Wednesday, September 03, 2025

DAY 1 - PADANG/BUKITTINGGI, INDONESIA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Alhamdulillah smooth short getaway 3 hari 2 malam, kami 4 beranak. 


Hari Merdeka, 31 Ogos 2025. Flight 7.55am dengan Air Asia. Satu jam saja flight nya. On time Alhamdulillah.


Sampai airport, Roni dan kereta sewa dah ada menunggu. Terus kami ajak cari kedai sarapan. LONTONG SAYUR (ada kuah lemak nangka boleh campur2), SATE PADANG & JUS ALPUKAT (AVOCADO). Semua sedap, Alhamdulillah. Siap makan, kami gerak ke destinasi seterusnya. Akan bermalam di LEMBAH HARAU, atas suggestion hubby. 

Di Padang, kedai makan SARAPAN hanya untuk makan pagi. Tiada untuk makan tengahari. Menurut Roni, kalau kedai Nasi Padang dll, baru menyajikan makanan untuk tengahari sampai ke malam.


Banyak betul gerai BIKA dan PINYARAM ni sepanjang jalan.


Lalu saja di AIR TERJUN LEMBAH ANAI. Hari hujan dan tiada parking spot. Masjid Hijau di Singgalang tu, antara masjid yang selamat dan utuh ketika banjir melanda teruk sebelum ini. Lupa ehh tahun berapa. 


Ajak Roni beli BIKA. Dia stop di kedai BIKA TALAGO ini. Dapat kami tengok proses memasaknya. Di Pantai Timur kita, kuih ini dipanggil BEKE KELAPA/NYOR. Seakan sama tapi yang ni sedap lagi sebab dibakar atas daun Pisang. 


Ada ruang makan di belakang nya, dengan view cantik, sawah dan sungai/saliran.


Kami order 2 jenis. Yang putih perisa asli dan yang agak gelap, perisa Pisang. Hubby order kopi jugak. 10 keping licin sekelip mata.


Berhenti sebentar di kedai BATIK SULAMAN MAYANG TAURAI ni. Hubby dan anak soleh beli baju batik sehelai seorang rasanya.

Lalu di PASAR PADANG LUA. Hari Ahad, sesak kata Roni sebab pengusaha sayur ramai hantar sayur segar ke Pasar ni. Rata2 pengusaha sayur (macam tauke) adalah kaum perempuan, yang di dalam gambar, memakai topi pekebun.

Padang Lua ni terletak di Kabupaten Agam, Sumatera Barat.


BUKITTINGGI.


TARUKO Coffee & Resto

....ialah destinasi kulinari dan kopi unik yang terletak di dasar ngarai, dikelilingi sungai berbatu dan cenuram menghijau. Konsep terbuka tradisional membolehkan udara luar yang menyegarkan mengalir dengan bebas. Nama "Taruko" menandakan pendekatan yang segar, tercermin dalam reka bentuk kafe yang tidak konvensional. Cabutan utama di sini tidak dapat dinafikan adalah pemandangan yang menakjubkan, menampilkan gunung, lembah, sungai, dan juga kolam teratai yang indah.

(Sumber : wanderlog.com)

Terima kasih sangat2 Blogger FANNY yang suggest tempat ini. 


Hubby ajak minum di sana.



Sedang belek menu.


Bahagian utama TARUKO. 


KOPI TELUR JAHE (HALIA) & Ubi Goreng. 
Sedap sangat Alhamdulillah. 
Cantik viewnya Subhanallah.


Memang best sangat lepak mengopi di TARUKO Coffee Resto ni. Alhamdulillah hubby dah pandai melepak minum kopi sama2 hehe. Dia yang pulak excited, coffee hunting.


Anak2 soleh solehah kami.


Singgah kedai makan ITIK (di sini tak dipanggil bebek macam di tempat lain). Nak ke WC di belakang kedai, ehhh nampak lobang besar. Mungkin antara bahagian Lobang Jepang yang terdapat di Bukittinggi ni.


Antara lauk yang dihantar. Tak semua kami makan. Wajibnya lauk itik, memang sedap.


Selesai makan terus ke JAM GADANG.

Jam Gadang, dalam bahasa Minangkabau untuk "Jam Besar", ialah sebuah menara jam, mercu tanda utama, dan tarikan pelancong di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Ia terletak di tengah-tengah bandar, berhampiran pasar utama, Pasar Ateh. Ia mempunyai jam besar pada setiap muka. (Wikipedia)


PASAR PAYAKUMBUH

Kami singgah beli makanan sebab takut area homestay tak banyak kedai. Kami beli BIKA, PUTU BAMBU, SATE PADANG, SERABI SOLO & APAM BERAS (cermin ditulis MANGQUA PUTIAH tu). Dan juga JUS AVOCADO. Minum dalam kereta.


PASAR PAYAKUMBUH dari luar.


Teruskan perjalanan ke LEMBAH HARAU.

Lembah Harau adalah salah satu keajaiban alam yang paling menakjubkan di Indonesia. Ia terletak di tanah tinggi yang subur di Sumatera Barat. Lembah tersembunyi ini terletak berhampiran bandar Payakumbuh dan kira-kira 150 kilometer dari Padang, ibu kota Sumatera Barat.

Lembah Harau terletak di Kabupaten Limapuluh Kota, kira-kira 50 kilometer di utara kota Bukittinggi. Lembah ini diapit oleh tebing granit yang curam, sesetengahnya mencapai ketinggian sehingga 500 meter, yang mencipta kontras dramatik berbanding sawah padi dan hutan di sekitarnya. Tebing ini popular di kalangan pendaki batu, menawarkan lebih daripada 300 laluan pendakian untuk pendaki baru dan berpengalaman. (Wikipedia)


ABDI HOMESTAY, LEMBAH HARAU

Homestay kami. Hubby ajak tidur di area LEMBAH HARAU. Kalau hujan, di belakang tu akan jadi seperti air terjun. Sebab turunnya terus dari lembah di belakang nya. Tengok di TikTok. Sampai je, staff suruh kami pilih unit sebab ada kosong, bestnya. 


View dari tingkat atas. Unit di sebelah kami tu, unit berkembar.


2 queen bed. Satu di atas, satu di bawah. Part seram, tak ada air panas. Terpaksa workout sikit sambil gelak dengan anak solehah supaya berpeluh. Hubby dan anak soleh, brisk walk keliling kampung.


View dari depan homestay. Pokok depan ni block view sawah padi. 


Petangnya sementara hubby dan anak soleh jalan2 keluar jauh, mummy dan anak solehah jalan2 ke sawah padi. Melalui kawasan perumahan penduduk setempat. Subhanallah cantiknya. 


Singgah cafe di homestay minum kopi.


Balik homestay kami makan segalanya yang kami shopping di PASAR PAYAKUMBUH. Sate Padang ni kan, sedapppppp sangat. Makanan lain semua tak sempat snap sebab lapar dan juga lampu di homestay ni, malap je. Alhamdulillah sempat snap sate padang ni. Bawang goreng dah tenggelam. Alhamdulillah smooth semuanya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

Nanti free kita BW ya. 

34 comments:

  1. Sedap2 makanannya...the view jugak menarik...

    ReplyDelete
  2. best kan bukit tinggi. leka duk tengok sawah padi dan dia punya sungai yang jernih mengalir deras dari air terjun.

    ReplyDelete
  3. Lembah harau ni memang cantik. Rindu masakan bukit tinggi. Bika tu memang sedap makan panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lembah Harau memang cantik. Makanan sini best2 dan murah.

      Delete
  4. Masya-Allah, seronoknya, dapat bercuti tengok tempat orang. Cantik view, masa mengopi tu, dan homestay pun. Makan nasi padang original di tempat asalnya. Mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok tengok bumi Allah. Cantik dan sedap makanannya.

      Delete
  5. Bika Talago tu memang tempat wajib pergi. Dua-dua versi saya suka. Makan panas-panas, tak terasa bereketul-ketul masuk perut.
    Oh, rindunya lauk-pauk masakan Padang! Semuanya enak belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan bika talago ni. Makanan di Padang memang sedap2

      Delete
  6. Baguuus kaaan taruko .. saya pun waktu itu dikasih tahu teman yg orang Padang . Pas datang, masyallah memang jatuh cinta saya kak. 😍😍😍😍. Inilah yg buat saya tak pernah bosan ke Sumatera Barat.

    Lembah Harau saya malah belum pernah DTG. Cantiiiiiiik sangat penginapan nyaaaa 😍😍. Kakak tahu darimana homestay itu??

    Bika Talago itu saya rindu lah. Kemarin road trip tak sempat kesana Krn limited time. Memang sedap yg pisang. Makan panas2 😍😍😍. Nampaknya nanti ajak teman lah jalan2 ke Sumbar lagi... Tapi datangin kota yg belum pernah saya visit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing Fanny info Taruko ni. Memang kami stop lama minum kopi dan layan view dan tempat yang cantik.
      Homestay Lembah Harau ni jumpa di TikTok. Malah company sewa kereta juga recommend.
      Bika Talago memang sedap, semua pun makanan sedap

      Delete
  7. kita baca dua kali, Bika Tagalog? kenapa Tagalog? rupanya Talago, halaaaahai Syasya.... ~
    cantik betul pemandangannya, memang best briskwalk dan grounding at the same time. lagi-lagi pemandangan hijau dan langit tu, Mashaa-ALLAH cantiknya!
    terima kasih bawa kita berwisata sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Syasya tak salah. Kadang terbaca Tagalog hehe. Subhanallah memang cantik semuanya.

      Delete
  8. Eh! kita pun rindu kat kampung husband..Kg Kuok, Bangkinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa jeles nya kampung cantik, makanan sedap

      Delete
  9. saya suka tgk senibini esp bumbung tu..unik dan lawa laaa...bestnya mulan dpt cuti2 negara jiran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat spend time dengan anak2 walaupun sekejap. Memang cantik senibinanya.

      Delete
  10. Cantiknya Taruko. Rasa nak berlama-lama ngopi menikmati suasana.
    Abdi Homestay ni yang terkenal dengan aliran air di belakangnya kan? Saya sangka tu memang aliran air terjun, rupa-rupanya air hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taruko memang cantik. Lama jugak kami lepas mengopi. Betul betul, begitah Abdi Homestay tu.

      Delete
  11. Semuanya sedap dan pemandangan pula cantik2...
    Lobang tu gua ye Kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cantik dan sedap makanannya. Rasanya gua lah tu.

      Delete
  12. Bika talago tu macam lempeng ke? Cantik semua pemandangan..Lembah Anai tu memang popular lah..
    Terima kasih bawa kami jalan² sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bika talago tu banyak kelapa. Macam lemoeng jugak tapi lebih kering. Memang cantik Subhanallah.

      Delete
  13. MasyaAllah sedap-sedap belaka makanan. Photo semua lawa. Air sungai tu xrasa nak terjun ke? Homestay tu suasana malam seram tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makanan sedap2. View semua cantik. Malam kalau tak ada guests lain rasanya tak seram sangat sebab ada perumahan kampung di tepinya tapi memang sunyi sikit. Surau pun banyak dekat2. Laungan azan memang dengar.

      Delete
  14. Sedapnga bika talago... suka yang pisang.
    Menariknya HS di Lembah Harau tu. Kawasannya nampak tenang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bika pisang sedap kan. Kami suka dua2. Lembah Harau memang tenang dan cantik.

      Delete
  15. wahh..seronok nya ke Bukit Tinggi..mmg puas makan2 sedap di sana..authentic nasi padang, sate padang...view cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok Bukittinggi ni. Cantik dan sedap makanannya

      Delete
  16. Padang Bukit Tinggi Indonesia..memang best la dapat makan nasi padang ori kan kak...akak ni senyap2 dah sampai sana ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan sedap makanannya. Hehe impromptu.

      Delete
  17. syoknya jln2 ke padang, bukit tinggi...masakan padang suka juga...mcm2 menu lain lg tu ada...rambang mata tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok sebab cantik dan makanan sedap

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com