PADA SUATU HARI YANG LALU..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Minggu lepas keluar breakfast, dengan HA, kawan sekolah yang tak kerja satu hari tu. Mencari2 cafe resto yang dekat dan best, akhirnya parking di sini, FOOD COURT DESA PINGGIRAN PUTRA, sebab dah buka awal.


Bersih kemas. Ramai juga pelanggan. Banyak pilihan makanan, pening nak pilih.


MI REBUS UTARA, sedap walaupun kuah cair sikit. Licin. Order sebab jarang jumpa Mi Rebus ni.


HA makan NASI KERABU. Ok sedap katanya. Makan kenyang2 sebab nak brisk walk pulak.


HA dah banyak kali ajak brisk walk. Weekend kan ramai. Whatsapp dia lepas Subuh ajak breakfast dan brisk walk, OK katanya. So lepas hantar anak solehah ke kolej, ke DPP ambil HA ni. Lepas makan kami cari port parking free di Putrajaya, dapat lah di seberang JAMBATAN SERI GEMILANG.


Alhamdulillah terang cuaca langit biru.


Ehh ehh di atas tu, macam memanggil2 ke.


Weekend memang ramai picnic di sini rasanya.


Macam di oversea kan.


Gegirls from Kuantan.


Cantiknya bunga.


JAMBATAN SERI GEMILANG



Cantik kan.


Dah hampir 5,000 steps diajak balik.


Sebenarnya lupa bawak kasut. Alhamdulillah HA ada extra kasut dan saiz ngam.


Tiada hala tuju. Diajak ke DESTINA PUTRAJAYA. Berdekatan MRT station, Putrajaya Sentral, HOSPITAL PUTRAJAYA dan IKN, at least ada lah tempat untuk menyinggah sebentar. Baru dibuka, tak semua kedai beroperasi. Parking pun kosong, ada 2-3 kereta saja. Belum cukup penanda jalan, kami hampir masuk lorong kenderaan berat untuk loading/unloading. Guard yang ada pun masih blurr sikit. Tapi sangat helpful. 


IKEA POP UP. Shark biru selalu lah ada.


Ada juga pamiran lukisan. Kagum dengan bakat mereka. Cantik sangat.


BEAUTIFUL MALAYSIA 


 Antara yang sempat dirakam.

Sekarang dah di Kuantan, yeyyy Alhamdulillah. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

56 comments

  1. Jambatan Seri Gemilang tu, dan reflection dalam tasik tu, sangat cantik. Dapat briskwalk di taman ada banyak pokok bunga ni, memang seronok. Saya berharap sangat ada taman begini di tempat saya, tapi yang ada cuma padang je. Takpelah, asal ada tempat nak riadah. Dapat 5 ribu langkah jalan di taman, sambung berjalan-jalan dalam Ikea, mesti lagi banyak steps, ye, Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik apalagi cuaca pun terang Subhanallah. Mana2 pun ok nak beriadah kan.

      Delete
  2. Cantikla Mulan tangkap gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cuaca pun terang cantik sangat

      Delete
  3. Cantik2 lukisan tu. Mesti mahal harganya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik ada yang lebih seribu. Berpadanan harga dan hasilnya

      Delete
  4. Mi rebus pun ada versi utara juga ye. Ingatkan laksa sahaja dinegerikan. Nasi kerabu tu saya tengok pun nampak sedap. Macam dah lama tak makan ikan goreng. Biasanya ambil nasi kerabu dengan ayam bakar. Jarang ambil ikan atau daging.
    Cantiknya cuaca dan gambar yang diambil tu. Tenang aman je suasananya. Sesuailah masa tu untuk beriadah.
    Cantiklah bunga warna purple tu. A'ah macam oversea panorama dia.
    Pokok berdaun jenis variegated memang cantik. Ada pulak tu daun warna pink dan bunganya.
    Macam biskut dah, kejap di Putrajaya kejap di Kuantan. Macam dekat je dibuatnya. hihi...
    Selamat berehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 versi ada kan. Sedap nasi kerabu tu.
      Alhamdulillah cuaca terang cantik hari tu, seakan di oversea.
      Ulang alik sebab keperluan keluarga Alhamdulillah smooth semuanya

      Delete
  5. Tajuk tu macam mukadimah cerita2 jaman dahulu kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada suatu hari di kebun Wak yang subur dengan buah2 dan sebagainya...... Hehe.

      Delete
  6. Teringin pulak nak brisk walk di Putrajaya tapi jauh sangat dari rumah. Selalu pergi brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa je. Kalau rajin, naik MRT ke Taman Tasik Perdana tapi selalunya tak rajin hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh pun Carneyz. Taman Tasik Titiwangsa pun best.

      Delete
  7. Tak pernah lagi briskwalk lepas makan, menarik juga tapi biasa tempat sarapan kat sini matahari dah naik baru buka. Nak BW dah panas.. Biasanya BW dulu baru makan.. patutlah tak mengecil 😅

    Haa.. rasa mee rebus kat utara jenis cair sket kuahnya sebab kat tempat sendiri mee rebus kuah agak pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan dulu takut lapar tengah jalan nanti tak focus 😄😄
      Tu lah pernah makan mi rebus lain tapi pekat

      Delete
  8. Pemandangan Jambatan Seri Gemilang memang lawa

    ReplyDelete
  9. Cantiknya bunga-bunga tu, itu yang seronok briskwalk di taman cantik dijaga rapi. Leka perhati sekitar, tak sedar dah jalan jauh.

    ReplyDelete
  10. Mulan....doakan blog saya dapat balik. Blogger removed blog saya. Kena appeal pula...

    Destina saya tak pernah pergi lagi tapi macam tak banyak kedai yang buka kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah dapat balik blog Ezna.
      Betul Destina belum banyak kedai dibuka

      Delete
  11. bunga pepel tu cantik sgt! bestnya dpt buat briskwalk..nak kena cari masa buat aktiviti sihat jugak laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan macam oversea. Sorang2 tak best memang kena tunggu ada geng.

      Delete
  12. Seronok beriadah on weekdays, tak ramai orang. Memang cantik Putrajaya ni, untung orang yg dekat² sana. Banyak pula tempat nak beriadah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 pun kalau weekdays memang kurang orang kan.

      Delete
  13. cantik gambar gambar mulan. Nasi kerabu tu uishh nampak sedap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cuaca terang cantik hari tu

      Delete
  14. Taman tu cantiknya kak... mee rebus tu pun alahai menggoda betul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik apalagi cuaca pun terang Alhamdulillah. Sedap walaupun cari sikit

      Delete
  15. Cantik-cantik gambar yang diambil.
    Elok tidak ramai lagi di Destina Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cuaca pun terang. Destina belum banyak kedai dibuka

      Delete
  16. Kakak.....huhu baru smpt nak walk walk blog org lain setelah blog sndrin
    terpalit isu semasa huwaaaa😭😭😭🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah dapat balik blog Ako

      Delete
  17. Uncle pernah makan kat Pinggiran Putra tu... Kat sana ada gerai cekodok sedap.

    ReplyDelete
  18. rajinnye brisk walk., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang ajak kita jalan. Sorang2 tak berani. Malas tapi kena buat jugak

      Delete
  19. Pas di Putrajaya kemarin macam tak puas Krn tak banyak tempat yg saya eksplor. Tak sempat juga utk briskwalk di taman. Tp suami lebih suka stay di KL kalau ke Malaysia, dia bilang Krn KL 24 jam ramai, city never sleeps lah 😄.

    Nasi kerabu nya menggoda lah. Untung tak susah cari nasi kerabu kalau di KL. Jadi terobati jika saya rindu ini 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny di Putrajaya kalau malam sudah sunyi tiada entertainment cuma kalau ada event.
      Nasi Kerabu sedap ya nanti cari di KL ya.

      Delete
  20. alamak.... my favourite nasi kerabu tu... sedapnya..

    ReplyDelete
  21. Ntah bila nak brisk walk kat Putrajaya tu on weekend...sebab kadang suami kerja Sabtu...nak cuba la 1 day pi briskwalk kat Putrajaya tu..menyelusuri jalan- jalan yang Kak Mulan share...macam best je...ikutkan nak naik tangga Putrajya tu..tp macam tak sanggup je......hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas tasik di Putrajaya ni boleh tengok mana yang dekat. Kadang weekend tak ramai sangat sebab luas

      Delete
  22. Mee rebus dan nasi kerabu dua-duanya nampak sedap teruk tuh. Alhamdulillah briskwalk dapat 5,000 langkah. Berbaloi sungguh. Cantik semua gambar pemandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap, pastu kena lah jalan2 exercise kan. Alhamdulillah cuaca terang cantik hari tu

      Delete
  23. sy suka jalan2 di taman2 yg ada di Putrajaya tu. Jika pagi Ahad terasa aman je nak brisk walk kat taman2 tu.

    ReplyDelete
  24. tgk mi rebus tu teringin laa pula nak cari tp kat mana pula yg jual yaaa kat sini hehehe

    ReplyDelete
  25. nak dekat merdeka ni tentu lebih berwarna warni putrajaya

    ReplyDelete
  26. Briskwalk... Briskwalk...pagi tadi tak jadi briskwalk. Harap2 esok pagi jadilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brisk walk ni kalau jauh dari hubby memang ngelat lah. Seminggu sekali kalau rajin. Ada kala seminggu tak pun haha.

      Delete
  27. destina putrajaya mall baru ye? menarik utk disinggah sebab saya nampak ada butik M&B. thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mazni tapi tak besar. Tapi dekat MRT, IKN dan Hospital Putrajaya

      Delete
  28. mcm overseas bila view pokok ada bunga pepel tu...kedai M&B tu suka masuk sbb byk pilihan baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan pokok tu. M&B ni first time nampak. Takut nak masuk sebab nanti nak try tak boleh hehe

      Delete