Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Salam Jumaat Penuh Berkat.
Salam Maulidur Rasul.
Sambung kisah Padang. Bermalam di Lembah Harau. Bangun pagi lepak di hammock luar bilik. Sejukkkkk tak terkata. Memikir tak ada water heater dalam bilik air hehe. Tapi mandi air sejuk kan elok.
The boys baru balik jogging/brisk walk 7km lepas Subuh. So diorang order nasi goreng untuk breakfast. The girls jogging dalam bilik je hehe, order lempeng Pisang. Dengan view lembah dan sawah.
Antara unit di ABDI HOMESTAY ini.
Diorang seronok sangat Alhamdulillah walaupun kurang internet.
Bye bye ABDI HOMESTAY yang cantik dan tenang.
AIR TEJUN LEMBAH HARAU.
Kering sebab dah lama tak hujan.
One for the album.
KELOK 9
Kelok 9 atau Kelok Sembilan adalah ruas jalan berkelok yang terletak sekitar 30 km sebelah timur dari Kota Payakumbuh, Sumatera Barat menuju Provinsi Riau. Di sekitar Jalan Kelok 9 saat ini telah dibangun jembatan layang sepanjang 2,5 km. Jembatan ini membentang meliuk-liuk menyusuri dua dinding bukit terjal dengan tinggi tiang-tiang beton bervariasi mencapai 58 meter. Terhitung, jembatan ini enam kali menyeberangi bolak balik bukit. (Wikipedia)
Jalan Kelok 9 dibangun semasa pemerintahan Hindia Belanda antara tahun 1908–1914.[6][7] Jalan ini meliuk melintasi Bukit Barisan yang memanjang dari utara ke selatan Pulau Sumatra. Jika direntang lurus panjang Kelok Sembilan hanya 300 meter dengan lebar 5 meter dan tinggi sekitar 80 meter. (Wikipedia)
Mula nya macam tak nak beli. Tapi banyak sangat kedai di sepanjang jalan.
Banyak pilihan kerepek dll. Ada 20 jenismkot kami beli tapi pek kecik2.
TEH DARI DAUN KOPI @ KINIKO COFFEE
Kopi Kiniko terletak di Batusangkar, Sumatera Barat. Kilang kopi artisan ini membolehkan pengunjung merasai daun kopi unik yang dibancuh dalam periuk besar dan juga menghidangkan sendiri teh yang diperbuat daripada daun ini. Walaupun ia mungkin bukan secawan teh untuk semua orang, pengalaman ini menawarkan banyak tempat yang sesuai untuk Instagram untuk foto yang hebat. Ini adalah peluang untuk melibatkan diri dalam budaya pemprosesan kopi tempatan dan menikmati beberapa goreng pisang di sebelah.
Sumber : wanderlog.com
Suasana tempat mengopi di KINIKO COFFEE
KOPI JAHE, KOPI O & GORENG PISANG. Semua sedap Alhamdulillah.
KOPI TELUR sedap sangat. Wajib order kalau jumpa kedai kopi di Padang ni. Foto terakhir, kilang kopi tutup la pulak untuk kami tengok proses nya. Tak ada rezeki, tapi still awesome. Kami beli kopi Kiniko untuk bawa pulang sebab sedap.
Stop sekejap untuk beberapa snap.
Antara view sepanjang jalan.
TASIK SINGKARAK
Lunch di sini.
Semua sedap. Makan jugak walaupun pedassss.
Sampai di Padang ada demo di jalan tapi aman dan tenang.
MASJID RAYA SUMATERA BARAT
Masjid Raya Sumatera Barat merupakan sebuah masjid di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia adalah masjid terbesar di Sumatera Barat, dan masjid kedua terbesar di Sumatera. Ia terletak di Mukim Padang Utara, Padang, Sumatera Barat. Masjidil Haram Sumatera Barat terletak dalam kompleks seluas 40,343 meter persegi di persimpangan Jalan Khatib Sulaiman dan Jalan Ahmad Dahlan.
(Wikipedia)
Masjid itu direka oleh arkitek tempatan Rizal Muslimin, dipilih sebagai pemenang pertandingan 2007 untuk sebuah masjid baharu di Sumatera Barat. Pertandingan ini mempunyai 323 peserta dari seluruh dunia.[1]
Ciri khas masjid ini ialah bentuk bumbungnya, tafsiran kontemporari bumbung tradisional Rumah vernakular Minangkabau. Bentuk bumbung juga dimaksudkan untuk melambangkan kain yang dipegang di sudutnya oleh empat ketua suku kaum Quraisy untuk mengangkat Hajar Aswad ke tempat semasa di Mekah . Rangka bumbung dibina daripada paip keluli, disokong oleh empat tiang konkrit melengkung.[1]
Bangunan utama terdiri daripada tiga tingkat. Dewan solat utama terletak di tingkat dua. Masjid ini mampu menampung 20,000 orang.
(Wikipedia)
HOTEL IBIS PADANG
SUNSET di PADANG
Terlepas dan terlupa nak ke area pantai. Lagipun agak penat seharian di dalam kereta. Next time Insyaa Allah sebab tak puas.
Alhamdulillah dapat jugak ke sini.
AYAM TULANG LUNAK HAYAM WURUK
Diketemukan ketika trip di Bali dulu. Sebab tak nak nasi padang dan nak makanan lokal yang lain dari biasa.
AYAM PRESTO TELUR ASIN favorite saya. Alhamdulillah dapat. Hubby dan anak2 lupa order apa.
Sedap tau ayam presto telur asin tu. Tulang semua lembut boleh ditelan. Presto = pressure cook.
Wajib juga order ketika di Indonesia. Jus avocado.
Siap makan, hubby ajak ke EIGER. Local products untuk barang outdoor - bag, baju dll. Lupa snap foto. Balik hotel, kami book grab.
Mengopi tepi hotel. Affagato untuk mummy.
Selasa. Hari ke 3. Semalamnya grab driver suggest makan pagi di RADJAWALI. Kami naik grabcar. 10,000 rupiah dalam RM2.50 untuk 2.5km.
Sejarahnya RADJAWALI ini. Tiada cawangan luar dari Padang.
Kami sampai awal. Yang ada cuma NASI SOTO AYAM. Serius sedap, banyak ayamnya, ada begedil di dalam. Sup rasa penuh rempah nya. Order juga KOPI TELUR. Ehh ada limau nipis dengan kopi. Hubby kata sedap. Tinggalkan suku gelas, try dengan limau nipis. Waahhh memang sedap KOPI TELUR + LIMAU NIPIS. Selesai lah food hunting + alam sekitarnya di Padang ini.
Bye bye Padang.
Lepas breakfast, balik hotel untuk check out dan terus ke airport dengan grab.
Tiba di airport. Flight kami 11.30 pagi.
Lama tak tengok view dari atas. Subhanallah cantiknya.
Padang ni best sebab makanan halal merata2 dan juga sangat sedap.
Dengan anak2, diorang lah parking seat tepi tingkap. Tak apa, dapat tengok jugak kebesaran Allah. Subhanallah memang cantik.
Sharing : Kereta sewa dan supir di Padang hingga ke Lembah Harau. RM410 untuk 2 hari. Hotel dan homestay kami book sendiri. Kami cari di FB, tengok review bagus2. Alhamdulillah kami dapat supir nama Roni. Helpful dan baik.
ABDI HOMESTAY ni nampak ramai share di TikTok. Alhamdulillah memang seronok bagi kami bermalam di sini.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.
Nanti free kita BW ya. Sebab permusafiran bersambung lagi.
cantik suasananya...
ReplyDeleteMenarik juga cuti2 kat sini esp part cuaca sejukkk pg2 tu..food pun semua nmpk sgt sedap.thanks for sharing ur experience!
ReplyDeleteAlhamdulillah,selamat sampai Malaysia...
ReplyDeleteSmooth semua perjalanan dekat sana
Teringat Rawang Bypss pula tengok Lekok 9 tu. Tinggi...
ReplyDeleteSeronok trip akak, mmg food hunting sambil discover tempat2 menarik
oo dh ada erk tempt OOTD kat kelok 9 tuh., tringt wak ms balik dr bukittinggi ke pekanbaru., hehe
ReplyDeleteKak mulaaaaaan, saya baca ini mengobati rindu saya ke Sumatera barat 😍😍😍. Banyak tempat di atas saya belum datangi malah. Hanya beberapa yg sudah. Tapi saya setuju, SumBar itu sangaaaat enak makanannyaaa. Dan view dia cantiiiiiik. Dan faktanya, hanya di SumBar tidak akan ditemui jaringan retail besar seperti Alfamart dan Indomart sebab mereka nak melindungi retail lokal mereka.
ReplyDeleteBtw kelok 9 itu cantiiiiiik. Saya pernahnya Kelok 44 di Maninjau. Jadi ada 44 kelokan.
Tapiiiii juaranya tetap kelok 1200 di Tarutung - Sibolga, Sumatera Utara (Sumut) , yang makan waktu 2 jam untuk melewati semua kelokan, nonstop tanpa berhenti 🤣🤣🤣. Dibuat masa Belanda juga. Kalau kaka melewati kelok 1200 Tarutung Sibolga, pasti muntah bagi yg ga biasa 😅😅. Sama juga, membelah gunung kelokannya..
Seneeeng banget bisa baca cerita traveling kak mulan, sebab kadang tempat yg kaka datangi malah banyak yg belum saya visit. Tuhaaan Indonesia ini besar sangat. Dan ke 1 tempat itu mahal terkadang. Alasan kenapa saya belum ke papua hingga sekarang 😄. Semoga kak mulan duluan yg bisa kesana.
Menarik la trip ni...nak try jugak lah
ReplyDeletePatutlah tak nampak air terjun di Lembah Harau tu rupanya kemarau tak hujan di sana. Nampak kenalan FB ada post kawasannya dah lama tak hujan dan sungai belakang rumah makin kering.
ReplyDeleteSerious lawa sangat abdi homestay tu! Dapatla merasa tidur kat rumah bercirikan minang. Gambar kat telok 9 tu cantik sebab boleh nampak lembah disebalik jalan berlekok tu masyaAllah.
ReplyDeleteSaya teringin sangat nak pergi padang sebab food dan rekabentuk rumah kat sana yg cantik. Flight pun tak lama dari malaysia
Even dari KL ke Padang lebih dekat daripada jakarta ke Padang 🤣🤣. Makanya saya baru sekali ke Padang by flight, dan sekali by car. Sebab jarak jauh dan tiket flight dari jakarta 😅😅. Lebih murah kalau dari KL
DeleteIndonesia memang kaya dengan tempat wisata cantik2 macam ni kan? Terpukau!
ReplyDeletepadang bukit tinggi
ReplyDeletepemandangan dan penginapannya bagus banget
masuk wishlist saya nih semoga aja ada kesempatan kesana
cantiknya Abdi Homestay..very traditional..makan2 yg best..sedap2 semuanya..
ReplyDeleteBanyak yang SA baca sesiapa pi Abdi Homestay tu , cuaca memang sejuk..dan xde heater....hehehe...ntah bila dapat pi sini..
ReplyDeleteABDI HOMESTAY cantik...menarik tgk kopi telur tu...menu makanan tkpayah ckp la..lapar la
ReplyDeleteMasyaAllah cantiknya. Tenang dan bersih.
ReplyDeleteBestnya jalan-jalan. Part paling best bila jalan-jalan ni ialah dapat mencuba pelbagai jenis makanan di tempat orang.
ReplyDeletesy suka rumah yg ada dinding anyaman tu. rs mcm wow! sebab bukan semua rumah mampu ada dinding mcm tu even rumah org kaya skrg pun...
ReplyDeletemama sy suka betul dgn bumbung masjid raya tu. katanya unik dan lain daripada yg lain
kalau ada rezeki sy mmg nak repeat ke padang ni... dtg sn dulu sekejap je. tak sampai sehari dah pergi bukittinggi...
ReplyDeleteSyoknya bermalam di lembah. Pagi-pagi sejuk berkabus tu best. Cantik binaan setiap unit ni. Ada keunikan masing-masing. Paling ikonik atap macam minangkabau tu lah kan. Tak ada internet boleh enjoy the view je. Kalau tidak bila lagi.
ReplyDeleteMenariknya kelok sembilan tu. Dalam masa yang sama seram juga sebab tinggi. Nampak menyerlah dicat warna merah.
Kerepek ni kadang macam tak nak beli juga. Tapi kalau dibelek terbeli juga jadinya kan. Okaylah beli pek kecil buat rasa-rasa.
Unik cara pembuatan kopi tu. Dapat pulak hihang hoheng hanas, ada sambal kicap lagi padu tu. hihi...
Istana tu tempat wajib bergambar kalau datang sini kan. Sayangnya dah tutup. Kalau tidak boleh juga berposing dengan busana tradisional.
Cantik seni bina masjid tu, tempat wajib singgah semestinya. Dapt juga tunaikan kewajipan.
Jus alpukat, haruslah order kan. Kat sana the best jus alpukat.
MashaAllah cantiknya permandangan dari atas. Dalam flight, tempat duduk tepi tingkap paling best.
Wahhhhh bestnya jalan-jalan cari makan di Padang dan Bukit Tinggi. Homestay tuh nampak awesome teruk. Indonesia ni memang wow serba serbi. Pemandangan cantik. Banyak tempat wisata. Pilihan makanan aneka jenis. Orangnya yang lemah lembut. Pendek kata awesome segala. Sedapnya jus alpukat. Dah la favourite KSarie. Cantik betul masjid bentuk Minangkabau tu
ReplyDeleteMenariknya! Baca entry Kak Mulan ni buat saya pun teringin nak ke sana jugak 😄
ReplyDeleteWow tampilan blog sangat hebat..sampai saya terinspirasi ..hauuu menarik sekali ..seolah nak pergi tengok..tapi segera sedar jauhnya..kan..syukur dapat melihat depan mata keindahan di sana.
ReplyDeleteTerima kasih kakMulan, bawa kita jalan-jalan di Padang menikmati pemandangan yg indah-indah.
ReplyDeleteKita baca 2 kali nama hotel tu, Hotel Ibis Padang, 1st read kita letak L tengah perkataan tu, adeih!