Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
AHAD. Baru ni. Dalam pukul 12, kami drive ke Dungun.
MAKWAN MEE SUP CHAMPA
Lunch. Rindu lama tak ke sini. Ketika duduk di Kerteh dulu, selalu jugak ke sini. Rasa Mee Champa ni, lebih kurang PHO BO VIETNAM tu. Agak penuh namun masih ada meja yang kosong.
MEE CHAMPA BIASA. Yang special dah habis.
Condiments nya memang lebih kurang PHO VIETNAM. Cuma tak ada sayur sepinggan macam di Vietnam.
PERMATA RESORT DUNGUN
Siap makan, kami check in di sini. Tiada pilihan bilik sebab full house, cuti sekolah kan. Alhamdulillah ada satu bilik kosong.
Besar juga kawasan resort ni. View dari parking lot belakang bangunan utama di tepi jalan besar.
Bangunan utama, di tengahnya, bahagian reception.
DELUXE TWIN ROOM.
RM220/malam. Boleh memuatkan 4 pax, maybe lebih sebab ada sofa panjang di living area.
View dari tingkap unit kami. Ground floor, Alhamdulillah.
SOTONG CELUP TEPUNG
5.30pm kami jalan kaki ke STESEN CELUP TEPUNG. Memang lama betul tak makan celup tepung ni.
KEROPOK & SOTONG CELUP TEPUNG
IKAN CELUP TEPUNG. Semua sedap Alhamdulillah.
Kedai nya, kurang dari 100 meter saja dari resort.
Jalan kaki balik resort. Nun di depan, memang facing laut tapi ada jalan raya memisahkan.
Lepak tepi laut lah sebentar.
Hubby bawa camping chair rupanya.
Healing. Alhamdulillah cuaca cantik dan terang.
Hubby tiba2 minta orderkan coffee. Apalagi, ZUS lah kita. Ice Banana Spanish Latte untuk anak soleh. Coffee Caramel Macchiato untuk hubby, kongsi berdua sebab dah terminum Kopi Ais di STESEN CELUP TEPUNG. Geram la jugak hubby tak cakap awal2 nak order coffee. Hehe.
Dah nak Maghrib.
Alhamdulillah. Kenyang dengan celup tepung & coffee, semua malas keluar dinner.
ISNIN. Hujan rintik2.
Mendung cuacanya.
7am. PASAR BESAR DUNGUN. Mencari sarapan. Banyak kedai belum buka. Alhamdulillah ada satu yang buka walaupun belum semua menu ada. Hubby dan anak soleh makan Nasi Lemak. Mummy ada plan lain. Drop hubby & anak soleh di Dive Center CHE WAN SCUBA. Father son punya activity.
Balik resort lalu JALAN PANTAI SURA ni. Jalannya, dari hujung Pasar Dungun, berakhir di Kampus UITM Dungun. Dah cantik. Ada jogging/walking trek. Tepi laut ada pondok2 boleh picnic.
BUWA. Viral cafe ni. Plan nak breakfast di sini, rupanya tutup hari Isnin.
Dah lapar, tukar plan lah. Cari apa yang ada, berdekatan. Kedai NASI LOMAK NOGORI ni tutup, tapi yang sebelahnya buka. Alhamdulillah macam2 menu. Tapau makan di bilik.
Makan, lepak, tengok Netflix, edit foto. 12.30 kena check out. Tak dapat extend half day pun sebab full house. Banyak kali reception minta maaf, tak apa. Cuti sekolah kan.
PANTAI TELUK LIPAT rupanya nama pantai nya. Hehe baru tau.
Tiba2 sampai kedai emas. Pernah beli gelang di sini. Ketika duduk di Kerteh dulu. Ingat nak trade in tapi.....tolak lah. Tolak loket kecil anak solehah, 1 cincin dan 1 inci sebahagian rantai yang putus. Alhamdulillah dapat RM920. Anak solehah ni tak minat pakai emas. Kami dulu banyak kali pindah randah, pernah misplaced barang kemas few times. Trauma jadi nya. Jalan2 kedai berdekatan, jumpa shawl crepe/chiffon RM10 sehelai. Material yang memang suka. Jahitan tepi kemas cantik, Alhamdulillah. Video call anak solehah. Beli 6 terus lain2 warna.
AURORA COFFEE HOUSE, DUNGUN.
Viral coffee house ni. Dah sampai Dungun, kena lah singgah.
Dessert local dan western. Ada KUIH PASUNG woww. Tapi tak beli sebab Kuantan pun ada. Menu banyak habis sebab ramai customer dari awal pagi, kata adik2 staff.
Alhamdulillah ada meja kecil untuk saya lepak seorang.
Meja saya depan cashier je.
CHICKEN PIE, EGG TART & JAPANESE CREAM PUFF. COFFEE tu yang ada oat, lupa namanya.
Coffee house ni kalau tak silap, bersambung dengan rumah owner. Atas tu rumah kediaman, rasanya. Lupa nak tanya staff di situ.
Tak lapar sangat, so saya order Chicken Wing Set.
Sos Chicken Wing memang sedap sangat. Dah habis ayam, kenyang la pulak. Dessert kena tapau semuanya.
Suasana coffee house ni.
Ada pool kecil.
Meja beralas batik. Di situ lah makanan perlu diambil setelah buzzer/pager berbunyi.
Walaupun pagar tinggi dan cuaca panas agak terik, tapi teduh dan rasa berangin. Angin kuat dari pantai mungkin.
Bye bye jumpa lagi. Friendly staff, menu sedap.
Hubby kata ambil pukul 3. Sampai lah tepat waktu nya.
Tukar seat sebab panas. Jumpa payung ajaib.
Bentuk payung tapi sebenarnya lebar untuk cover penuh cermin depan. Memang panas litlit tapi buka pintu kereta dan pasang cover cermin, tak terasa panas sebab berangin.
Dah 5 bot balik, rupanya diorang ni bot paling akhir, yang ke 5. Hampir jam 5 petang baru sampai. Rangup ma'am ni duduk dalam kereta. Haha. Membebel jugak sebab lambat. Rupanya banyak diver turun hari tu, public holiday kan. Banyak bot dari dive center lain jugak. Tak apa lah, raikan je hobby hubby ni. Lagipun memang mintak dia spare time bawak anak soleh dive, takkan ke laut dengan kawan2 je hehe. Lama dah anak soleh tak dive.
Anak soleh. Dah ada Rescue license.
Geram betul dengan style rambut tu.
Ombak kuat, maka visibility underwater kurang memuaskan. Foto pun kurang sharp, tapi Subhanallah cantik dasar lautnya.
Jumpa seekor.
Hubby dari camera kawannya.
Throwback anak soleh mula ber-scuba.
Kemudian anak solehah join sama. Mummy dia, lesen lama dah gantung di dapur. Kadang teringin, tapi......tengok lah satu hari nanti.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Bestnya ke Dungun. Saya suka pantai-pantai di Terengganu, cantik. Paling menarik tu dapat seaview yang cantik dari resort. Tak payah ke pantai tengok dari tingkap pun okay dah. Ke Ganu tak sah kalau tak makan celup-celup tepung ni. Fresh dan sedap. Wahh cantiklah Aurora Coffee House tu. Suasana dia menarik.
ReplyDeleteBertambah lah geng diving. Next time boleh dive satu family. Mana tahu nak buat come back.
Memang best Alhamdulillah. Kami di Pantai Timur ni Alhamdulillah semua pantai cantik2. Resort pun best dapat view Pantai. Celeup2 tepung memang best. Di Kuantan pun ada tapi tak Dan nak pergi. Aurora Coffee House memang menarik. Diving, hehe tunggu seru.
DeleteSA x sampai ke Dungun lagi..Kerteh dah sampai dan Kemaman...suka akak share banyak tempat makan best..semua SA dah masuk wishlist dalam notes hp...hahaha...lepas ni leh racun suami plak ajak pi Dungun...hahaha...dari Kuantan x jauh kan kak?
ReplyDeleteDungun dari Kuantan 100km dalam 1.5 jam. Nanti free pergi la Dungun.
Deleteya Allah...hebat2 semuanya...bukan mudah nak dapat lesen scuba dive nie...tahniah...semoga dapat terus meneroka dasar lautan...
ReplyDeletepulau sipadan tu, dulu2 incikSuami selalu operasi dekat sana....
Hubby minat, kami semua diajak sama. Best la suami Linda operasi di Sipadan, cantik kan.
Deletebestnya lepak2 santai tepi pantai dan siap bwk kerusi tuuuuu
ReplyDeleteKalau ke pantai hubby memang bawak camping chair ni.
DeleteBest betul jalan kaki je makan celup tepung dari resort. Nampak macam keropok lekornya dicelup tepung jugak ya?
ReplyDeleteMasyaAllah seronoknya dapat dive tengok hidupan di dasar laut.
Betul keropok lekor pun kena celup tepung hehe tapi sedap. Memang cantik dasar laut Subhanallah.
Deletemasyallah..cantik kan pantai terengganu ni..kalau saya ada rezeki insyallah datang sini..boleh bawak abah..bagi hilang rindu kat arwah mak..
ReplyDeleteDatang lah Pantai Timur, JJCM.
DeleteSedapnya mee champa tu! Tk pernah makan, so tktau pulak rasa dia mcm pho vietnam, saya ni dahla suka vietnamese pho ni hehe.
ReplyDeleteOkay aurora coffee house tu kena masuk list lah. Nnti bulan 9 nak gi kenduri kawan kat sana. Suka suasana cafe yg bertemakan rumah klasik melayu. Makanan pun nampak best2 tu!
Cantiknya coral
Ya Allah tak habis komen lagi dah tertekan publish. Btw berapa harga nak dive masuk laut camtu ye? Saya teringin nak dive gak, tpi tk pandai berenang haha. Bolehla pasang angan2 dulu
DeleteKena try tau Mee Champa tu sbb sedap. Aurora Coffee House tu vibes memang best tapi kalau betul2 tengahari tak sure cuaca macamana. Sebab open space kan. Tapi berangin. Makanan memang nampak sedap. Diving course ni bergantung pada dive center. Harga tak sama. Tak sure sekarang berapa. Cuba google dive course in Malaysia sebab pakej lain2. Ada yang boleh buat terus beberapa hari, duduk di resort/chalet atau boleh buat asing2 teori di KL & masuk laut kemudian.
DeleteSangat cantik...bila ntah nak sampai ganu ni...
ReplyDeleteMemang cantik, Insyaa Allah sampai nanti.
Deletebest nyaaaaaaa
ReplyDeletedah laa dekat... tmpt makan pun sepelaung je
kalau menginap kat sini mau sy x bergerak ke tempat lain hehehhe
Memang best sebab dekat.
Deletesubhanallah cantiknyaaa view dlm laut!
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
Deletebaru tgk map td. x jauh pun resort ni dari stesen bus. bleh laa sy start plan cuti2 kat sini ;-)
ReplyDeleteTak perasan tapi memang dekat bandar jugak.
DeleteBaru nak tanya mummy tak nak dive ke, rupanya dah gantung lesen Hehe...
ReplyDeleteSebenarnya kami suami isteri baru je sembang² nak pergi area Sana, Akk dah sampai hihi
Hehe gantung lepas ada anak. Tapi terasa nak masuk lagi.
DeleteDatang lah Pantai Timur nanti.
Tenggol tempat laluan whale shark ni
ReplyDelete1998 kami bertembung beberapa ekor, dalam bot nak ke Pulau Perhentian. Camera lama manual kan, dalam bagpack pulak. Tak sempat capture, tengok je lah.
Deletecantik banget terumbu karangnya sangat beragam dan penuh warna ya, jadi pengen snorkling kalau lihat beginian
ReplyDeleteMemang cantik macam2 warna dan bentuk hidupan dasar lautnya.
Deletecantik sangat. saya suka laut
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
DeleteSaya pernah jalan di laluan jogging dari pantai sura tu ke tengah, sikit lagi nak sampai uitm. Best sana, sambil tengok laut. Laut dia pun cantik. Tapi saya tak pernah stay di Resort tu, dan cuba kedai kopi tu. Nanti boleh cuba bila pergi sana.
ReplyDelete2020 datang area pantai ni tak ada lagi laluan jogging. Cantik sekarang. Datang lah lagi.
DeleteSaya belum pernah kesini. Teringin nanti suatu hari lah. Rasa2nya lebih possible keliling Malaysia, sebab biaya tak besar, drpd saya keliling Indonesia 🤣🤣🤣. Tiket ke Papua saja lebih mahal dr ke jepang. Makanya saya tak pernah kliling negeri sendiri 😅😅.
ReplyDeleteIya kak, mirip pho yaaa mee champa nya. Nampak sedap. Pasti segar macam kuah pho . Di sana dah start libur sekolah yaa. Di sini tgl 20 nanti start libur. Karena itu saya belum bisa pergi2, anak masih ada yg ujian .
Cantik resortnya... Nampak simple tapi kliatan teduh. Kamar pun luas..
Yg paling saya suka kalo ke area laut, seafood nya pasti sedap dan segar. Masak celup tepung begini, tak payah nasi lah. Ratah begitu saja 😄😍. Trus laut pun tak ramai. Sukaaa yg begini drpd yg crowded sangat.
Sama dengan anak Sholehah, saya tak suka pakai perhiasan 😅. Sebab sering kali hilang. Lepas dr tangan atau leher.
Krn itu walau saya rutin beli emas, tp dalam bentuk gold bar. Tak nak perhiasan . Drpd hilang selalu 😄.
Aurora coffee house itu cantiiiik sangat. Mungkin Krn ada bunga2 di bagian depan. Nampak menarik dan estetik. Makanan pun banyak macam yaa.
Oh dulu Kaka pun suka diving? Saya memang tak berani kalo related dengan aktifitas air 😅. Makanya selama ini tak pernah masuk ke dalam laut. Takuuut. Better saya diminta bungee jumping berkali2 drpd disuruh diving lah 🤣
Ya Fanny, Malaysia tak sebesar Indonesia. Nanti datang pusing2 terus satu Malaysia ya. 😍😍
DeleteMee Champa memang mirip Pho Vietnam, sedap tau.
Resort sangat menarik sebab terus dekat dengan pantai walaupun ada jalan. 😍
Betul kalau dekatnlaut, memang seafood banyak dan murah jugak.
Kami berdua memang kurang pakai emas, jadinya baik saja dijual.
Aurora Coffee House memang cantik dan menarik, food pun sedap.
😊😊 Ya dulu2 memang pernah scuba dan ada lesen. Stop bila ada anak2 sebab tiada yang boleh jaga.
Tak jemu makan angin ke Ganu. Seronok selalu😘
ReplyDeleteBetul Terengganu dan Pantai Timur memang best JJCM.
DeleteDungun pasti tetap di hati sebab rumah kakak di Sura Tengah tu. Cuma slps kematian kakak pd 2023 makin kurang kami ke sana.
ReplyDeleteOh ya ke. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Deletesyoknya jjcm ada menu celop tepung...dpt view ngadap seaview ...lamanya tk ke pantai...wah best tu berscuba diving
ReplyDeleteMenu celup tepung ni memang best apalagi tepi laut. Datang lah Pantai Timur. Scuba diving ni best tengok dasar laut.
DeleteYa Allah!
ReplyDeleteBestnya berscuba. Saya selalu juga ikut kawan-kawan ke pulau-pulau tapi tak pernah masuk dalam air. Tunggu sahajalah kawan-kawan naik ke darat bawa gambar bawah laut yang cantik-cantik.
Memang best Kak Amie boleh tengok hidupan dasar laut yang cantik.
DeleteDungun ni la tempat saya belajar dulu. Dari UITM Dungun tu boleh nampak Pulau Tenggol tapi tak pernah la pergi. Lama la tak explore area sana.
ReplyDeleteUITM Dungun ni cantik kan sebab tepi laut. Betul Pulau Tenggol boleh nampak dari Dungun je.
DeleteMelihat foto-foto indah disini terutama dengan foto pantainya, ah saya jadi tersadar, sudah lama nian saya yak mengunjungi pantai, Mbak.
ReplyDeleteDan menikmati kopi di pantai seperti suami Mbak itu, duh...betapa saya inginkan.
Salam,
Salam Pak. Subhanallah memang cantik pantainya. Insyaa Allah ada masa nya nanti Pak Asa boleh menikmati kopi di tepi pantai.
Deleteterpegun tengok blog yang cantik & kreatif, saya follow:)
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih sudi singgah dan follow.
DeleteTahniah dapak jalang2 dang beristeri rehak ke dungung
ReplyDeleteWak orang Terengganu ke hehe.
DeleteBestnya Ganu...
ReplyDeleteOne fine day nak juga duduk resort depan view laut camtu lah, jalan-jalan cari ICT
Dah biasa duduk Ganu bolehlah JJCM sambil me time.
Waaahhh dulu pun aktif diving.. anak beranak suka aktiviti outdoor. Seronok nengok.
Best sebab resort di Dungun je, tepi laut. Makan pun best. Hubby memang suka aktiviti outdoor, kita ikut mana mampu je hehe.
DeleteCantik resort nya... Pantai pun bersih... Dungun ntah bila last kaki jejak di sana.. Mee Champa tu nampak biasa tapi sedap.. Aurora Cofe House tu unik sgt .. luar nampak biasa tpi dlm menarik design dan makanan.. mmg sedap nak mengopi di situ.. 🤗
ReplyDeleteCantik apalagi tepi laut je. Makan semua best. Alhamdulillah.
DeleteKalau ada rezeki ke Dungun, nak singgah makan di Aurora Coffee House sebab nampak macam-macam ada. Cuti sekolah memang sana sini penuh semedang ye. Minum kopi Zus sambil lepak tepi pantai dengar bunyi ombak semua pakej lengkap healing ni. Cantik-cantik gambar corals nya.
ReplyDeleteTry la Aurora Coffee House ni, memang menarik suasana dan food dia. ZUS tepi laut hhmm nyaman semua. Corals memang cantik kan.
DeleteNgopi sambil dengar ombak, itu baru betul-betul recharge jiwa.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok ngopi tepi laut.
Delete