Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
KEDAI MAKAN TANJUNG SELERA, TANJUNG API, KUANTAN
Pagi Sabtu semalam, singgah breakfast. Pulut + Ikan Rebus Goreng. Lama betul tak makan. Hubby makan Nasi Dagang. Katanya sedap cukup rasa tapi kuah cair sikit je. Cair yang kebanyakan kami makan di luar Pantai Timur. Kuah memang sedap secukup rasa.
Antara menu yang telah ada ketika kami sampai 7.25am.
Ikan masin pun ada, tapi saya ambil Ikan Rebus Goreng.
Paling suka kalau banyak pilihan kuih.
Kuih Dangai Kukus. Kalau ada kuih ni, memang wajib ambil. Beli dan tapau 2 terus.
Roti Canai pun ada.
Suka kedai ni sebab buka awal pagi.
TAMAN GELORA
Brisk walk lepas breakfast.
SWISS - BELHOTEL, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN. Nampak dari Taman Gelora.
Ada beberapa group senaman di Taman Gelora. Macam2 warna baju yang sama, seronok tengok. Macam2 lagu dipasang.
Alhamdulillah akhirnya.....
MUSTAFA CENDOL. Lunch. Sabtu.
Tunggu anak soleh balik kerja. Sabtu kerja half day. Siap dia solat Zohor, kami ke Mustafa Cendol, Teluk Sisek. Dekat je dengan Taman Gelora.
Memang lama sangat tak makan Rojak Ayam dan Cendol. Ajak hubby lunch di sini, Alhamdulillah dia pun ok sebab lama tak makan. Balik Taiping pun tak sempat ke ANSARI, makan Pasembor dan Cendol.
Semestinya Cendol dengan extra Kacang Merah. Ada yang review kata biasa2 je rasanya di Mustafa Cendol ni. Pada kami di Kuantan ni, sedap dah. Janji cukup rasa. Alhamdulillah. Apa lagi ini tempat dating dulu2 hehe. Kedai ni kecil je dulu. Penuh jugak tadi walaupun pukul 2pm. Servis memang agak laju sebab menu yang terpampang pada signboard cuma ada 12 menu saja.
Berbagai bangsa ada. Satu keluarga Cina sebelah meja kami, order Maggi Goreng semuanya. Siap order extra. Ehh tak boleh jadi ni. Kena datang lagi order Maggi Goreng pulak. Paling cute ayahnya yang agak berumur, siap ambil foto Maggi Goreng sepinggan tu. Nak share di group Whatsapp agaknya.
AHAD. Hari ini. Lepas Subuh sepie.
Kami sampai 6.55am. Kedai buka 7am tapi diorang bagi je masuk. Bagusnya meraikan pelanggan. Dah ada jemaah Surau satu meja dengan minuman sekali.
KACANG POOL
Alhamdulillah akhirnya dapat juga setelah sekian lama. Sedap. Hubby order Nasi Lemak. Anak soleh pun order Kacang Pool.
Banyak pilihan kuih.
Signboard tepi jalan besar.
Lepas makan, jeneral yang tiada paku di bahu, dah bagitau jom ke Bukit Pelindung. Memang kena naik, sebab lama tak naik. Last sebelum puasa kot. Test jantung.
Father son chit chat.
Di sini lah nak selfie, bukti dah sampai sini. Tapi ada lagi 2 jalan untuk naik sikit ke stesen pemancar. Hubby nak lari masuk hutan, training untuk Eco Challenge bulan 7 kot. Kami disuruh drive ke Pantai Teluk Cempedak (TC) untuk pick up dia lah. Tak jauh pun. Hutannya bersambung. Alhamdulillah smooth naik Bukit Pelindung. Biar lambat asalkan sampai.
PANTAI TELUK CEMPEDAK
Pantai nya bersih cantik apa lagi bersambung dengan Pantai HYATT HOTEL. Hotel lama di Kuantan tetapi terjaga persekitaran pantainya dan hotel nya. Antara sebab pilihan pelancung.
Yang atap merah, sebahagian property HYATT HOTEL. Outdoor restaurant rasanya.
Alhamdulillah pantai bersih. Ada yang picnic walaupun cuaca agak terik. Tak perlu bayaran, cuma bayar parking di bahagian belakang bangunan kedai. Harap dijaga kebersihannya.
Memang ramai pengunjung. Kita snap satu je lah walaupun jauh.
Hujung sana, boleh tembus ke Hutan Pantai Pelindung rasanya.
Sedih kan. Dekat dengan spot kami park kereta. Tak reti2 buang sampah sendiri. Sebab ada pekerja Majlis Perbandaran, boleh buang sampah merata2 ke? Otak kat lutut. Pernah dulu, kereta depan kami, super mahal tapi buang sampah ikut cermin kereta. Tak pulak masa tu ada dashcam.
PANTAI TELUK SISEK
Sebelah PANTAI TELUK CEMPEDAK je.
Swiss Belhotel Tanjung Lumpur nun jauh di sana.
Ramai juga yang picnic. Pantai sini pasirnya tak seputih PANTAI TELUK CEMPEDAK dan air laut agak jauh.
Jaga kebersihan tau. Mana2 pergi pun, satu dunia, jagalah kebersihan.
ZOO TERUNTUM
Boleh tengok dinosaur jugak. Sibuk update blog, hubby bising baju tak kemas lagi. Nak bercuti 2h 1m. Bye bye nanti sambung.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Banyak menu sarapan lauk pauk dan kuih muihnya. Dapat juga mencendol. Seronoknyalah dapat buat aktiviti di tempat yang cantik. Best jadi warga Kuantan ni, makan sedap, tempat menarik. Bagusnya terjaga elok pantai Teluk Chempedak ni. Tarikan utama di Kuantan dan tempat wajib pergi. Zoo Teruntum pernah pergi tapi masa tu tak ada Dinosaur lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah rasanya semua tempat pun ada sarapan banyak lauk dan kuih kan. Melepaskan rindu pada cendol. Lama betul tak makan. Alhamdulillah terjaga Pantai Teluk Cempedak tu. Kami pun lalu je Taman Teruntum. Lama tak masuk.
Deletelama tak makan ikan rebus goreng dgn pulut tu...
ReplyDeletewaduhhh kena buat agaknya hehehe
Memang sedap kan
Deletecantik pasirnya memutih...
ReplyDeleteharap2 x de laa perangai yg dok pacak khemah macam kat pork dickson tu....
Rasanya tak boleh kot
DeleteSedapnya lauk-pauk utk pilihan bekfes.. rambang mata tgk kuih-muih yg ada.. sy x pernah mkn pulut dgn ikan rebus goreng.. bestnya kalau dpt jjcm pantai timur
ReplyDeleteDatang lah nanti 😍😍😍 pulut dengan ikan rebus goreng memang sedap
DeleteBest2 nya jalan2 kuantan. Meriah betul lauk pauk kedai tu rambang mata nak pilih mana nak makan.
ReplyDeleteTurun Kuantan la Cie JJCM sini. Seronok kedai banyak lauk dan kuih sebab banyak pilihan
Deletebab buang sampah merata2 tu..MZ pun sgt2lah geram...kalau kat kelantan, lg lah ramai yg suka buang sampah merata2 ni...susah nak ubah minda kelas ke3(uncivilsed)
ReplyDeleteStress kita tengok kan. Sebab yang buang tu orang tua.
DeleteUish sarapan pagi meriah lauk pauk macam lunch!
ReplyDeleteKadang2 tak faham juga macam mana orang boleh buang sampah merata-rata, takde sivik langsung. Kalau tak jumpa tong sampah bawa jelah balik. Tu pun susah nak amalkan
Sarapan pagi banyak pilihan memang best tapi mula la rambang mata hehe. Geram kan dengan orang yang takde sivik ni.
DeleteBanyak betul lauk pauk dan kuih muih untuk sarapan. Suka juga pergi kedai macam tu. Banyak pilihan. Lama tak pergi Pantai Teluk Cempedak. Rupanya, hutannya bersambung.
ReplyDeleteBest kan kalau kedai banyak pilihan. Datang lah jjcm Kuantan pulak Nur.
DeleteKalau masuk blog Mulan kan tak sah kalau tak buat air liur meleleh. Semua gambar makanan mengundang periuk kriuk kriuk. Cantik-cantik pantai di Kuantan. Entah bila nak sampai Kuantan ni
ReplyDeleteDatang lah JJCM Kuantan KSarie. 😍😍
DeletePernah kena kacau dgn monkey dekat TC haha... Ada lagi ke Kak baby monkey pakai pampers, nakal betul dia tu 😅
ReplyDeletePulut ikan masin gaul sedapnya!
Ada lagi rasanya monyet tu sebab tempat dia kan. Pulut ikan masin memang sedap.
DeleteSeronok kalau kedai ada banyak kuih muihnya.
ReplyDeleteBetul banyak pilihan kan.
DeleteBanyaknya pilihan menu breakfast tu... tak tau mana nak pilih!
ReplyDeleteSeronok banyak pilihan lepas tu rambang mata hehe
DeleteKak ikan rebus goreng itu maksudnya ikan di rebus dulu, baru digoreng? Unik juga yaaa. Makan dengan pulut pula. Kalo di sini pulut biasanya makan dengan ayam Ingkung atau dengan durian. Dengan rendang pun boleh. Belum pernah saya makan dengan ikan. Menarik
ReplyDeleteIsssh memang banyak pilihan yaaa, buat bingung nak pilih apa 🤣.
Tuhlaaah, selera orang berbeda kan. Bagi mereka rasa cendolnya biasa, tp sebagian orang pasti bilang sedap. Kalo saya lihat dr foto pun nampak segar memang.
Kacang pool ini yg saya blm rasa sampai skr. Penasaran nak coba memang. Semoga di KL bisa coba nanti 😄
Ntah lah harus bagaimana mengajarkan orang utk buang sampah di tempatnya. Tak ada tong sampah, bawa dulu dlm tas atau kantong ke. Bukan seenaknya dibuang di jalan. Apalagi orang kaya, punya mobil bagus, tp miskin attitude .
Ya fanny, ikan direbus dengan garam dan asam keping, ada juga yang letak lengkuas dan gula melaka sikit. Siap rebus digoreng terus atau tunggu semalaman baru digoreng. Memang sedap. 👍👍
DeleteKalau di kedai banyak pilihan makanan memang seronok tapi kadang pening memilih 😄😄
Macam anak soleh, cendolnya suka ada pulut, ada juga yang pilih durian tapi kaka kurang suka cendol durian.
Kacang pool juga sedap, asalnya dari Arab/Timur Tengah rasanya. Namanya Ful Medames.
Betul Fanny memang sakit jiwa dengan orang yang tak pandai membuang sampah di tong atau tempat seeloknya. Apalagi yang punya degree atau kaya raya. 😢😢
Jadi teringin pula nak buat ikan rebus goreng ini. Kalo diganti ayam sedap tak yaa .. rebus dulu, baru goreng. 😄.
DeleteSaya suka ikan, tapi takuuut masaknya. Minyak meletup2 tuh bikin saya seram 🤭😅
Kacang pool yg sedap di KL di mana ya? Nanti ke KL bisa saya coba
Kalau kita ke area2 Kuantan dalam bulan ni boleh la singgah sini..cari ubi rebus..
ReplyDeleteDatang lah Kuantan. Ubi rebus memang sedap.
DeleteAkak..update lagi tempat makan best..SA dah masukkan dalam wishlist yang akak share ni..nak explore Kuantan kali ke 2 nanti...nak bawak Dania...
ReplyDeleteAda lagi, nanti ya.
DeleteBersih pantai...seronok tgk tenang jer...
ReplyDeleteAlhamdulillah moga terus begini.
Deleteseronoknya jjcm kuantan...dugaan yg tgh puasa ni tgk menu makanan...lama tk ke kuantan
ReplyDeleteDatang lah Kuantan bila2 nanti.
Deletewow..1st dah menggoda dah, rojak & cendol..memang gabungan yg yum yum
ReplyDeleteBetul rojak dan cendol memang combo yang best.
DeleteGabungan pulut lemak dan ikan masin garing tu… tak perlu lauk lain dah!
ReplyDeleteBetul, memang favorite jugak pulut dan ikan masin.
Delete