TRAVEL & TRAVEL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Jumaat, semalam di TERMINAL KUANTAN SENTRAL.


Menunggu bas ke Putrajaya, jam 11 pagi. 2 tahun lebih, atau 3 tahun tak naik bas ekspres ke Putrajaya/Kuala Lumpur. Tapi hubby memang kerap ulang alik naik bas. Flight ticket MAS dah tak macam dulu. Sekarang naik harga berganda, seats pun limited. Memang pun, sebab kalau drive lagi cepat sampai. Flight ni agaknya lebih kepada warga yang bekerja, datang meeting. Timing pun macam office hours. Awal pagi dan petang.  Dulu2 harga RM80 one way, sekarang double the price. Kalau sorang2 maybe lah, tapi kalau berdua, ehh ehh  sayangnya duit. Tak ada rushing apa pun so kita santai2 travel naik bas. 

Asalnya hubby akan hantar balik Putrajaya tapi last minute ada hal. Penuh la satu duffle bag dengan tepung dan bahan buat kek, sayur2 dan barang dalam fridge, stok keropok lekor beku. Ikan dan daging terpaksa lupakan dulu haha. Kalau tinggal di Kuantan, tak luak nanti. Hubby dan anak soleh tak sempat masak. Memang baru ni, angkut balik Kuantan sebab naik kereta. Dan kena angkut balik Putrajaya semula hehe. Baju2 tak bawa pun sebab balik sehelai sepinggang. 


Anak solehah siap membeli makanan yang ringan2, dah plan malas turun mana2 bas berhenti. Takut terlepas bas. Beli siap2 makan atas bas saja.


Tak ramai. Bersih dan luas. Sejuk sangat, lupa bawa baju sejuk.


Satu untuk album.


Dah siap2 download movie Netflix. Dapat tengok habis HUSBANDS IN ACTION saja, movie Korea. Lainnya lena. Celik mata, terus tutup. Nak snap foto pun malas. Luas sangat seat bas ni, tak dapat nak tenggek tablet ni pada seat depan. Memang selesa. Anak solehah ni asal naik kenderaan apa2 pun, lena dia tak dapat dibincang. Celik mata untuk makan atau minum. Dah pesan minum sikit2 saja sebab tak mau rasa nak ke toilet. Dah sampai rumah nanti, minum lah sebaldi pun. Kelakar seketika, ada satu masa tu terjaga dari lena, seakan bermimpi ada stewardess tolak cart nak jual coffee, teh atau makanan. Memang mimpi mamai2 haha.


Menunggu Grab @ Putrajaya Sentral. Alhamdulillah lambat 15 minit saja dari waktu nya sebab driver bas kata kena singgah TB Gombak dan TB Selatan. Ok je Alhamdulillah smooth dan sempat solat Zohor di rumah.


Trek ETS. Yang di atas tu trek MRT. Panas litlit betul sekarang. Kuantan tak sepanas Putrajaya. Dalam bas memang sejuk sampai kena tutup window aircond.


Travel dengan bas pun memang best.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

32 comments

  1. Tak pernah-pernah putus travelnya tapi seronok dapat berjalan ke sana sini. Putrajaya dan Kuantan ni dah jadi macam dekat pula kan kalau selalu ulang-alik. Untung juga ada rumah kedua-dua tempat ni. Nak travel jauh boleh stay di rumah Putrajaya je. Lama betul rasanya tak naik bas express. Cuaca sekarang memang tengah panas. Seremban ni bukan main panas lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah, keperluan keluarga. Alhamdulillah smooth semuanya. Kalau bukan weekend bas tak penuh rasanya. Perjalanan pun lancar.

      Delete
  2. Lama tak travel naik bas. Saya ada usya tiket nak balik Kelantan naik keretapi. Tengok-tengok si AI cakap, lebih jimat naik bas. Hehe.. kami nak naik yang coach ada tempat tidur malam tu, tapi masih belum ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari biasa memang ok sebab tak ramai dan jalan tak jammed sangat. Tahun depan kami boleh naik ECRL la ke KL lah Insyaa Allah

      Delete
  3. Saya pun teringin travel naik bas atau keretapi. Betul, tiket penerbangan maik berganda-ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kan Kak Amie apalagi Kuantan ke KL ni dekat, dan ramai drive je. Mahal la tiket tu.

      Delete
  4. Naik bas boleh lena ja, tak payah drive hehe..
    Akk banyak duduk Putrajaya yr lately...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH, tak penat nak drive, memang boleh lena. Lately ni memenuhi keperluan keluarga hehe tu yang banyak sikit ulang alik

      Delete
  5. Dah lama juga x naik bas expreess hehe saya agak seriau lately ni nak naik bas
    . X tau kenapa... alhamdulilah selamat tiba di Putrajaya... semoga urusan akak travel dimudahlan selalu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuantan KL ok lagi sebab tak la jauh sangat. Bas sekarang ada yang exclusive jugak siap ada serve food dan minuman.

      Delete
  6. saya dah lama tak naik bas express dlm msia..cannot recall bila last naik bas express utk long distance..anyway, mulan memang berulang kuantan putrajaya lah yer tu... memang lately tix flight sgt mahal esp kalau weekend..kalau tgh2 minggu, ok lagi pejam mata bila tix...saya nak balik kelate rabu nanti..balik sorang ajer sbb tgh2 minggu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya MZ lately banyak ulang alik sebab keperluan family. Kuantan dekat dengan KL tu yang mahal flight tickets tapi KL KB banyak flight dan cheaper kan

      Delete
  7. Pilihan bijak naik bas ekspres, jimat tambang flight yang makin mahal! Santai travel sambil angkut stok stok bahan dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuantan KL memang mahal flight tickets. Naik bas ok je sebab tak lah lama sangat. Selesa sebab seat luas, aircond sejuk, memang lena. Hehe malas beli banyak, kita angkut je lah

      Delete
  8. seronok jugak travel dengan bas ni. kerja tidur jee kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lena naik bas, hehe macam best ada driver je.

      Delete
  9. Setuju sangat Kak Mulan, tiket flight sekarang mmg harga boleh tahan mahal! Naik bas ekspres sekarang pun dah selesa sgt, seat luas & sejuk. Janji selamat sampai dan santai2 je perjalanan tu. Safe travel sokmo kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas sekarang memang selesa dan sejuk aircond nya. Tak penat nak drive.

      Delete
  10. Panas la cuaca sekarang ni Mulan.....

    ReplyDelete
  11. Ada juga travel gi Kulim naik bas sebab timing cuti tak sama dengan asben n anak-anak. Cumanya... sejukkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa luas seat nya kan dan memang sejuk

      Delete
  12. kita x ingat bila kali terakhir kita naik bas.
    tapi part chart dlm bas tu, hahaa~ mimpi kali kak mulan. penangan kerap naik flight or nonton bdg? hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun 2 tahun lepas kot naik bas. Tapi memang selesa luas seat, sejuk aircond. Hehe tu lah bila celik mata ehh tak ada.

      Delete
  13. Travel naik bas pun best sebab bas sekarang udah makin selesa. Seronok tengok perjalanan Mulan dan anak solehah. Tapi memang jangan terlupa bawa baju sejuk ceritanya sebab bas sekarang aircond nya sakan sejuk sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang selesa bas sekarang. Toilet pun tak ada dah, tak lah berbau hehe. Lupa bas sekarang sejuk aircond nya, menahan lah sikit sejuknya.

      Delete
  14. Tak sabar nak travel naik lrt-mrt-komuter-ets-bas bulan depan sekitar kl-sel-klia

    ReplyDelete
  15. Saya malah tak pernah kalau pindah dari 1 kota ke kota lain di Malaysia naik flight. Pasti selalu bus kak 😄😄. Lebih nyaman, lebih luas legroom nya dan murah. Makanya nanti Desember, pindah2 kota pun naik bus je. Malas booking flight, tiketnya mahal 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bas lebih luas dan selesa. Flight ticket sekarang memang makin mahal 🥺🥺🥺

      Delete
  16. lama tk travel naik bas...dlu2 time kecik naik bas blk klate

    ReplyDelete