Sunday, September 21, 2025

DAY 3 (Part 2) : FUJIKAWAGUCHIKO, JAPAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Drive di Fujikawaguchiko ni memang sentiasa akan ada view Mt Fuji, Subhanallah.


Lunch time. Apalagi ke Masjid Fujikawaguchiko lah kita. Hubby order Kebab Rice, sedap juga. Tapi kita masih sama, order Teriyaki Kebab memang dah suka dan sedap. Foto di post sebelum ni.


Kalau jalan terus, akan sampai ke Lake Kawaguchi. Dekat je tapiiiii panas nya litlitlit.


Dessert pastinya ice cream lah cuaca panas ni. 



Hubby ajak cari waterfall. Follow je. Kami tiada itinerary, drive je mana nak pergi.


Menarik sangat ni atas bukit, nampak lake.


Dia tu kan, dah nap lepas jogging lepas Subuh, dah makan tengahari. Laju bebenor yop.


Suka anak solehah jumpa pili antik dalam hutan. Not sure boleh guna atau tak.


Haha-no-Shirataki Waterfall
(Mother’s White Waterfall)

Terletak di penghujung denai sempit di sepanjang Mitsutoge Pass, Haha no Shirataki, atau Mother’s White Waterfall adalah sebahagian daripada kuil Shinto kecil dengan nama yang sama terletak betul-betul di sebelah perairan.

Dewa yang diabadikan di air terjun ialah Takutatachiji-hime, dewi kain dan jahitan. Dalam mitologi Jepun, dia dikatakan sebagai ibu mertua Konohanasakuya-hime, dewi Gunung Fuji, yang mungkin menyumbang kepada nama air terjun dan tempat suci itu. Kuil ini dikaitkan dengan Kuil Kawaguchi Asama yang terletak di kaki bukit di bawah.

Sejak zaman Heian (794-1185), jemaah yang ingin mendaki Gunung Fuji telah menyucikan diri di air terjun ini dan berdoa agar perjalanan selamat sebelum turun ke Kuil Kawaguchi Asama untuk meneruskan wuduk. Malah pada hari ini, air terjun itu dianggap sebagai "titik kuasa": tempat suci di mana seseorang boleh berjemur dengan tenaga semula jadi dan rohani kawasan itu.

Pendakian singkat lebih jauh ke atas tangga di sebelah air terjun membawa pengunjung ke air terjun yang lebih kecil, Chichi no Shirataki atau Father’s White Waterfall.

Sumber : www.yamanashi-kankou.jp


Sejuk sikit hiking nya sebab banyak pokok dan waterfall.


Daddy & gegirlnya. Kalau ada hal yang tak sekata, cakap je dengan anak solehah ni. Bila anak solehah sound, mesti daddy dia dengar. Antaranya kalau bab spring cleaning baju, seluar dll milik daddy nya. Hehe tak lah gaduh nanti. 


Hubby pujuk naik lagi sikit. 


Yang ni waterfall buatan, sebab di atas ada empangan kecil kata hubby. 


Paling tinggi kami naik. 


Seronok lepak tepi waterfall. 


Turun semula. Lalu di sini lagi.




Entrance dan exit.


Anak solehah suka sangat kereta ni. Comel kan, memang banyak di Jepun.


Drive semula ke OISHI PARK. Mt Fuji dilitupi awan. Memang panas litlit ketika itu. Anak solehah nak pergi kedai souvenir sebab awal paginya ketika datang jalan2 lepas Subuh, kedai masih tutup. 


Memang ramai pengunjung. Bas pun banyak. Hujung musim panas masih ramai walaupun panas.


Sebentar saja di Oishi Park, ajak hubby drive keliling LAKE KAWAGUCHI.



KOUMI PARK.


Langit cerah, cantik semua. Lintas lansung dari dalam kereta saja. Litlit. 




Bila musim panas, memang banyak outdoor activity apalagi bila berdekatan tasik. Berkayak antaranya. Semua foto snap dari dalam kereta saja.


Singgah 7E beli roti, pancake, onigiri dll, kami jalan2 lagi. Sabtu weekend, banyak kereta di atas jalan.


Sebelum balik homestay kami singgah FOREST MALL lagi. Masuk AEON nak cari buah. Beli jugak bonito flakes dan seaweed flakes, nak bawak balik buat TAKOYAKI @ OKONOMIYAKI nanti. Masuk DAISO jugak, tengok dengan tabah dan sabar. 


Inilah antara yang halal. Pancake, melonpan dan french toast. Onigiri lupa nak snap. Balik homestay sebelum 5.00-5.30pm sebab 6.00pm dah masuk Maghrib. Kalau sewa kereta & drive sendiri, kami akan pastikan sampai hotel atau homestay sebelum Maghrib atau gelap. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

35 comments:

  1. Rasa macam cerita "oshin".

    ReplyDelete
  2. sik baik tulis waterfall buatan sy dah hampir nak terkagum dgn waterfall menegak mcm tuhahahhaa

    ReplyDelete
  3. wahhh kiranya 7E diorang dah makin banyak ya produk halal...
    ni yg rasa nak repeat jepun lg niiiiii

    ReplyDelete
  4. Mesti sejuk je lalu sebelah waterfall tu. Kalau saya, cuaca panas lalu dekat waterfall rasa nak berendam je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun rasa nak berendam dan duduk bawah waterfall je.

      Delete
  5. Sekali sampai ke Jepun selamanya merindu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah jatuh cinta dengan Jepun

      Delete
  6. dulu x minat sangat nak pi Jepun..tapi sebabkan citer Oshin, terus rasa nak berada di zaman Jepun sama macam dalam citer tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat cantik di Jepun dan shrine di sana macam kisah zaman lama,

      Delete
  7. Menarik ni roadtrip di Jepun. Senang ke drive di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang menarik. Insyaa Allah senang drive di sana.

      Delete
  8. Subhanallah cantik betul gunung fuji tu kak... tak jemu mata memandang... air terjun tu pun cantik. Penuh mangkuk makanan tu kak, mesti kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Hehe memang kenyang sebab lapar.

      Delete
  9. Torii gate tu dah menunjukkan jepun tanpa sebut jepun kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Torii gate ni memang hanya ada di Jepun kan. Ianya macam entrance ke kuil atau tempat suci diorang.

      Delete
  10. The perfect time to get out and enjoy a trip. Makes me feel like I need a vacation too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah. Thanks for dropping by.

      Delete
  11. sedap tgk teriyaki kebab tu..sejuk je rasa bila nmpk waterfall tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teriyaki kebab memang sedap. Betul musim panas nampak waterfall dah terasa sejuk

      Delete
  12. Cantiknya view lake tu. Mt Fuji pun cantik dan air terjun pun best.

    ReplyDelete
  13. Tak jemu memandang Mt. Fuji. Kenyang makan begini penuh mangkuk, penuh juga perut bagi tenaga ada karbo dan protein.
    Syoklah makan aiskrim tengah cuaca panas ni. Tengok cuaca pun elok terang awan kepuk-kepuk.

    Menyusuri jalan hutan tu rasa reduplah sikit kan. Dapat jugalah buat aktiviti hiking.

    Pili antik ye, saya ingatkan perigi pam lama yang guna tangan tu.
    Akhirnya dapat juga jumpa waterfall tu. Yang buatan pun cantik juga.

    Hai, kawaii kuruma!

    Bekalan roti tu wajib ada. Senang buat bekalan masa travel. Taklah terus lapar sementara cari kedai makan makanan berat. Mudah nak cari yang halal, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak jemu. Jalan2 tapi perut kena isi jugak untuk tenaga kan hehe. Ais krim lah best masa panas2.
      Redup seronok tak panas sangat. Bakar la kalori satu dua hehe.
      Pili lama tu, cari jugak tak nampak telaga. Jumpa waterfall memang best pakej dengan bunyi deruan airnya.
      Memang cute kan kereta tu.
      Mana2 travel mesti stock up roti sebab mudah dan kenyang kan.

      Delete
  14. Best tu panas-panas kalau dapat berendam bawah air terjun.
    Byk kali baca masa summer diorang panasnya lagi terik dari tempat kita. Mungkin panas-kering sebab cuaca kita panas-lembab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kawan di sana pun kata memang panas tak macam Malaysia. Jalan2 dekat waterfall best sejuk lah sikit dan cantik.

      Delete
  15. Cantik nya latar belakang waterfall tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waterfall tu memang cantik, trek pun dekat, senang nak berfoto.

      Delete
  16. waterfall dia nampak secoet gitu je. mungkin tak boleh mandi kot kan. masuk takyah bayar apa2 ke?
    menyegarkan bila masuk dalam hutan camni

    ReplyDelete
  17. Molek-molek semua tempatnya. Air terjun buatan nampak macam air terjun semulajadi sepintas lalu.Menarii ke kedai souvenir tepi tasik tu? Jepun ni kalau nak diikutkan banyak sangat walkable areas kan. Laluan untuk ke air terjun tuh sesuai ke untuk orang tak biasa aktiviti luar macam KSarie ni?

    ReplyDelete
  18. Hutan sana cantik, yang on the way to waterfall tu. Sempat juga hiking, ya. Bestnya. Alamak, Daiso sana mesti lagi best.

    ReplyDelete
  19. Indahnya suasana. Wow 7e dia banyak halal wah bestnya

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com