Tuesday, September 23, 2025

DAY 4 : FUJIKAWAGUCHIKO - TOKYO, JAPAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Bye bye Mt Fuji.

 

Ahad, 7/9/2025. Kemas2 barang, kemas homestay. Kemas macam mula kami sampai. Sapu bersih. Sampah je tak buang. Owner kata biar dalam tong sampah. Terus check out. Malas nak patah balik. 


Hajat nak ke LAKE SAIKO BAT CAVE. Tutup lah pulak sebab laluan diguna untuk MT FUJI TRIATHLON pada hari itu. Tak tau la pulak kan ada triathlon. 


Kami drive ke LAKE SHOJI. 


Area Mt Fuji ni ada 5 tasik berdekatan. Kalau gugel ada pakej day trip untuk ke lima2 tasik ni.


Cuaca terang cantik semua nya. Klik2 dari dalam kereta saja.


Panas litlit pun masih ramai berkhemah.


Hi Mt Fuji...


Hubby terus parking di camping park ni.



Daun2 kekuningan kemerahan musim luruh sudah mula keluar.



Dah nak balik, sempat lagi capture Mt Fuji tu. N kereta yang kami sewa.


Hubby punya excited tengok ada SCUBA DIVE CENTER di sini. Hehe member macam menyesal tak check scuba activity di sini. Dive dalam lake. Ramai betul yang dive. Hhmm kata hubby, kena datang lagi nak dive sini pulak. Ok kita follow je Insyaa Allah.


LAKE MOTOSU


Ramai stop dan parking di tepi jalan ni. Memang view cantik.


Drive lagi keliling lake. Terus ke Kawaguchiko. Nak pulangkan kereta. Nak ke Tokyo.


Celah2 rumah dan bangunan pun dapat tengok Mt Fuji.


Sementara hubby pulangkan kereta, klik2 sekeliling.


Kawaguchiko Station. Di sini untuk bas. Kalau train station, di belakang nya saja. Suasana memang happening sebab hari Ahad juga penghujung musim panas.

Beg kami. 2 backpack besar 70 liter, 2 backpack 30 liter + 1 cabin size bag beroda (untuk barang fragile, tak boleh berat sangat). 


Suasana di station, juga di dalam bas.


Bas pukul 12.30pm, tiada nombor seat. Bas cuma ada beberapa passenger. So kami ke seat belakang sebab lagi lapang rasanya, walaupun ada couple mat saleh paling belakang yang tidur tak tidur. Honeymoon kot. Tapi tak apa diorang masih sopan.


Bas kami berhenti di SHIBUYA DOGENZAKA TOKYU BUILDING, yang sangat dekat dengan SHIBUYA STATION. Macam connecting jugak station dengan building ni. Yes aircond, sejuk sikit.


Litlit litlit. Uishh ramai sungguh manusia bila keluar dari station.


Tak apa, kita tanda kehadiran dulu di SHIBUYA CROSSING ni. Dengan bagpack bagai.


Masuk station. Masuk train. Sejuk Alhamdulillah. Keluar train, terus cari jalan ke homestay.


SAKURA HOME

Tiada katil. Ada tilam umpama TATAMI. Cukup lengkap homestay nya. Cuma tiada TV. 4 malam di sini. Cabinet baju siap ada lock. Kenapa pilih SAKURA HOME, sebab hanya 250 meter dari OTSUKA STATION, yang dalam lingkaran Yamanote Line.


Yamanote Line (山手線, Yamanote-sen) ialah laluan kereta api terpenting di Tokyo . Ia adalah garisan bulat, yang menghubungkan pusat bandar utama Tokyo. Perjalanan mengelilingi seluruh bulatan mengambil masa lebih kurang satu jam.
(Sumber : www.japan-guide.com)

Sebelum trip Jepun kami last year lagi, dalam TikTok, YouTube, ramai bagitau book lah homestay, hotel yang berdekatan dengan mana2 train station seperti di atas. Dalam lingkungan YAMANOTE LINE. Semua nama di atas adalah nama train station, yang akan connect dengan train yang ke tempat lain, warna lain. YAMANOTE LINE ni warna hijau. 

Tahun lepas kami menginap di area SHIN OKUBO STATION. Kali ni hubby minta AI carikan, dapat homestay di OTSUKA STATION.

Nama2 station yang CAPITAL LETTERS tu ie TOKYO, UENO, IKEBUKURO, SHINJUKU, SHIBUYA dan SHINAGAWA, semua ni adalah station yang besar, yang connect to banyak station lainnya. 


Siap solat, memang terasa lapar lah masa tu. Hubby gugel. Ada kedai halal berdekatan. Chinese Muslim atau Uighur kot.


Dah lapar semua sedap, tapi seriously sedap. Lamb Rice, Fried Nan + Beef, Fried Flat Noodles & Beef Skewers. 


Dari Otsuka Station terus ke Shibuya Station. Anak solehah ni dah start lah menepek stamp dalam buku nya. Satu di Shibuya Station ni. 


Ahad malam. SHIBUYA CROSSING.


Meriah.



Patung anjing Akita Hachiko, yang diingati kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada pemiliknya yang telah meninggal dunia, dipasang di luar Stesen Shibuya Tokyo, di Jepun. (Wikipedia)


Yang halal di sana. Malam2 pun makan ais krim. Litlit walaupun malam. Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

34 comments:

  1. Tak puas mata memandang Gunung Fuji tu. Seronok Mulan dapat jumpa Fuji lagi.
    Rajin anakanda main cop, jadi souvenir untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak puas kan tengok Mt Fuji ni. Alhamdulillah diizinkan. Anak solehah tu dah install apps mana nak cop.

      Delete
  2. ramai btul dkt SHIBUYA CROSSING tu ye..tmpt wajib ada gmbr bila smp situ.....view tasik tu tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Shibuya Crossing tu sentiasa ramai. Tasik tu memang tenang sangat.

      Delete
  3. Cantik cerah cuacanya. Seronok berjalan dengan cuaca yang elok. Mt. Fuji ni tak jemu mata memandang kan. Tak puas tengok dan tak puas ambil gambar.

    Wah, pasti akan kembali lagi sebab nak dive. Cantik betul tasiknya. Meriah aktiviti sukan air.

    Shibuya crossing tu wajib hadir. Barulah Japan gitu. hihi...Sentiasa meriah shibuya crossing ni.

    Alhamdulillah dapat homestay yang selesa. Ada tatami tebal pun dah cukup best untuk tidur tanpa perlu katil
    Nikmat tu dapat makan nasi. Sedap pulak tu kan. Baru mood on dan bertenaga nak jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik cuaca hari tu. Mt Fuji pun tak akan puas tengok. Insyaa Allah nak jugak kembali ke Fujikawaguchi ni.

      Shibuya Crossing memang sentiasa ramai. Alhamdulillah homestay memang selesa, cukup facilities. Dekat train station jugak.

      Delete
  4. Cantiknya Lake Shoji dia Mulan. Memang terpesona dengan keindahannya. Ya Allah Mt Fuji pun cantik. Rupa-rupanya gunung berapi ya Mt Fuji ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tasik pun cantik. Apalagi Mt Fuji, ya betul gunung berapi.

      Delete
  5. Mt Fuji tu macam ada anak kat depan 😁
    Shibuya Crossing siang malam pun ramai orang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ambil gambar dari belah barat memang akan ada gunung kecil di depannya. Shibuya Crossing memang sentiasa ramai.

      Delete
  6. Kalau SA la kak...rasanya kena ada banyak camera, SD Card untuk amik gambar beribu2...hahahaha...SA ni memang suka bergambar...

    ReplyDelete
  7. Kena buat banyak homework yek, sebelum pergi. Untuk tengok route train, homestay dan sebagainya. Eh, baru pagi tadi saya nampak ada cop dan ink kat kaunter, tapi kat FamiliMart, boleh beli sekali buku. Ramai bebenor orang di Shibuya Crossing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul buat homework sikit, search di TikTok YouTube, blog dll. Anak solehah ni suka mengecop. Shibuya Crossing memang sentiasa ramai.

      Delete
  8. Wah, travel guna backpack je. Hebat kak Mulan sekeluarga. Belum pernah lagi jejak kaki ke Tokyo. Jepun mmg negara yang cantik, teringin nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kena naik train so better guna backpack. Susah nak heret luggage bag. Ada station yang tiada escalator. Insyaa Allah Carneyz sampai Tokyo nanti.

      Delete
  9. Wah! Dapat jumpa Hachiko... Best juga movie dia...

    ReplyDelete
  10. subhanallah cantiknya semua gambar. bila musim panas ni memang syokla dapat tengok view mount fuji tak kena tutup dgn awan. kat area mt fuji tu sejuk tak kalau summer2 pun?
    bestnya pergi sana sewa kereta je, senang nak gi mana-mana dan tak terikat dgn jadual sangat.
    tengok yamanote line tu, teringat dulu pergi jepun duduk kat area komagome. senang betul sebab line dia menghubungkan tempat2 yg penting kat tokyo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mazni musim panas tak ada lah disalut salji. Pagi2 sejuk lah tapi kemudian tu litlit jugak. Di area Fuji senang drive sebab tak banyak kereta macam Tokyo. Parking pun free dan mudah. Ya YAMANOTE line connect to banyak station lain kan.

      Delete
  11. Suka tengok semua gambar dan baca cerita yang dikongsikan. Samada kena menabung atau jual buah pinggang nampaknya saya ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KSarie selalu singgah dan baca. Insyaa Allah sampai sana nanti.

      Delete
  12. rindunya nak repeat cuti2 tokyo! gambar view tu semua nya breathtaking

    ReplyDelete
  13. SubhanaAllah indahnya Mt Fuji. Semuga ada rezeki datang ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang indah Subhanallah. Insyaa Allah sampai sana nanti

      Delete
  14. Waktu saya stay di Airbnb Tokyo dan Osaka, owner juga selalu bilang jangan buang sampah di luar, biar nanti dia yg urus. Sebab salah menempatkan sampah walau cuma 1, dendanya besar juga.

    Baca tulisan kak Mulan, memang lah saya teringin juga ke jepang sewa mobil, tapi masalah koper ini yg masih susah 🤣🤣. Sebab saya pasti tak cukup hanya backpack 😅😅. Mesti sangat bawa koper yg paling besar tuh. Atau mungkin Krn saya selalu kesana saat winter, jadi winter jacket pun banyak masuk 😅.

    Kapan2 mesti merasakan short trip ke jepang, dan summer. Supaya tak payah bawa banyak baju 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sebab takut salah masuk tong besar nya. Fanny boleh saja sewa MPV yang lebih besar, class yang sama kereta. Macam Alphard. Ya jacket winter juga tebal2 kan. Jangan datang ketika summer, panas tau 😍😍😍

      Delete
  15. Kita sukaaa part stamping tu, jika tgk kawan2 planner yg suka travel, dorang akan ada satu planner khas utk stamping tu.
    Ramai betul di crossing tu kan, dah macam aktiviti fun run kekdahnya.
    Lepas ni, bolehla kita cari sticker scene Tokyo punya. Thank you kenangannya kakMulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak solehah ni bawa buku stamping dia siap2. Shibuya Crossing tu memang sentiasa ramai. Thanks tau selalu singgah sini.

      Delete
  16. wahhh dah ada plan tu nak scuba kat sini...
    kompem tahun depan kembali lagi ;-)

    ReplyDelete
  17. lagi malam lagi ramai ya manusia berkampung kat shibuya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih sejuk kot tapi memang sentiasa ramai

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com