Thursday, June 12, 2025

JJCM TEMERLOH/KUANTAN & SIAPA PANDAI...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.


Isnin baru ni, dari Putrajaya nak balik Kuantan, ngam2 lunch time bawa mak makan di  GOBANG MAJU, Temerloh. 


First time tengok menu ni. Next time lah rasa.


First time juga beratur, macam ada yang belum siap. Tapi sekejap je. Masa tu 12 lebih. Tengok menu pada signboard sedapnya.


Wah dah ada Nasi Kerabu Tumis Mokti Lemak Bakar. 


Jajan. Bahulu, Acar Buah dll.


Patin Bakar dan Pais.


Patin Goreng rasanya.


Sayur aneka jenis.



Durian Crepe.


Lauk pauk lain2.


Order Sparkling Lemonade.


Beli satu untuk Mak. Selalunya KUIH 3 BERADIK tapi yang ni, 4 BERADIK termasuk Kole Kacang.


Puding Raja.



Patin Tempoyak, Sayur Rebung, Telur Dadar & Siput Sedut.




Alhamdulillah sedap. Kuah tempoyak pekat. Sedap hirup.


NASI KERABU KEMIRA
Pagi semalam, Rabu ke JPJ Kuantan, renew lesen kereta, tak boleh nak register dan renew online. Hubby ajak breakfast di Jungle Food Court sebab nampak signboard Nasi Kerabu Kemira. Last week tapau dari Warung di Balok.


Tanya adik tu lauk apa, dia kata Paru Goreng. Customer belakang cakap sedap. Kami je baru tau Nasi Kerabu Kemira ni, dah viral lama di Kuantan. Tapi next time lah sebab dah order ayam bakar.


Nasi Dagang dan Nasi Hujan Panas pun ada.



Hubby punya, dengan daging bakar.


Ma'am punya ada ayam bakar + solok ikan. Sedap.


Semalam hubby work from home. Kita dah kenyang tak nak makan lunch. Teringat ada durian hubby beli kelmarin, dalam freezer. Masak nasi. Defrost sekejap durian. Hubby makan nasi putih panas2 dengan durian + semangkuk air garam. Perak style. Kalau ada anak2 memang laju lah makan. Kalau tak kenyang, memang join. Tapi kenyang dengan  nasi kerabu.  

Siapa pandai atau pernah makan, nasi dengan durian dan air garam? 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.

62 comments:

  1. Wahhhhh bestnya tengok semua menu tu, kat kl dh takde gobang maju dh tutup la . Kena ke temerloh la kalau teringin... dah makin banyhak pilihan lauk ye sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dengar jugak Gobang Maju KL dah tutup. Betul makin banyak pilihan makanan.

      Delete
  2. sekarang dah senang nak cari nasi kerabu kemira tu kak..dah banyak tempat dia buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ada di IM ni dekat rumah kami je.

      Delete
  3. waduh waduhhhh ternampak puding raja
    arghhh tidakkkk

    ReplyDelete
  4. nanti try laksa lemak udang tu...
    nak tahu juga mcm mana rasanya... ;-)

    ReplyDelete
  5. Wah...ini serba beragam sajian hidangan yang sangat mengundang selera.
    Bingung saya mesti pilih menu yang mana...
    Saya ingin kue saja Mbak, itu yang durian crepe...ah rasanya saya belum ketemu disini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bila terlalu banyak jadi rambang mata tak tau mana yang mau. Oh di sana tiada Durian Crepe, saya rasa ada.

      Delete
  6. Kuih 3 beradik tu jumpa dekat Pekan Sehari Temerloh hari tu :)
    Tak reti makan durian dgn nasi tapi dgn pulut & santan, my favourite Kak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan Sari Temerloh memang ada jual 3 Beradik ni. Lepas kawin dengan orang Perak ni lah baru tau makan durian mentah dengan nasi + air garam.

      Delete
  7. Makan jugak nasi dengan durian tapi boh santan. Aduh, sy kalau masuk kedai makan macam ni mesti rambang tekak nak makan apa, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni memang tau makan dengan santan, lepas kawin baru tau makan dengan air garam, sedap jugak. Betul kalau kedai banyak menu memang rambang mata kan.

      Delete
  8. Dah siap susun2 cam tu... main ambik je.
    Senang nak kira

    ReplyDelete
  9. Ramai orang suka makan kat Go Bang Maju tu. Cie tak pernah lagi makan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab banyak pilihan makanan kan, dengan dessert sekali.

      Delete
  10. Pernah singgah Gobang Maju ni tapi nampak macam dah maju sangat ni. Besar kedainya dah. Patin goreng tu sedap ke....tak pernah la makan lagi. Laksa lemak udang tu pun rare. Tak pernah rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lebih banyak pilihan makanan dengan dessert tu yang ramai suka. Laksa Lemak Udang tu kami pun first time tengok tapi belum try.

      Delete
  11. Waalaikumussalam.
    Mata terus tertumpu ke patin tempoyak!
    Kenapa ye kalau makan nasi dengan patin tempoyak di kedai makan dah cukup sedap. Itu belum tambah ulam dan sambal belacan atau sambal tempoyak. Tapi kalau masak patin tempoyak di dapur sendiri kurang ummpphh pula hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita Kak Amie bila makan Patin Tempoyak memang sedap di kedai. Sebab ada pilihan lain jugak kot hehe.

      Delete
  12. Pernah makan kat Go Bang Maju.. suka style serving mereka sebab dah siap-siap isi dalam mangkuk. Set patin tempoyak + sambal belacan... fuhhhh.. pada kami agak pedas tapi habis licin sebab sedap.
    oo.. kalau 4 beradik tambah kole kacang rupanya. Semua makanan lembut tu.
    Belum pernah try makan durian + nasi kecuali pulut je. Kalau beli durian pun dan-dan tu juga boleh habis tak sempat makan dengan makanan lain 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan lauk2 siap dalam mangkuk kecik. Tak kuat pedas jugak tapi licin je hirup kuah hehe. Betul 4 Beradik ads kole kacang. Try la nasi dengan air garam pulak.

      Delete
  13. Makk aiii makanan dia variety sgt... Juling mata nak makan yg mana.. Go bang Maju ni so far tak pernah lagi singgah makan.. insyallah next time boleh la try makan sini.. nampak menarik sgt . 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rambang mata sebab banyak pilihan. Keluar Tol Temerloh je. Try la nanti.

      Delete
  14. First time juga dengar menu tu. Macam menarik untuk dicuba kan.
    Bila dah sampai waktu makan, semua benda kita rasa macam sedap.hihi
    Sekarang dah popular nasi kerabu lemak bakar. Merata orang jual.
    Menu bakar-bakar tu yang sodap tu. First time tengok ada menu patin goreng. Biasanya patin ni popular dengan masakan tempoyak je. Okay juga ada pilihan lain selain menu tempoyak tu.
    Banyak menu pilihan jenis masakan di sini. Pemanis mulut pun macam-macam ada. Rambang mata dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila banyak sangat menu memang rambang mata kan, kena datang lagi try yang lain. Betul lately viral Nasi Kerabu Lemak Bakar. Patin Goreng memang biasa jugak di sini tapi yang famous sangat Patin Tempoyak lah. Dessert pun banyak, juling mata.

      Delete
  15. Pernah nampak pakcu di Kuale makan nasi + durian. Air garam mungkin ada..tapi tak perasan..kut2 la ingat air basuh tangan..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada air garam tu hehe cuba tanya semula.

      Delete
  16. pernah pergi sekali aje ke Go Bang Maju Temerloh ni..pun dah lama sangat.. sepuluh tahun lepas agaknya

    ReplyDelete
  17. teringin la nasi kerabu tumis, sbb jrg2 tempat jual versi tumis tu...most tempat jual nasi kerabu yg tak de tumis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah nak kena try jugak nanti Nasi Kerabu Tumis, macamana lah ya.

      Delete
  18. Sedapnya ikan patin asam tempoyak tu..my favourite

    ReplyDelete
  19. semuanya sedap. rasa mcm nak try belako. dessert pun mengancam, terancam gitew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua sedap, dengan dessert sekali.

      Delete
  20. waahhhh laksa kuah lemak tu nakkena cuba tu sbb tak pernah lagi rasa! waduhh sedapnya nasi kerabu kemira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa kuah lemak ni banyak versi kan. Nasi Kerabu Kemira memang sedap pada kami.

      Delete
  21. Saya sampai sekarang tak pernah makan lagi nasi kerabu lemak bakar tu, rasa serbasalah 🤣 tetaplah dgn lauk daging bakar atau ayam percik je hehe

    ReplyDelete
  22. Saya sampai browsing lokasi go bang maju ini ada di mana saja, manalah tahu ada di KL hahahah. Ternyata tak ada yaaa.

    Tertarik sangat coba kulinernya kak, terutama yg nasi kerabu lemak bakar tuh 🤤🤤😍😍😍. Nampaknya sedap sangaat lah.

    Aneka jajanan. Juga buat Rambang mata 😅❤️. Terkadang langsung beli banyak, tak pikir lagi sanggub habiskan atau tak hahahah

    Durian makan dengan nasi, di tapanuli juga suatu hal yg wajar 😄. Tapanuli ini di Sumatera Utara, kampung saya pun masuk dalam area Tapanuli tengah. Memang durian banyak dipakai utk buat masakan atau makan begitu saja dengan nasi, pulut, lemang . Memang sedaap lah. Tp saya prefer pakai lemang drpd pakai nasi 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni memang ada di KL tapi sudah tutup.
      Nasi Kerabu Lemak Bakar nampak sedap kan.
      Betul kadang beli jajan sebab rambang mata 😍😍😍
      Durian dimakan dengan nasi atau pulut semua pun sedap 😋😋

      Delete
    2. Eh nasi kerabu lemak bakar yg waktu itu sering ditulis mamatisya dah tutup kah??? Aiiiih padahal saya nak kesanaa pas ke KL nanti 🤣🤣🤣.

      Delete
    3. Yang dah tutup tu, Gobang Maju cawangan KL. Yang di Temerloh masih ada.
      Tapi di KL memang agak banyak kedai jual Nasi Kerabu Lemak Bakar sekarang rasanya, boleh cuba nanti Fanny.

      Delete
  23. Walaupun saya orang Perak, saya tak reti makan nasi dengan air garam dan durian. Kalau durian tu, saya letak dalam budu, pernah. Itu pun, kena goreng telur. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah lepas kawin dengan orang Perak ni baru tau makan durian dengan nasi + air garam

      Delete
  24. Ngiler jadi pengen nyoba.
    salam kenal bu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dan Terima kasih singgah blog saya.

      Delete
  25. Tak pernah makan kak, tp PZ suka makan nasi panas ngan durian yang diletak santan serta air garam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time nak cuba dengan santan lah pulak mesti sedap kan.

      Delete
  26. laksa lemak udang ..menarik tu...meriahnya tgk gmbr makanan..dugaan tgh puasa ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam menarik kan laksa lemak udang.

      Delete
  27. wah..semua menu nampak sedap
    patin tempoyak tu..yum yum
    MIL MA pandai makan nasi ngan durian tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Patin Tempoyak memang yummm.
      Ohh MIL pandai makan nasi, durian + air garam ya. Geng kami tu. Hehe.

      Delete
    2. Linda makan pulut dengan kuah durian je pandai..
      Lain2 semua tak reti..
      Senang makan nasi berlauk mcm tu, lauknya semua dah letak dalam piring, boleh la share makan.. Kadang tu portion besar sgt untuk makan sorang.

      Delete
    3. Linda: Memang tak ramai tau durian makan dengan nasi dan air garam kan.
      Betul lauk dah siap dalam mangkuk, senang ambil dan boleh share kan.

      Delete
  28. KSarie dari kecik makan nasi + durian + air garam. Tiba-tiba rindu dengan arwah mak dan arwah abah sebab depa yang ajar KSarie makan durian macam ni. Tengok gambar pais teringat dekat arwah emak mertua sebab dia memang masak pais molek teruk. KSarienya tukang makan je la😅. Nampak menggiurkan bila tengok gambar semua makanan yang dikongsikan tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami baru tau durian makan dengan nasi dan air garam. Memang sedap KSarie. Moga rohnya arwah mak, abah, mak mertua KSarie dan ayah kami dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

      Delete
  29. Meleleh tengok satu-satu. Semua nampak menggoda selera!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com