Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.
Hubby kisahnya dah pergi jogging lepas Subuh. 5.30am dah Fajar. Mummy dengan anak soleh jogging atas tatami hehe. Dia balik belikan onigiri, roti, bun, pancake halal yang biasa tu lah dari 7E atau Family Mart. Breakfast dan bersiap, 8.30am kami keluar untuk menyusuri jalan & bangunan di Tokyo, mengukur ribuan steps untuk hari itu serta membakar dan meng-gril kalori kami. Hehe.
Walaupun pagi ketika rakyat keluar bekerja, train station tak lah sesak.
@ ASAKUSA
Sensō-ji juga dikenali sebagai Asakusa Kannon ialah sebuah kuil Buddha di Asakusa, Tokyo, Jepun. Ia adalah kuil tertua di Tokyo, dan salah satu kuil yang paling penting. Ia adalah tapak keagamaan yang paling banyak dikunjungi di dunia dengan lebih 30 juta pelawat setiap tahun. Kuil ini merupakan perhentian ke-13 diBandō Sanjusankasho. (Wikipedia)
Nakamise Street (Nakamise-dori) ialah arked membeli-belah bersejarah sepanjang 250 meter di Asakusa, Tokyo, menghubungkan Pintu Kaminarimon ke dewan utama Kuil Senso-ji. Sebagai salah satu jalan membeli belah tertua di Jepun, ia menunjukkan hampir 90 kedai yang dikendalikan oleh keluarga yang menjual cenderahati tradisional Jepun, makanan ringan seperti ningyo-yaki dan senbei, kraf tempatan dan makanan lain. Jalan ini berbumbung, menawarkan perlindungan daripada unsur-unsur, dan merupakan destinasi popular untuk pelancong Jepun dan antarabangsa.
(Sumber : AI Overview)
Sensoji (浅草寺, Sensōji, juga dikenali sebagai Kuil Asakusa Kannon) ialah sebuah kuil Buddha yang terletak di Asakusa. Ia adalah salah satu kuil yang paling berwarna-warni dan popular di Tokyo .
Legenda mengatakan bahawa pada tahun 628 , dua bersaudara memancing patung Kannon , dewi belas kasihan, keluar dari Sungai Sumida, dan walaupun mereka meletakkan kembali patung itu ke dalam sungai, ia sentiasa dikembalikan kepada mereka. Akibatnya, Sensoji dibina berdekatan untuk dewi Kannon. Kuil ini telah siap pada 645, menjadikan kuil tertua di Tokyo.
(Sumber: www.japan-guide.com)
Nun di sana THE TOKYO SKYTREE.
Antara kedai halal yang dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Kalau tak halal, dia akan bagitau.
Posing je.
Daddy nya asyik cari tempat teduh. Litlit nya lebih sikit dari Malaysia.
Ais krim dan matcha break.
Tourist Information Centre
Dia dah install apps di mana nak cop dalam stamp book nya.
Walaupun panas litlit tapi masih ramai pengunjung nya.
Kaminarimon ialah pintu masuk utama ke Kuil Sensoji , dan nama yang lebih formal ialah Furaijinmon yang secara literal bermaksud "pintu tuhan angin dan tuhan guruh". Aksara untuk nama ini, 風雷神門, ditulis di bahagian belakang tanglung. Walaupun pintu pagar itu mula-mula dibina lebih 1000 tahun yang lalu, ia telah musnah berkali-kali oleh kebakaran, dan pintu gerbang semasa bermula dari tahun 1960. Ia adalah struktur yang mengagumkan, tingginya 11.7 meter, lebar 11.4 meter, dan meliputi kawasan seluas 69.3 meter persegi.
(Sumber: www.asakusastation.com)
Beca di Asakusa.
Asakusa Hanayashiki ialah sebuah taman hiburan di Asakusa, Taitō, Tokyo, Jepun, yang telah beroperasi sejak 1853. Ia dikendalikan oleh Hanayashiki Co., Ltd., anak syarikat Bandai Namco Holdings. Ia didakwa sebagai taman hiburan tertua di Jepun. Salah satu maskot tidak rasmi taman itu ialah Kereta Panda.
(Sumber : Wikipedia)
Stesen Tokyo
Anak solehah dengan buku stamp nya.
Stesen Harajuku
Japanese Cheese Coin atau Jū-en Pan (roti 10 yen), ialah snek makanan jalanan yang viral di Jepun, terutamanya di kawasan seperti Tokyo dan Osaka, berbentuk seperti syiling 10 yen. Ia adalah bahagian luar seperti wafel yang panas, manis dan rangup dengan isi keju mozzarella cair yang hangat, bertali dan elastik di dalamnya.
(Sumber : Gambaran Keseluruhan AI)
Kedai halal @ Shibuya
Takeshita Street adalah jalan beli-belah pejalan kaki sepanjang 400 meter yang meriah di daerah Harajuku di Tokyo, yang terkenal dengan fesyen dipacu belia, aksesori unik dan hidangan manis, terutamanya krep. Ia merupakan hab untuk budaya Jepun yang bergaya, menarik minat penduduk tempatan dan pelancong muda dengan butik eklektik, kedai bertema dan suasana yang meriah.
( Sumber : AI)
Tokyu Plaza ialah gedung serbaneka bertingkat di daerah Omotesando / Harajuku di pusat Tokyo. Dibuka pada 2012 dan direka oleh arkitek Hiroshi Nakamura, kompleks membeli-belah ini terkenal dengan pintu masuk portal yang menarik perhatian. Eskalator membawa pengunjung melalui kaleidoskop cermin dan menawarkan peluang bergambar yang popular di jalan-jalan Omotesando yang sibuk di udara terbuka.
(Sumber: en.japantravel.com)
SNOOPY TOWN HARAJUKU
Layan je lah anak solehah ni. Daddy ke kedai lain berdekatan. Tak apa indoor, sejuk sikit ada aircond. Siap semua cuci mata & cuci pocket sikit, kami balik homestay sebab belum solat Zohor dan Asar.
Lepak2 borak2, hubby ajak keluar lagi. Mulanya malas tapi buat apa duduk homestay je kan. Terus bangkit, mummy dengan anak solehah pakai tudung sarung je. hehe. Kalau travel memang bawa tudung sarung jugak, sebab instant & cepat kan.
HARRY POTTER STAIRS & TIME TURNER
HARRY POTTER STAIRS
Di pintu masuk stesen kereta api, anda akan menemui tangga besar, menyerupai tangga di Hogwarts. Jika ada sesiapa yang berani mempersoalkan sihir anda, sila tunjukkan gambar anda semasa menaiki tangga Hogwarts dalam perjalanan ke kelas.
Selain itu, sebagai bonus tambahan, siling berbintang yang cantik menambah kesan mistik dan sentuhan sinematik yang cantik.
(Sumber: thesmartlocal.com)
Time-Turner yang ikonik, peranti ajaib yang digunakan Hermione untuk mengembara melalui masa. Di stesen ini, anda akan dapat menyaksikan struktur besar Time-Turner dan mengambil gambar yang menarik dengannya.
(Sumber: thesmartlocal.com)
Cantiknya kan, tukar2 warna.
Di luar pun sama cantik, warna warni semuanya. Alhamdulillah tak hujan.
One for the album.
Cukuplah di sini. Kami tak ke HARRY PORTER PARK by WARNER BROS (The Making of Harry Potter) di Nerima City. Tak cukup masa.
Mario Kart Tour
Kena ada International Driving Permit (IDP) untuk memandu, IDP yang serupa diambil jika ingin memandu di Jepun.
Jom lah pulang. Berbelas ribuan steps dah menapak.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.
Bestnya dapat jalan-jalan di serata tempat. Ini barulah best jelajah tempat orang. Bagusnya tak sesak pagi-pagi walaupun waktu bekerja ye. Salutelah.
ReplyDeleteBagus juga peniaga jujur bagitahu barangan tak halal tu.
Seronok betul dia mencari cop merata tempat. Kalau saya pun begitu, excited! Mudah ada apps dapat tahu kat mana ada.
Semua tempat menarik ada daya tarikan tersendiri. Mujur tak duduk homestay, kalau tidak rugi. Dapat juga jalan-jalan alang-alang dah sampai tu kan.
Bestnya kalau dapat naik Tokyo Skytree tu.
Alhamdulillah diizinkan buat kami. Memang bagus peniaga tu akan cakap mana yang halal. Anak solehah ni memang dah prepare dengan buku stamp nya. Betul semua tempat ada tarikan tersendiri. Tak sempat naik Tokyo Skytree tu.
DeleteAdik saya yg pernah tinggal dan kerja di jepang, juga bilang , summer di sana jauuh lebih panas drpd Indonesia. Itu juga alasan kenapa saya tak pernah pergi ke jepang summer 🤣.
ReplyDeleteWaaah dah lamaaaa sangat usia kuil itu yaaa. Dari tahun nya masih 3 digit dibangun. Kuat sangaaat 😍😍😍. Melihat banner halal Kobe beef langsung terliur saya. Sukaaaa lah tiap makan aneka daging steak di jepang . Sebab daging mereka betul2 melt di mulut, ya Allah sedapnyaaa. Teringat waktu makan Kobe beef dulu.
Aneka Snack itu trutama yg koin 10 yen, aiiiih teringiiiin saya jadinya kak 🤭😍😍😍.
Baru tahu ada tema harrypotter di sana... Memang harus ajak anak2 lah kalo kesana nanti 😍
Memang agak panas tapi kami jalan2 di tempat yang ada aircond juga 😄😄. Kuil di Jepun memang usia sangat lama. Betul daging di Jepun memang sedap tapi tak berani makan selalu. Cukup sekali atau dua. Cheese coin 10yen memang popular. Ya Fanny mesti bawa anak2 ke Harry Potter Park kerana lagi banyak yang best2. 😍😍😍
DeleteMusim panas sana katanya memang lebih panas dari Malaysia. Tapi ramai pelancong sebab siang lebih panjang dan lebih banyak aktiviti boleh dibuat.
ReplyDeleteTempat Harry Potter tu saya teringin nak pergi tapi tak masuk itinerari haritu pun. Entah lupa sebab apa.
Betul, kawan yang di Jepun dah cakap, tapi kami tiada masa lain. Harry Potter stairs ni kami visit sebab tak sempat ke park nya.
DeleteWah.. cantiknya pemandangan di Jepun. Saya mampu pergi kedai jalan jalan jepun aje... pergi jepun betul betul belum masuk list lagi.. hahaha...
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah. Insyaa Allah Kak Yan dapat ke sana nanti.
DeleteBerapa ribu steps dan kalori yg berjaya di bakar tu Kak? Dari pagi sampai malam berjalan2 :)
ReplyDeleteIngatkan panas di sana tak sepanas tempat kita. Rupanya lagi panas ye
Berbelas ribuan huwaaaa... Ya PH agak panas musim summer nya.
Deletebest nya dpt cuti2 tokyo! masa my last trip (2018), i tak explore food (masa tu tak tahu/tak reti guna apps halal)...so setakat makan apa2 yg nampak display level halal ajer (kebab etc)
ReplyDeleteNext trip boleh la MZ explore banyak halal food lagi nanti
DeleteSeronok baca cerita jalan2 kak Mulan sekeluarga di Tokyo. Aktiviti mengecop stamp tu macam best je.
ReplyDeleteThanks tau singgah dan baca. Anak solehah ni suka mengecop dari trip Taiwan dulu.
DeleteMemang kurus la kalau melancong di Jepun ye kak, berjalannnnn je. Malam hari memang lenggang je ye walaupun tempat tumpuan... Best baca jalan-jalan akak
ReplyDeleteTak jugak Dana, makan macam2 naik 2kg sebenarnya hehe. Mungkin hari kerja esoknya, tak ramai jalan2 malam
DeleteBestnya jalan-jalan Jepun.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteCantik suasana malam dia. Mudahan Allah rezekikan dapat jejak Jepun
ReplyDeleteMemang cantik. Insyaa Allah sis sampai sana nanti.
DeleteNasib baik lembu hitam tu tak bangun!
ReplyDeleteLari lah kami kalau dia bangun
Deletesyukurlah dapat jumpa makanan halal dgn mudah di sana...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteYeay, jenjalan Tokyo.
ReplyDeleteJadi Harry Potter tu, bukanlah shooting di negara omputih? lah!!!
Port yg sentiasa ditonton dalam drama Jepun, hehe~
Jepun, matcha dan green tea, berpisah tiada.
Shooting rasanya bukan di Jepun. Yang ni semua untuk tourist attractions kot. Ya betul matcha dan green tea berpisah tiada.
DeleteBila dah selalu jejak kaki ke Jepun, Mulan dah tahu dah nak cari makanan halal kat mana dan nak makan mana yang halal kan....
ReplyDeleteBest pula tema Harry Potter tu. Dania suka juga ni.
Guna apps je Ezna. Gugel dan search, banyak apps yang berguna. Boleh bawak Dania nanti.
DeleteWah, seharian berjalan. Banyaknya tempat menarik. Dan jumlah steps pun banyak yek.
ReplyDeleteBelas ribu stepsnya aduii. Memang banyak tempat menarik di sana. Malaysia pun banyak jugak kan.
Deletesy masukkan kuil asakusa tu dalam iti
ReplyDeletetapi dah smpi sn terpaksa skip sebab kekangan masa...
Sama lah, ada tempat kena skip.
Deletesy ada beli juga japanese cheese coin tu tp hampeh je...tak de keju pun... rs nak pulangkan balik je... hahaha... tp ms tu kami kat osaka...
ReplyDeleteYang n banyak cheese nya Alhamdulillah
Deletewafer 10 yen tu viral sangat kan. teringin nak rasa!
ReplyDeleteSedap tau.
DeletePergi tempat orang memang kena explore...biar beribu langkah janji jangan tertinggal 1 pun...bukan every month nak pi jelajah tempat orang kan
ReplyDeleteBetul, bila lagi nak explore kan.
DeleteBila berjimbaan ke sana ke sini tidak perasan pun ye steps dah melebihi 10 ribu☺️Cantik semua tempat yang dikongsikan di dalam post ini. Paling wow tempat Harry Potter tuh. KSarie bukan Potterhead tapi minat juga la movie dan buku Harry Potter. Cuaca masa ni sejuk ke?
ReplyDeleteLenguh kaki tak terasa, dah balik homestay baru lah lenguh sakit semua. Panas KSarie sebab musim panas. Panas sikit dari Malaysia.
DeleteJapanese cheese coin tu tengah viral juga kat Malaysia.
ReplyDeleteOh kat Malaysia ada jual ya, boleh cari.
Delete