YANG CANTIK DAN YANG BURUK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Alhamdulillah dengan sinarannya, memberi semangat dapat bw blog sahabat2 semalam. Ada few lagi rasanya. 


AHAD
Mencari sinar mentari dan sarapan pagi selepas Subuh sepi'e.


Merah menyala di sana.


PANTAI KEMPADANG, KUANTAN
Pujuk hubby brisk walk di sini. Boring asyik tempat sama je. Lupa snap foto breakfast. Singgah warung roti canai, first time ke situ. Sedap roti canai Melayu. Kedai di simpang traffic light nak ke PANTAI SEPAT, dari bandar KUANTAN. Alhamdulillah jerebu tak kuat sangat. Angin laut pun sama bertiup, sejuk sikit pagi tu.


Jam 8.00 pagi.


Riang ria bersama keluarga.


Sunyi sepi damainya hati.


Tiada kata selain keindahannya.


Indah tak terkata, ciptaan Yang Mahal Esa.


Dah kenyang makan, kena lah jalan2.




MENARA TINJAU KEMPADANG
Landmark dan tumpuan terbaru di Pantai Kempadang. Dalam 10km dari bandar Kuantan.


Antara pantai yang menjadi attraction di Kuantan, dari TELUK CEMPEDAK hingga ke PANTAI SEPAT

Namun begitu, PANTAI BATU HITAM, PANTAI BALOK, CHERATING DAN CHENOR, kedudukannya lebih ke utara menghampiri sempadan Terengganu.

Sepanjang pantai di Negeri Pahang, dari border Terengganu hingga ke Johor, juga dari Kelantan hingga ke Johor, sememangnya menjadi tumpuan bagi penduduk setempat juga dari luarnya. Cantik2 kan pantai di Malaysia, Pantai Timur dan Pantai Barat. 

Yang tak cantik, bila attitude pengunjung tak kira dari mana2 pun, luar atau yang local, yang suka BUANG SAMPAH MERATA-RATA...!!! Tak reti bawa balik sampah kalau tiada tong atau tong sudah penuh. Memang buruk sangat keadaan pe'el nya diorang ni. Pakai nak cantik, nak jalan @ nak berfoto di tempat cantik, tapi tak pandai buang atau urus sampah. Macamana lah nak kekalkan negara Malaysia ni cantik indah sentiasa....


ISNIN
Day trip Kuantan ke KL, hubby nak ambil equipment dia. Berjerebu betul hari tu. Samar2 je nampak TWIN TOWER yang dirindui.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

13 comments

  1. Cantiknya letak pantaii..
    tak pernah sampai lagi...
    tapi cmtu la attitude segelitir kita ni..

    ReplyDelete
  2. lamanya tak jalan2 ke pantai..

    ReplyDelete
  3. i need vitamin sea! dh tak ingat bila last i gi lepak santai tepi pantai.. cantik gmbr sunrise tu

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah cantik gambar sunrise tu. Merah jingga cantik warnanya. Kalau makan roti canai mesti cari roti canai melayu. Kita bukan geng mamak. hihihi...
    Cantiknya suasana Pantai Kempadang ni, bersih dan landai pantainya. Seronoknya rumah dekat-dekat dengan pantai ni. Hari-hari boleh beriadah di tempat nan indah ni.
    Yaa, paling menyampah kalau nampak sampah di kawasan awam ni. Tak faham betul jenis suka buang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
  5. Memang pantai kat Kuantan/Pahang semuanya cantik-cantik belaka, tambah lagi binaan Menara Tinjau Kempadang tu. Cuma itulah, bab sampah ni memang menyakitkan mata. Harap sangat pengunjung makin peka dan jaga kebersihan sama-sama. Cantiknya view pagi kat Pantai Kempadang

    ReplyDelete
  6. dari pemandangan indah di Kuantan sampai KL berubah jerebu kan Mulan, apapun syukur dan semoga di jauhkanlah tanahair kita dari bencana seperti yang melanda Nepal baru-baru ni.. Aamiin

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat brisk walk tepi pantai dan pergi pantai anytime. Rezeki orang Kuantan :)
    Bab sampah tu mmg geram :(

    ReplyDelete
  8. Teringin la nak pergi berkhemah di tepi pantai di area Kuantan ni. Bila la agaknya tu hmm. Cantik betul view tepi pantai, seluas mata memandang. KL minggu ni dah start berjerebu teruk. Terbaca kat Threads ada orang cadangkan acara perbarisan Hari Kemerdekaan dibuat dalam IOI Putrajaya je 🤣

    ReplyDelete
  9. Cantik2 gambar semua...lagi cantik kalo dapat tengok sendiri...

    ReplyDelete
  10. Saya suka tengok pantai sebelah pantai timur. 🥰
    Pantai sini pun sama, orang kita tak pandai jaga kebersihan. Kalau lepas hujung minggu, hari Isnin tu mesti penuh sampah.

    ReplyDelete
  11. Pernah sampai Teluk Cempedak je... pantai kat belah² Pantai Timur lagi putih pasirnya. Bab sampah merata tu masih tak paham padahal dari tadika dah diajar. Kat rumah pun makpak ajar.

    ReplyDelete
  12. Kalau ke Kuantan sekarang ni dah tak ke teluk cempedak.. akan ke area pantai kempadang ni.. kurang org dan lebih tenang..

    ReplyDelete