Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
4/9/2025 kami fly bertiga dengan anak solehah ke Tokyo. Anak soleh dah pergi December tahun lepas.
Dia yang beria nak pergi Jepun dari dulu lagi, sama mummy nya jugak. Alhamdulillah diizinkan Nya.
Sampai Haneda Airport dah hampir tengah malam, kami check in tempat tidur paling dekat. Tak sampai 3km dari airport. Juga 300m dari train station, senang nak naik train. Guna taxi apps GO. Dalam RM30. Haneda Airport ni senang sebab seorang staff tourist information centre tu boleh berbahasa Melayu lagi. Tanya je lah, semua dia jawab.
MINN HANEDA AIRPORT
Check in guna QR, then ada keluar muka staff di one of the screen. Hubby saja tekan nak confirm check in. Guna code je buka pintu. Jepun kan, technology dia kan, nun di depan depan depan.
Bilik ni memanjang. 1 bunk bed dan bawahnya slightly kecik dari queen size bed.
5/9, Jumaat
Hujan lebat non stop. Alhamdulillah Family Mart ada seberang jalan saja. Dah tau apa yang halal, since trip tahun lepas. Onigiri (telur, tuna, salmon), pancake, French toast. Hubby beli yang ni je.
Lepas makan terus check out. Di Jepun ni akan ada payung merata tempat. Ambil dan guna, lepas tu pulangkan semula di mana2 lah yang ada banyak payung. Untuk kegunaan umum. Tak ada yang ambil buat aset sendiri rasanya.
Sebab hujan sangat lebat, hubby call taxi jugak. Lenjun kalau jalan kaki, even dengan payung. Dalam RM15 kot. Sebab jalan kereta tak sama lorong jalan kaki. Kalau jalan kaki 250m saja. Station paling dekat Minn Haneda Hotel adalah ANAMORI INARI STATION. Kami akan ke SHINJUKU STATION.
Hubby dah beli ticket keretapi online nak ke FUJI KAWAGUCHI. Walaupun beli online, kena ada physical ticket jugak. Print ticket di train station.
Seorang ada 2 ticket. FARE TICKET & LIMITED EXPRESS TICKET.
Dah tulis tunggu di mana, CAR NO 3 tu.
Hujan masih lebat. Non stop.
Train stop di MT FUJI STATION. Lepas tu dia gostan (reverse) ke KAWAGUCHIKO STATION. Last station dah ni. Hubby jalan kaki ke company kereta sewa. Tak jauh dengan train station. Senang. Memang ada few company sewa kereta. Make sure buat INTERNATIONAL DRIVING PERMIT sebelum memandu di Jepun. Bawa lesen memandu Malaysia fizikal juga. Boleh apply di JPJ. Rasanya lah. Nanti nak confirm dengan hubby.
Dapat kereta kami ke MASJID FUJIKAWAGUCHIKO. Lapar.
Alhamdulillah hubby sempat solat Jumaat. Order Teriyaki Kebab, sedap sangat. Ramai juga yang datang solat Jumaat. Alhamdulillah siap solat, ramai beratur ambil nasi. Infaq Jumaat dari kutipan masjid agaknya. Mostly bawa balik nasi masing2, kena sambung kerja agaknya. Ada yang makan di luar masjid. Ramainya warga Pakistan dan Bangladesh.
Masih hujan lebat. Tapi kami rendah saja.
Selesai di masjid, kami drive ke FOREST MALL. Sebab check in hanya pukul 4. Asalnya tak tau pun wujud FOREST MALL ni. Kami cuma nampak AEON. Banyak kedai di area ni. Macam mall tapi satu level saja, tidak bertingkat.
Antaranya di sini.
Anak solehah punya suka jumpa NATTO. Pernah dengar sebab macam viral kan, tapi tak pernah makan. Di Aeon ni macam Aeon kita jugak. Harga je tak semacam.
Keluar Aeon terus nampak Mt Fuji. Adat lah bukan musim sejuk, tiada kenampakkan putih salji di puncaknya.
Namun, sangat awesome Subhanallah.
Di Aeon tak banyak makanan halal. Kami ke 7e. Jumpa dia lagi si Mt Fuji. Mendung sangat, hujan dah berhenti.
Puas men-scan makanan2 yang macam suka, namun yang halal serupa je. Melonpan, pancake dan french toast. Onigiri pun ada, tuna, telur, salmon.
Request check in awal, pukul 3 dibenarkan. Tapi sampai pun dekat pukul 4 sebab jalan2 Forest Mall.
Alhamdulillah besar apartment nya, ada 3 bilik tapi kami guna 1 bilik saja. Harga lebih sikit sebab book dah lambat, weekend banyak tempat fully booked. Campsite pun tak murah. This time memang nak healing lama sikit di apartment sambil jalan2 area FUJIKAWAGUCHIKO ni.
Sempat basuh baju satu round.
Inilan rupa NATTO. Hhhmmm anak solehah memang makan dengan suka nya. Mummy & daddy dia, jamah lah sikit. Ini lah antara makanan yang tak akan beli kot. Biarlah dia yang suka. Alhamdulillah smooth perjalanan Day 1 & 2.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteSeronok travel Jepun.
Negara ni dalam senarai tapi tak tahu bila giluean nak jejak.
Alhamdulillah. Insyaa Allah Kak Amie sampai Jepun nanti.
DeleteKalau kat Malaysia tu memang kena rembat la payung tu. Hahahah. Tu la beza dengan budaya orang Jepun ni.
ReplyDeleteRasa begitu jugak tapi bukan semua macam tu kan.
DeleteBestnya jalan2 di Jepun. Kat sana susah sikit nak cari makanan halal, tapi nasib baik jumpa masjid & kafe halal berdekatan. Apartment tu nampak besar, kemudahan pun lengkap. Tak sabar nak baca cerita Kak Mulan seterusnya 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best dan ada masjid, memang senang nak makan. Apartment tu memang besar dan lengkap.
DeleteYg first tu kurus je biliknya. Yang last tu kemain besar apartmentnya, siap dgn bath tub...
ReplyDeleteRasanya payung tu takde yang bawa balik sbb rakyat Jepun kan integriti tinggi
Yang first tu memang tak kisah kecik sebab nak singgah tidur je. Yang kedua tu ya agak besar sebab yang lain fully booked. Betul rakyat Jepun memang tinggi intergriti.
DeleteBest sekali kan dapat melancong, tumpang gembira..ada majid..Subahanallah
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada masjid memang senang
DeleteEh, masjid yang blogger Ujie pernah pergi. Seronoknya, dapat pergi Jepun. 😍
ReplyDeleteBetul kalau ke Fujikawaguchiko memang semua akan ke masjid ni. Alhamdulillah memang seronok ke Jepun
DeleteEh? Man hole dia ada kaler? Weaw!
ReplyDeleteMemang wow kan.
DeletePayung kat Malaysia, yg dibayar pun kena rembat, apatah lagi free. Mmg sentiasa tiada payung la jwb nya.
ReplyDeleteCantik betul background Mt. Fuji tu.
Siapa buat Natto haitu, rasanya bukan my taste jugak tu.
Terima kasih kakMulan bw kita jln2 sekali. Nnt post photo lagi ea...
Hehe kisah payung Malaysia dan Jepun memang agak berbeza kan.
DeleteSubhanallah Mt Fuji memang cantik. Natto tu alahai memang kurang sikit.
Sama2 dan tunggu ya post kemudian.
Alhamdulillah...Seronoknya dapat jejak Jepun lagi. Mudah sekarang dah canggih guna apps je dah selesai urusan.
ReplyDeleteSenang nak cari makanan halal. Sesekali dapat merasai suasana hujan di sana.
Natto tu viral tapi tak penah makan. Ada yang kata baunya takleh tahan. Cantiknya Mount Fuji. Luas apartmentnya, ada 3 bilik dan lengkap kemudahannya. Dah tentu selesa.
Alhamdulillah seronok. Betul sekarang ada apps memang senang. Natto tu rasanya tak nak makan dah haha. Mt Fuji memang cantik. Apartment tu agak besar sebab yang lain fully booked.
Deleteoooo awal bulan 9 sana hujan yaa...
ReplyDeletemesti dah banyak dah menu kat masjid fuji tu... best2!
Bulan 9, hujung summer memang cuaca panas dan hujan. Rasanya jugak ada menu baru.
Deletehujan-hujan pun dapat juga ya tgk gunung fuji
ReplyDeleteselalunya kalau cuaca tak berapa nak cerah dia mcm malu2 je nak menampakkan diri heheheh
Alhamdulillah hujan tak lebat sangat.
Deletewah bestnya nampak jepun. ke sana kita boleh bawa makanan frozen/ yg ready to eat tak?
ReplyDeleteanak dara tu suka natto kira okey la dia makan kan? kalau acik, sure tak berani jamah sebab banyak tengok video viral. haha
Alhamdulillah memang best. Makanan tu, jangan bawa beras, sayur atau daging/ayam yang fresh. RTO food ada yang bawa jugak dan lepas dengarnya. Eehhh natto tu memang takkan makan lagi. Hehe.
Deletelambat jugak ye kat sana check in pukul 4. kita kat malaysia ni check in pukul 3 pun dah terasa lambat
ReplyDeleteyang natto tu, saya pernah beli kat dodonki. memang susah nak telan hahaha. tapi natto ni makanan yg sihat sebenarnya
Betul banyak check in pukul 4. Betul natto tu sihat tapi eyyyy tak makan dah lah.
DeleteSaya sampai skr belum ada keberanian makan natto. Adik saya pernah tinggal di jepang bbrpa tahun, dia bilang sedap. Tapi ntahlaah, saya belum tertarik mencoba. Apalagi waktu itu pernah lihat videonya, dicampur pakai telur mentah hahahahahahaha. Tak dicampur saja saya masih pikir-pikir, apalagi kalau dicampur 😅😅.
ReplyDeleteEh mahal tak sewa mobil di sana kak? Tapi saya kalau ke jepang itu biasanya 2 Minggu Krn selalunya eksplor banyak prefectures. Takut pula kalau harus bawa mobil selama dan sejauh itu di jepang.
First time makan natto memang kurang suka lah, hehe walaupun sihat. Sewa mobil bergantung jenis kereta. Memang seronok drive di Jepun sebab cantik kan. Boleh berhenti mana2.
DeleteBaca pun dah terasa dingin.. nampak suasana gloomy je. Lagi best nampak juga Mt Fuji.
ReplyDeleteSelesa sangat nengok apartment tu, boleh duduk ramai-ramai. Siap ada balkoni.
Time ni sejuk sikit sebab hujan. Memang best tengok Mt Fuji. Apartment tu agak besar dan lengkap.
DeleteSebenarnya hubby teringin juga ke Jepun tapi bab nak berjalan risau juga kalau ada masalah bahasa kan....public transport memang tak dinafikan memang terbaik la kan. Mulan dah biasa ke Jepun....
ReplyDeleteInsyaa Allah Ezna sampai sana nanti. Senang je Insyaa Allah. Pergi dengan Dania mest8 exciting sama2 explore. Kami pun ada few times salah platform tapi seronok, cuma memang kena banyak berjalan. Tapi kita boleh plan trip kita.
Deletebila hujan tu spoil semangat nak jalan2 tu tp perjalanan harus diteruskan...
ReplyDeleteHujan pun seronok
DeleteUntung mummy dapat pergi dua kali asbab nak bawa anak solehah pulak ya 😀
ReplyDeleteBest apartment luas selesa sangat. Bab harga memang seram, tapi kita pun terikat dengan hal lain tak boleh nak book awal. Redha jelah.
Baru tau makanan nama Natto.
Alhamdulillah 😍😍. Apartment memang agak luas sebab yang lain fully booked. Natto tu first time makan. Anak solehah dah pernah makan dan dia suka.
Deletebestnya cuti2 jepun! my adik pun now kat tokyo tu..tgh holiday jugak, until selasa dpn. tq for sharing ur story. tak sbr nak baca next entry
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Oh ya ke, ramai jugak jumpa Malaysians di Jepun.
Deleteseronok la anak solehah akak, turn dia plak jenjalan kan...
ReplyDelete