share ni :)

    ReplyDelete
  3. Teringin nak try mkn nasi kebuli tu🤤

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com