Thursday, October 23, 2025

KOMPILASI KISAH-KISAH YANG LALU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Kompilasi 2-3 minggu lepas untuk rujukan nanti. Mostly sajian breakfast dan dinner.

Fish and Chips untuk dinner baru2 ni. Lupa airfry kentang, tak apa malam2 tak makan carbo, cukup protein dan sayur. 


Sayang minyak, tak deep fry tapi guna minyak sikit. Janji kena masak lah ikan tu.


MISO SOUP + egg tofu, enoki mushroom, fish cake, seaweed. Menu dinner bila malas. Miso paste halal ada di Shopee.


OKONOMIYAKI. Ini ialah TAKOYAKI versi leper. Senang tak payah nak menunggu kalau masak yang bulat2 tu. Ada je kuali takoyaki tu, biarlah jadi Gajah Putih hehe. Lama betul tak buat. Beli bonito flakes di Jepun baru2 ni. Sos Takoyaki beli yang halal di Shopee. 


MI KARI + Telur Pindang. Kawan baik mak belikan, kirim 20 biji masa dia balik Muar. 


THAI FISH CAKE. Masih ada stok ikan, Alhamdulillah sedap. Gugel je resepi Thai Fish Cake. Ni versi derhaka resepi. Apa2 yang ada.


Kacang panjang tak ada di kedai runcit so beli kacang buncis je. Ok jugak.


MINI CHOCOLATE CHEESECAKE 


MINI RASPBERRY CHEESECAKE 


Lama tak buat cheesecake. Ni resepi no bake, guna gelatin, senang. Ada cream cheese lama tersadai dalam fridge. Senang buat kecik2, boleh simpan dalam fridge. Macam biasa, bahagian cheese adalah separuh dari resepi asal. Boleh nampak layer cheese tak tinggi. Raspberry tu guna jem brand yang no sugar added tu. Lupa nama.


KIMCHI FRIED RICE + drummet Ramly


Stok homemade kimchi ada lagi.

RESEPI KIMCHI CARA SAYA:

1/4 kobis panjang besar atau 1/2 kobis panjang kecil

- Potong sebesar 3cm x 3cm. Basuh & rendam dgn air garam yg separas saja (guna 5 sudubesar garam) selama 4 jam. Basuh & perah 3 kali.

Bahan Kisar :
1 bawang besar dipotong kecil
4 ulas bawang putih
1 epal merah atau buah lain, dikupas kulit & dipotong kecil
2 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar Sos Ikan
1-2 sudubesar gula

- Kisar halus semua bahan di atas. Tambah air sikit saja kalau perlu untuk mengisar. Tambah mana perlu untuk cukup masin, manis dan pedasnya. 

1 carrot dihiris halus panjang 2 inci
Kucai dalam segenggam dihiris panjang 2 inci

- Gaul semua bahan di atas (kobis, bahan kisar, carrot dan kucai), simpan dalam balang plastik di dalam peti sejuk, bukan di tempat beku. Kimchi ni macam rasa lobak jeruk tapi pedas sebab ada serbuk cili. Rasa nya masam macam jeruk, ada masin dan ada rasa manis sikit. Boleh tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa masing2.


KARI KEPALA IKAN, once 1@2 week masak, makan dengan roti prata frozen.


TAHU BEGEDIL. Tak digoreng, masuk air fryer saja. Tetap celup telur dulu. Malas lap dapur, merecik minyak hehe.


Tahu tak cukup, leperkan saja extra filling dalam kuali. Celup telur dulu.


BAKED FISH dalam kuali non stick + lemon, herbs, butter, garlic, susu, tu saja kot. Resepi campak2 je. Ikan tenggelam bawah gravy/sauce nya. 


KUETIAW KUCAI di suatu pagi yang tenang.


PIZZA INSTANT guna wrap. Ada extra filling daging cincang dah siap masak dalam freezer. Letak je apa2 yang berkenan.


CHICKEN POT PIE, tak sempat nak snap cantik2 sebab excited lama tak buat. Dah cucuk atas pastry tapi hilang lubangnya. Chicken Pot Pie ni makan macam tu je. Ada resepi lain yang pecah2 kan biskut tawar atas filling ayam tu. Puff pastry tu lagi cantik potong bulat ikut bentuk bekas nya tapi….. apakan daya, malas…


 Puff pastry lama betul kekejangan dalam freezer. Lupa check expiry date haha. Gugel je resepi. Ni pun guna bahan yang ada. Nak masak ni kan, jangan stress sangat. Kita yang makan, derhaka je resepi tu tapi tambah lah apa yang patut bagi sedap. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

13 comments:

  1. Masya-Allah, ni kompilasi berapa lama ni? Banyaknya makanan sedap-sedap! 😋 Suka tengok.
    Saya teringin nak buat kimchi. Nantilah, nak buat research dulu.

    ReplyDelete
  2. wah.. tauhu begedil tu cantik je leper.. rajin masak 👍

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..pandai nya kak Mulan masak..dah level² restoren nie.. 😍😍

    ReplyDelete
  4. Eh ,pot pie tu makan macam mana? Kaut je lah guna sudu ye? Sebab kulit tu belah atas je kan? Linda pun pernah try guna kulit pastry tu, ala, buat yang biasa² je, balut sosej, letak jem stroberi..masuk AF, jadi..sedap..tapi, kemalasan nak buat lagi...hahaha

    ReplyDelete
  5. kita suka chicken pot pie tu..

    ReplyDelete
  6. Semuanya nampak sedap dan mewah :)

    ReplyDelete
  7. Semuanya nampak sedap, molek dan macam hidangan hotel semuanya. Geramnyaaaa sebab teringin nak makan semuanya. Tak nak buka cafe ke Mulan😅

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ya ampun!
    Pizza instant tu macam melambai-lambai... ahaks!

    ReplyDelete
  9. Ini baru kompilasi makanan.... Nanti buat kompilasi travel pulak

    ReplyDelete
  10. Semuanya mengiurkan. Sedapnya kek tu makan sejuk2.

    ReplyDelete
  11. seronok menjamu mata tgk mcm2 makanan bila singgah kat blog mulan ni! syukur tak beria terliur sbb ni ha, baru jer mkn lontong, mr hubby bawak balik org donate mknn kat surau setiap kali malam jumaat...so tak leh tidur awal sbb baru mkn, so MZ pun bukak blog layan BW hehehh

    ReplyDelete
  12. dlm byk2 mknn tu..saya paling suka tauhu bergedil!

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com