Thursday, October 02, 2025

DAY 8 : HANDS, CHARACTER STREET, TOKYO STATION & BYE BYE JAPAN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Last day di Jepun, di Tokyo.


Kemas semua barang2 siap2 dan makan. Biasa lah hubby keluar jogging brisk walk lompat bintang ke, dia tapau onigiri, pancake dan roti dari 7e atau Family Mart. Terus keluar. Bye bye Sakura Tram.


Kami ke TOKYO STATION.

Stesen Tokyo ialah salah satu destinasi terpenting di bandar ini, melayani 500,000 pelawat setiap hari yang menaiki 4,000 kereta api. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan stesen kereta api di Jepun, Stesen Tokyo bukan sekadar destinasi untuk penumpang. Ia juga mempunyai butik membeli-belah dan kedai makan bertaraf dunia, manakala banyak tarikan yang mesti dilihat di Tokyo hanya dalam jarak berjalan kaki yang singkat. 

Sumber : www.jal.co.jp


Anak solehah dengan buku stamp nya. 


Stesen Tokyo merupakan Terminal yang terbesar menjadi tempat pertemuan untuk beberapa laluan keretapi seperti Shinkansen (Bullet Train), JR Line seperti Yamanote Line, Tokyo Metro yang mewakili laluan bawah tanah dan banyak lagi laluan lain di situ. Dalam pakej pelancongan, banyak yang menjadikan Stesen Tokyo sebagai tempat permulaan lawatan kerana kedudukannya yang strategik.

Bangunan Stesen Tokyo direka oleh arkitek bernama Tatsuno Kingo. Menjadi daya tarikan pelancong, kerana rekaannya yang nampak elegan dengan penggunaan bata merah menjadikannya sebuah bangunan moden. Sebagai persediaan kepada Tokyo Olympic 2020, tumpuan banyak diberikan untuk menghubungkan pelbagai rangkaian kepada bangunan utama ini. Selain menawarkan kepelbagaian produk cenderamata dari seluruh Jepun, di dalam stesen ini juga terdapat restoran-restoran yang terkenal dari seluruh dunia.

Sumber : www.livejapan.com


Octagonal Dome ini terletak di bangunan Marunouchi Utara dan Selatan di Bangunan Stesen bata merah, Harta Budaya Penting Negara. Kubah Neo-Baroque yang elegan ini telah dimusnahkan dalam Perang Dunia II dan kemudian dibina semula pada tahun 2012 kepada reka bentuk asal sebelum perang, yang menampilkan arca helang dan zodiak.

Sumber : AI




Memang cantik dengan penggunaan bata merah.




Suasana di luar TOKYO STATION 





Almost 10am, last ni snap foto luar TOKYO STATION.


Anak solehah nak ke HANDS di TOKYO STATION. Lebih kurang macam Parkson. Harga pun ok. Nak cari blind box katanya. Mummy duduk di sofa luar tersengguk2. Sejuk ada aircond. Tiba2 hubby Whatsapp, jumpa bag idaman. Yeeyy hubby suruh beli. Backpack 70liter + duffel + wheels & of course boleh tarik. Tak plan nak cari di Jepun ni. Kami jenis tak suka luggage bag kotak, suka jenis duffel sebab bila drive, beg kotak takes space walaupun beg tak penuh barang. Duffel bag kan ikut isi perut barang di dalamnya. Senang letak dalam bonet kereta yang kurang besar.


TOKYO CHARACTER STREET 

Dengan 21 kedai yang menampilkan bintang media animasi daripada Winnie the Pooh kepada Pokémon kepada Moomin, Tokyo Character Street di Stesen Tokyo adalah syurga jika anda menggemari kartun dan semua peralatan yang berkaitan.

Kawasan ini pada asasnya adalah laluan panjang yang dipenuhi dengan sejumlah 21 kedai, setiap satu bertemakan kartun, animasi atau perbadanan media tertentu yang mengkhusus dalam maskot dan watak animasi. Ia adalah mikrokosmos budaya pop kebanyakannya Jepun yang tertumpu kepada beberapa ratus meter membeli-belah. Fikirkan Hello Kitty, Rilakkuma, Pokémon, Moomin dan One Piece.


Apabila mereka mengatakan barangan watak tersedia di sini, mereka maksudkan. Anda boleh menemui hampir semua item yang boleh dibayangkan di sini: buku nota, payung, rantai kunci, teka-teki jigsaw, tuala, kad permainan - semuanya dicetak dengan aksara kegemaran anda padanya.

Sumber : www.trulytokyo.com/tokyo-character-street

Anak solehah dan daddy nya lah nak datang sini. Besar sangat TOKYO STATION ni. Ada Character Street, Kitchen Street, Ramen Street dll lagi.


GASHAPON. 


Ok time to balik homestay.


Singgah 7E. Strawberry banana soy smoothie buat sendiri.


HALAL JAPAN APPS

Custard Cream Chocolate Eclair tu aduiii baru jumpa. Serious sedap.


Balik homestay hantar barang, kami keluar semula. Baru nak meronda area ni. 


Kami ke SHOKUGU ROURAN lagi. Chinese/Uyghur cuisine dengarnya. First day ketika check in di sini, kami dah try makan di sini. Memang sedap.


Sedap, lembut daging nya.


Crispy Chicken pun sedap.


Beef Skewers pun sedap. Alhamdulillah.


Flight kami 11pm lebih kurang. So hubby book extra 1 malam supaya kami dapat urus diri dan barang2 sebelum ke airport. Imagine kalau tak book extra 1 malam, kami kena check out pukul 10. Dengan bag dll, takkan nak naik flight tak tukar baju. Time ni musim panas lagi, peluh hangit tak selesa juga. 

Kemas2 semua seperti kami tiba. Sampah je masih dalam rubbish bin. Owner suruh tinggal. 


Dari homestay kami book kereta/taxi guna GO apps untuk ke Terminal Bas. Dekat je homestay ke terminal bas. 3km rasanya. Hubby beli ticket bas terus ke airport. Memang selesa. Kalau naik train, isshh imagine la masuk station time orang balik kerja. Kena jalan jauh dalam station. Kalau nak ke airport memang senang naik bas. Sebab banyak je bus station/terminal untuk ke airport. Gugel je. Book kereta 6 seater, datang ya Alphard.


SUNSHINE CITY BUS TERMINAL. 
Lokasi dalam/sebelah SUNSHINE CITY. Baru tau besar betul Sunshine City ni. 

Sunshine City ialah kompleks bandar yang luas yang terdiri daripada lima bangunan dan terdiri daripada sejumlah besar kemudahan yang berbeza termasuk Akuarium, Balai Cerap, pusat membeli-belah, pejabat, ruang acara, restoran, hotel, muzium, teater dan banyak lagi, dan ia dikunjungi setiap tahun oleh kira-kira 30 juta pelawat.

Sumber : sunshinecity.jp

Macam KL SENTRAL kita juga lah sikit.


Senang ada PRAYER ROOM. Flight kami delay 2 jam sebab hujan sangat lebat juga ribut. Katanya seluruh airport ditutup 2 jam, tiada flight dapat masuk dan keluar.


Ketika dah masuk kapal pun masih hujan lebat. Bye bye Jepun. Moga dapat kembali lagi.


Mentari mula bersinar.


Subhanallah cantiknya.

Alhamdulillah smooth semuanya. Moga dapat kembali ke Jepun, Insyaa Allah.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

38 comments:

  1. cantik betul tokyo station tu. nampak macam bangunan inggeris, tapi arkitek nya original from japan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, sebelum tu lalu kat bawah je. Tak tau sejarah dan senibina dari luar.

      Delete
  2. Saya tengok tokyo station teringat stesen keretapi dekat amsterdam. Lebih kurang jugak senibinanya. Mungkin diinspirasikan dari bangunan di Eropah ye Kak Mulan.

    Sedap2 makanan dekat restoran Uyghur tu. Bila baca blog Kak Mulan ni, rasa macam senangnya nak cari makanan halal di Jepun skrg ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dibuat dari bata merah kan, nampak macam di Europe. Sekarang dah banyak kedai halal di Jepun. Itu yang membuatkan kami suka ke sana.

      Delete
  3. cantik bangunan bata merah dia. Hospital Sultaah aminah JB ni pun guna bata merah, tapi apasal tak nampak menarik? Aura hosptal tu yang jadikan dia tak menarik agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke. Selalu nya bangunan bata merah ni cantik, kan.

      Delete
  4. Seronoknya. Someday nanti tabung dah penuh, memang wish nak bawa anak-anak ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah Mak Lin sampai Jepun nanti.

      Delete
  5. stesen tokyo ni besar dan terlalu ramai org...
    kalau tak biasa mmg pening dibuatnya

    ReplyDelete
  6. kenapa laa beef skewers tu nampak menyelerakannnn🤤

    ReplyDelete
  7. best sgt baca entry ni! moga2 saya ada rezeki ke sana lagi! daging tu nampak sgt sedap laaa!

    ReplyDelete
  8. Memang cantik senibina Neo-Baroque tu...
    duffel bag tu lawa kak... rasa nak cari satu jenis beroda gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang cantik kan. Duffel bag ni memang lagi practical sebenarnya.

      Delete
  9. Tokyo Station tu, macam-macam ada, yek. Tengok dalam gambar ada Ultraman, teringat anak kedua saya, masa kecil, suka sangat Ultraman. Terima kasih atas perkongsian, seronok saya membaca, sebab nak pergi sana sendiri, entah bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jugak besar nya. Thanks tau singgah sini. Insyaa Allah Nur sampai Jepun nanti.

      Delete
  10. Kalau uncle komfom dah selfie dengan atromen etu... hehehhe

    ReplyDelete
  11. Menarik betul Tokyo Station. Pusing-pusing kawasan tu pun jenuh kan. Tak dapat dibayangkan sibuknya station ni. Masuk bucket list ni Jalan-jalan Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik sangat Tokyo Station ni, besar sungguh dan macam2 ada.

      Delete
  12. stesen Tokyo ni, sepertinya sudah moden ada bangunan pencakar langit namun tetap menyeronokkan.
    terpesona dengan kecantikkan langit - MashaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tokyo Station ni besar betul, macam2 ada

      Delete
  13. Suka SA tengok gambar- gambar yang akak share kat entry ni..beef skewers tu buat SA teringin...dapnyaaaa

    ReplyDelete
  14. Cantiknya arkitektur Octagonal Dome tu. Mungkin ada pengaruh negara lain juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, maybe jugak kot dipengaruhi dari negara lain.

      Delete
  15. 2014 pernah ke Jepun, negara maju ..selamat kembali ke Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kalau 2014, mesti banyak beza dangan sekarang kan.

      Delete
  16. Moga ada rezeki sampai ke Tokyo.

    ReplyDelete
  17. Sering bolak balik melalui station Tokyo, tapi saya tak pernah lihat bagian luarnya 🤣🤣. Jadi selama ini datang, langsung lanjut dengan kereta api lain ke destinasi tujuan. Jadi memang station Tokyo hanya untuk transit saya. Krn itu saya tak pernah keluar dari dalam stastionnya.

    Sedap2 makanan halal yg dicoba kak 😍😍. Nanti kalau kesana boleh lah saya cari juga.

    Saya juga lebih suka extra stay kalo penebangan malam. JD at least bisa lah istirahat dulu di kamar drpd langsung ke bandara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby yang suggest jalan2 luar Tokyo Station sambil menunggu mall dibuka. Memang cantik design dari luarnya. Alhamdulillah sedap makanan nya 😍😍

      Betul kalau flight balik nya lambat, lebih selesa ditambah 1 malam untuk kemas dan bersihkan diri. Kemudian bar7 ke airport.

      Delete
  18. Waalaikumussalam.
    Cantik, bersih dan tenang saja suasana di Jepun. Orang-orangnya pun berdisiplin.
    Alhamdulillah, makanan halal yang sungguh menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie, suka tengok di sana bersih kemas semuanya. Tenang je mata. Bila ada makanan halal, senang nak berjalan dan tak perlu risau.

      Delete
  19. Cantiknya Tokyo Station tuh. Dekat situ saja macam-macam kedai ada ye. Jepun ni setiap ceruk pun bersih dan kemas buat hati terpikat. Senang bila udah terpampang perkataan halal. Best sungguh JJCM Jepun Mulan dan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik senibina nya. Betul Jepun tu tiap ceruk bersih kemas. Asal halal, senang hati nak makan. Alhamdulillah diizinkan.

      Delete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com