Monday, October 06, 2025

SABTU AHAD YANG PADAT, TIMUR KE BARAT

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Sabtu kelmarin, pukul 10 pagi berdua dengan hubby ke Kemaman, Terengganu untuk majlis perkawinan anak kawan. 


RUMAH RIMBA, KUALA KEMAMAN.
10.55am kami tiba. 


Sampai awal, belum ramai tetamu. Kami terus makan.


Cantik.  Alhamdulillah cuaca pun cerah. 





Bersama kawan Haji kami. Alhamdulillah terima menantu, moga bahagia selamanya. Dapat jumpa seorang saja kawan Haji yang lain sebab yang lain2 akan sampai pukul 1pm. 

Kami terpaksa gerak awal. Pukul 12 terus ke Kuantan, singgah beli nasi goreng dan air, langsung menunggu anak soleh di luar office nya. Tepat pukul 1, anak soleh keluar office, hubby terus drive ke KL pula. Berpecah, kita ke Shah Alam. Hubby dan anak soleh balik Putrajaya. 


Check in di HOTEL MARDHIYYAH


Deluxe Room. Tambah 1 katil. Staycation bertiga dengan kawan2 ITM. Petang WH & FZ ajak ke SETIA CITY MALL. First time ke sini. 


@ SERAI 


Salad 


Salmon


Semua lapar, semua yang diorang order sedap2 Alhamdulillah. Tapi TIRAMISU CAKE ni memang sedap.


Lama kami bersahabat sejak di ITM. Saya paling noti hehe.


Balik hotel, seorang lagi kawan JL menunggu di BORAK BORAK CAFE.


JL belum dinner, kami makan lagi. Borak dan makan sampai pukul 11pm. 




Kami naik ke bilik, sambung borak hingga pukul 1 pagi. JL terpaksa balik sebab esoknya pagi2 ada hal.


Ahad pagi. WH dan FZ bawa ke AZIRA untuk breakfast.


Wah banyak selection makanan.


Semua nampak sedap.


Kami makan kongsi2 lempeng pisang, kuetiaw, hati ayam, lempeng kelapa + sambal, nasi dagang & pulut inti. Semua sedap Alhamdulillah. Siap makan kami ke Central ICT Mall. Jalan2 sekejap terus balik hotel. Bersiap2, solat dan check out.


WISMA PKPS. Hanya di seberang jalan hotel. Wedding anak kawan ITM. Alhamdulillah dapat lah kami berenam (6) bertemu. 


Besar dewan, cantik deko nya. Makanan sedap. Lupa nak snap sebab berborak tak ingat yang lain2. Seronok jumpa kawan2. Alhamdulillah atas semuanya. Hubby dan anak soleh ambil anak solehah di campus dan lunch sama2. Siap di WISMA PKPS, WH hantar ke area Subang, hubby tunggu di situ. Hantar anak solehah balik campus, terus kami gerak balik Kuantan. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

41 comments:

  1. Padat betul jadual Akk sekeluarga. Tapi seronok dapat raikan semua jemputan dan bertemu rakan² lama

    ReplyDelete
  2. Padat ye jadual akak...dari wedding ke re-union...best...wedding tu cantik betul temanya ye...penuh bunga- bunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok sangat walaupun padat. Memang cantik tempat wedding tu.

      Delete
  3. Semua aktiviti bermanfaat...makan2 tu yang best...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya ke sana sini, berjumpa kawan-kawan. Penat tapi hati riang.
    Unik menarik tema majlis kawin di Terengganu tu lah. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok walaupun penat. Cantik kan Rumah Rimba tu.

      Delete
  5. cantiknya venue rumah rimba tu, pelamin penuh bunga2!
    time ada kenduri kahwin nilah dapat jumpa kawan2 lama masa belajar dulu. alhamdulillah semuanya sihat2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Rumah Rimba tu penuh bunga2. Betul masa wedding lah dapat jumpa kawan2 atau saudara mara kan

      Delete
  6. Both venue weddings tu cantik sgt!!!

    ReplyDelete
  7. Full jadual tu. Yang best staycation dengan kawan2 tu. Mesti berborak tak ingat nak tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul staycation tu paling best. Borak sampai 1 pagi.

      Delete
  8. Besar belanja buat majlis kahwin sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang masing2 kan Wak. Sekarang ada juga intimate wedding jemput 200-300 tetamu saja.

      Delete
  9. Venue majlis pertama tu, cantik. Macam dalam taman dekonya. Dua kenduri kawin ya. Seronok dapat jumpa kawan-kawan zaman belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik venue outdoor tu kan penuh bunga dan pokok. Memang seronok kalau jumpa kawan2 zaman belajar dulu2.

      Delete
  10. Padat bebenor tetapi yang penting ukhwah terjalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok walaupun padat.

      Delete
  11. Bila singgah sini boleh buat lapar tengok makanan semua....pelamin tu uniknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan pelamin outdoor nya. Hehe ni lah kerja bila rajin snap foto makanan apalagi bila banyak pilihan

      Delete
  12. cantik tema majlis kahwinnya
    sy suka! kalau dtg ni puas bergambar san asini😁

    ReplyDelete
  13. wahhh sejak ITM.lg?
    hebatttt...
    mmg dari dulu bertiga je ke?
    ke ada ramai lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sejak ITM. Ada ramai lagi tapi kami bertiga/berempat selalu jumpa makan2.

      Delete
  14. Kemain cantik tempat wedding tu.... sangat instagramable!

    ReplyDelete
  15. Perkahwinan dalam taman ni..lawa...selamat menjamu selera makan nasi minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa tempat majlis perkawinan ni. Alhamdulillah makanan pun sedap.

      Delete
  16. Venue weddingnya baguuuuuus sangaaat. Saya sukaaaa lah dengan konsep alam begini 😍😍😍. Banyak bunga, mata jadi sejuk memandang.

    Hotel tempat stay memang besaaar ya kak. Sesuai lah menginap dengan teman2.

    Aneka menu di borak cafe pun semua tempting lah 😍😍. Pandai cafe kasih nama, memang betul nyaman sangat berborak di cafe itu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah banyak venue outdoor, memang cantik dengan pokok2 di keliling. Cuma risau kalau nya hujan. Staycation sama kawan2 yang mau hotel selesa juga walking distance ke venue wedding. Senang tak perlu drive dan cari parking. Ini semua kakak2 malas jalan 😍😍😍

      Ya betul, bagus nama cafe nya sesuai untuk borak2 hingga larut malam.

      Delete
  17. Kalau jumpa kawan-kawan mesti acara makan, makan dan makan.

    ReplyDelete
  18. Indah berseri nampak suasana sambutan kahwin.
    Seronoknya dapat bersama kawan-kawan. Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
    Menu-menu pun nampak sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Suasana semuanya memang meriah dan berseri. Apalagi staycation dengan kawan2.

      Delete
  19. Kedua-dua tempat majlis kahwin tuh lawa sangat lagi-lagi yang dekat Kemaman ala-ala garden wedding. Kenduri kahwin + reunion bersama kawan-kawan belajar sure awesome kan. Kalau jumpa kawan lama memang sembang dan makan tak hingat dunia tajuknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa kan. Betul kalau berjumpa memang seronok borak makan tak ingat lain dah.

      Delete
  20. mmg padat btul aktiviti tu...nice wedding outdoor tu..tkpernh lg attend wedding mcm tu..biasa dlm hall je...lama tk mkn kt mardhiyah hotel..mmg sedap2 food nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padat tapi seronok hehe. Outdoor wedding memang cantik kan. Hari tu first time check in Hotel Mardhiyyah memang sedap food dia.

      Delete
  21. datang dari masa depan.
    bila jumpa dgn member siap kenangan, mmg payah nak ingat diri. ahahaaa~
    cantik sangat suasana wedding tu. my favourite theme.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com