Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Bila bermusafir cuti Deepavali baru ni, memang tak sempat buka blog. Nanti free kita BW ya, Insyaa Allah. Post ni kita lebur semua kisah dari hari Jumaat lepas hehe.
Kisah kaktus lagi, Jumaat pagi yang lepas. Mengganti pasu untuk 2 pasu kaktus seperti foto di atas.
Memang tak senang. Ada yang patah tapi boleh ditanam semula. Yang goyang2 tu, sendal dengan chopsticks atau apa2 lah.
Dah lompong sikit sebab ada yang terpatah dari pasu asal.
Yang patah2 tu kita cucuk dalam pasu lain. Guna tanah kaktus. Supaya elok tumbuh. Ada dijual di nursery. Bancuh serbuk baja kuatkan akar dengan air, siram pada tanah pokok kaktus yang baru ditanam. Serbuk akar ni, hubby beli entah bila, kita guna lah. Memang disarankan, guna untuk kuatkan akar pokok, untuk subur jugak kot. Boleh guna untuk pokok lain yang baru ditanam juga.
Terpaksa dialihkan dari piring pasu, khuatir jentik2.
Yang group ni pun sama. Tiada lagi piring nya.
Jumaat malam ke ANA IKAN BAKAR PETAI. Menyantuni kawan2 sekolah hubby dengan pasangan masing2 dari KL. Kami 3 couple je. Memang penuh kedainya. Apalagi Jumaat malam, cuti panjang.
Best..!! Ikan Bakar Petai, Ikan 3 Rasa, Sotong Celup Tepung.
Sata pun sedap.
Sabtu pukul 11 pagi kami sudah tiba di Kemaman. Memenuhi jemputan kawan baik hubby sejak kecil, kekal sangat baik hingga kini. Alhamdulillah dan Tahniah seisi keluarga. Moga berbahagia semua selamanya. Hubby pun seronok dapat jumpa ramai kawan2 ketika study di university dulu2. Diorang study sama tempat tapi berlainan university.
Cantik dewan.
Lokasi di kawasan perindustrian di Mak Lagam, Kemaman rasanya. Salah satu unit dijadikan dewan untuk majlis perkawinan. Parking pun banyak di luar. Makanan dimasak oleh Abang kepada kawan hubby. Dia ada kedai makan. Memang sedap. Pukul 1 kami gerak balik Kuantan. Pack baju dan solat. Bertiga dengan anak soleh, terus drive ke KL. Isi minyak di PETRONAS Sg Dua dan solat Asar.
Tiba di KL ajak hubby ke IKEA Damansara. Nak grab beberapa barang seperti di atas, juga few yang lain. Toilet brush tu paling suka sebab batang dia keras dan kuat, payah nak patah. Banyak beli di kedai lain, tak tahan lama. Kuat kot si Mulan ni memberus haha.
Actually kami habiskan masa di Ikea sekejap sebelum ambil anak solehah. Katanya ambil lepas Maghrib sebab nak siapkan kerja.
Lepas ambil anak solehah di campus, terus balik Putrajaya. Singgah Presint 15 untuk dinner. Kami ke sini, Restoran Masakan Cina Muslim sebab Salam Noodles penuh. Sedap2 makanan kami order. Lapar dan berborak, lupa snap foto. Air limau dan laici foc/free flow. Best kan.
Ahad pagi, hubby dan anak soleh hike Bukit Dinding. Mummy dan anak solehah hike atas katil hehe. Anak solehah tu baru baik demam, Alhamdulillah bukan influenza. Tak lah tergolek, mem-vacum rumah sebab lama tak balik. Sapu dan cuci lantai belakang jugak, penuh habuk dan daun kering pokok rumah jiran. Tak yah gaduh lah, sabar je selagi tahan. Kami order grab je untuk breakfast, cari yang banyak discount tu, memang agak berbaloi. Order RM50, discount RM12. Order lebih sampai nilai RM50, untuk anak solehah tapau balik campus. Boleh cari yang free delivery jugak.
Plan nak keluar lepas Zohor tapi hikers balik terguling penat. Kami order Grab jugak, lunch pukul 3.30. RAMEN SEIROCK YA ni sebiji rasa macam ramen di Jepun. Memang sedap. Toripaitan Miso memang favorite. Antara menunya, seperti di atas.
Lepas Maghrib kami nonton TRON di GSC IOI Mall. Seperti biasa mummy nya akan tertidur kalau mengantuk sangat. Lepas habis movie, terdengar remaja di belakang mention pasal tidur, rasa nak toleh belakang dan cakap, ya dik, acik tidur tadi hehe. Tapi maybe ada kawan dia tertidur jugak kot haha. Tak tau nak review apa sebab suku cerita, tertidur hehe.
Isnin, Deepavali. Lepas Subuh ke kedai dobi, basuh dan keringkan baju. Sambil tu breakfast di restoran Mamak baru di Presint 15. Selalu ke Restoran Tapah tapi hubby ajak ke kedai lain. Pukul 10 lebih kami ke IOI Mall, anak solehah nak recce laptop. Tapi belum nak beli lagi.
11.30am kami ke SOPOONG KOREAN RESTAURANT. First time makan dulu di Melawati Mall. Order KIMBAP dan GYERANJJIM, egg custard dish/steamed egg.
CHEESE DAKGALBI
HOTTEOK, sedap sangat, lama tak makan. Ianya dibuat dari doh roti, yang disumbat dengan gula perang dan apa2 jenis kacang. Ditekan leper dan digoreng macam roti canai, bukan deep fry.
Siap makan, balik rumah Putrajaya. Solat dan kemas. Hantar anak solehah balik campus, terus drive balik Kuantan. Hubby down dengan flu dan sedikit fever. Anak soleh drive halfway, bila mengantuk, mummy drive pulak. Alhamdulillah semalam, Isnin petang sampai rumah Kuantan dengan selamat dan smooth, tapi laluan ke KL memang banyak sangat kereta. Itu lah kisah kami ke luar negeri Pahang. Ke Terengganu, Selangor dan Putrajaya.
Selasa, hari ni. Alhamdulillah baru sudah lunch dengan hubby. Dia work from home. Ehhh geram, ajak ke klinik, tak nak. Demam dan selsema tak kebah lagi. Makan ubat apa yang ada kat rumah + 100 plus beli semalam.
Masak nasi dengan KEPALA IKAN MASAK SINGGANG. Sedap pulak lama tak masak. Letak banyak, hirisan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serbuk kunyit sebab yang hidup tak ada, asam keping, serai diketuk, garam gula. Cukup lah. Penat sebenarnya. Umur bukan makin muda. Hati je rasa muda hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.
Banyak betul aktiviti ye kak...akak selalu sarapan kat restoran Hj Tapah tu ke..SA baru sarapan kat situ awal bulan hari tu masa training kat Putrajaya....heheheh...
ReplyDeleteAlhamdulillah..selamat sampai. Padat betul aktiviti wekeend akak..pokok kaktus Linda pun tak sempat nak pecah²kan gitu, kesian nengok berhimpit² deme dalam pasu tu..kikiki
ReplyDelete