Tuesday, October 28, 2025

JJCM BALIK PERAK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Khamis lepas, petangnya drive balik Putrajaya. Jumaat, anak soleh nak ke Bali dengan kawan2 sekolah menengah dulu. Sabtu, berdua dengan hubby of course lah kan hehe, drive balik Taiping. Last balik Raya Puasa hari tu.


Exit Sungkai. Singgah RESTORAN NASI BAMBOO SG KLAH. Alhamdulillah ada parking, memang ramai, Sabtu apalagi lunch. Pening nak pilih lauk. Semua nampak sedap.


Last2 ambil ikan bakar, siput sedut, perut air asam, daging salai goreng dan sayur lemak pucuk ubi. Semua sedap Alhamdulillah.


Check in di EPOCH HOTEL pukul 4pm. Barrack Street Hotel kami call tak berjawab. Di bookingcom tinggal bilik untuk bertiga. Naaaahhh kami berdua je. Hotel Epoch ni 2 malam RM220 rasanya. Puas hati. Bersih kemas. Tiada lif sebab 3 tingkat saja. Ada Smart TV & free Wifi. Macam2 boleh tengok. 


Pukul 5.30pm kami jalan kaki dari hotel.


Wah dah ada kedai cute yang baru buka. Tengah setting kerusi meja.


Dah banyak mural di Taiping ni.


Cuaca mendung. Alhamdulillah banjir dah semakin surut di kebanyakan tempat yang terlibat. 


ANSARI CENDOL. Lama betul tak datang, 2 tahun kot. Macam biasa akan order CENDOL KACANG & PASEMBOR. Sedap pada kami.


Jalan balik ke hotel. Ada cafe baru jugak. Sekolah King Edward pun dekat. Kami suka duduk hotel di area ni sebab walking distance ke banyak tempat.


Ahad lepas Subuh. Jalan kaki ke TAMAN TASIK TAIPING dari hotel. Ada event larian, kita tumpang sekaki berfoto di garisan penamat. Tapi jalan2 bahagian luar je.


Mentari belum keluar sepenuhnya.


Semakin cerah.


Suka warna GIGI COFFEE ni. Breakfast singgah makan tosei di kedai mamak on the way balik hotel, lupa snap foto. Balik hotel rehat dulu.


RESTORAN KA BAWAL POWER

Dah ber-Whatsapp dengan adik ipar sejak pagi nak lunch di mana. Di TikTok pun viral kedai ni. Alhamdulillah diizinkan kami dapat berjumpa makan2. Siblings hubby ada 7, yang ada 5 kali ni, dari Kuantan, Kulim, Manjung dan Taiping. Sorang di seberang laut, sorang baru balik seberang laut tak dapat join. Makanan memang sedap. Telur sotong dan ikan pari bakar sedap. Tapi ikan bawal goreng tu memang rangup paling sedap. Ada kerabu taugeh jugak, lama tak makan, semua sedap. Siap makan kami balik rumah kakak ipar. Memang selalu gather di situ. Sedih terkenangkan arwah ayah dan mak mertua yang telah tiada. Moga rohnya mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Isnin pagi. Mencari di TikTok kedai makan pagi yang viral. 



RUMAH CHOMBEE @ KANTIN SHALMAH




Lupa nak snap foto menu. Kami datang no 2 awal. Kuih muih belum sampai ketika itu. Order Roti Sarang Burung. Sedap. Bila ramai customer lain datang, ramai order Puri. Alahai dah kenyang la pulak. Antara menu, ada nasi lemak, lontong, roti bakar dll banyak lagi. Try la gugel atau tengok di TikTok.


Suasana kedai, 7.40am dah mula ramai. Bagus kedai ni buka awal. Kedai satu lagi yang kami nak try, buka pukul 8, lambat lah pulak.


Siap makan, ke TAMAN TASIK TAIPING lagi.




Dapat 5k steps cukup lah. Balik hotel, siap2 dan kemas. Kami check out.


Singgah KUALA KANGSAR. 


Kami ke sini. Area jeti ni dah dilapangkan, tiada lagi gerai2 dulu. Nampak lagi lapang dan kemas. 


2-3 tahun lepas, ada gerai2 di sini.


APAM KUALA. Alhamdulillah ada yang jual lagi. Tanya akak tu di mana kedai LAKSA yang sedap. 


Dia suggest CENDOL BANGSAWAN ni, tak jauh dari warungnya.


Memang sedap bagi kami, siap ada otak udang. Sekali sekala kan. 


Medan Selera tu, menempatkan kedai2 laksa lama dll yang di tepi sungai. Kami tak masuk Medan Kraftangan ni. Takut terbeli itu ini yang tak sepatutnya hehe. Dah banyak mural juga di area ni. Alhamdulillah petang semalam, Isnin selamat sampai Putrajaya. Tunggu anak soleh sampai dari Bali petang ni, Selasa, kami terus drive balik Kuantan. Insyaa Allah. Moga dipermudah kan segala urusan buat kita semua. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Nanti free kita BW ya, ni belum balik Kuantan lagi. Tunggu anak soleh tiba KLIA2 dulu.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

15 comments:

  1. wahhh banyaknyaaaa pilihan makanan kat sanaaaa

    mural2 yg ada cantik2 x menyakitkan mata yg memandang

    ReplyDelete
  2. gambar2 ni bila masuk blog kak mulan semua nampak menarik nampak sedap,macam syurga makanan
    nanti kalau ke sana boleh la ikut jejak ni

    ReplyDelete
  3. khabarnya taiping banjir...
    so mcm mn keadaan kg kat sana? terjejas ke?

    ReplyDelete
  4. Ok simpan...mana tahu pergi Taiping boleh food hunting jugak...saya selalu singgah medan selera larut beli popia basah jer...sedap popia basah dekat situ...

    ReplyDelete
  5. Wah..lembah kat Kuala Kangsar tu dah makin cantik la...lama tak datang..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... taman Tasik tu memang tak jemu lah..
    banyak juga kedai yang linda tak pernah pegi nie..hihihi..balik pun sat sat ja, tak dan musing

    ReplyDelete
  7. rindu nak pergi taman tasik taiping! tapi kalau nak drive all the way dari gombak..mcm jauh jugakkkk

    ReplyDelete
  8. Banyaknya tempat JJCM best di Taiping 😍

    ReplyDelete
  9. Aiiiiih kak Mulan, sedaaaapnya semua makanann tuh yaaa 😍😍😍😍🤭. Taiping nih jauh tak dari Ipoh? Tgl 8 tuh saya cuma di Ipoh saja. Rasanya tak sempat memang nak jalan ke kota2 lain di perak.

    Makanan khas Melayu macam ini yg saya sukaaaa sangat kak. Makanan viral kekinian minggir dululah. Tak akan saya lirik 🤣. Rugi kalo ke Malaysia tapi tak nikmati kuliner khas

    ReplyDelete
  10. Lepak kat tasik Taiping tu memang best rasa cool je. Makanannya perghhhh penuh meja

    ReplyDelete
  11. Menariknya nasi bamboo sg klah tu. Teringin nak pergi. Jeti Kuala Kangsar tu saya pernah pergi sekitar awal 2000. lepas tu beli beli kraftangan, naik bot sampan nyeberang sungai sayong...hahaha... bestnya kenangan zaman muda

    ReplyDelete
  12. Saya suka sangat jalan-jalan di Lake Garden Tepeng tu. Rasa sangat best dapat tengok pokok raintree yang besor itu. Oh, walaupun saya orang Perak, tapi percaya tak, saya tak pernah lagi makan di nasi bamboo sg klah tu. Sentiasa ramai orang dan penuh parking. Tapi satu hari nanti, nak try juga. Best kan, dapat jalan di Tepeng dan Kuale. 🥰

    ReplyDelete
  13. Taiping bandar yang bagaikan tak terusik zaman nya kan, masih kekal sebegitu tak banyak perubahan. Lama dah kak ana tak ke Taiping, ada juga plan nak makan angin ke Tepen ni kata orang Perak, boleh lah guna entri Mulan sebagai rujukan nanti untuk tempat-tempat baru kat sini yang esthetic :)

    ReplyDelete
  14. Wajiblah brisk walk dekat TTT tu kan Kak... Pekan Taiping ni best, tenang je.. .

    ReplyDelete
  15. Nasi Bamboo Sg Klah tu pernah pergi sekali jer tapi sebab ramai sangat org (time tu nak balik raya haji)..terus tak jadi masuk.. sampai la ni tak pernah lagi merasa hihii

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com