Tuesday, June 03, 2025

JAKARTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

Throwback tahun lepas 2024. 29/5 fly ke Jakarta seorang diri. 

PASAR SUBUH BLOK M, Jakarta. 

Seriuslah makanan yang berbagai bagai jenis, dijual borong. Rasa nak beli semua. Rambang mata. Seawal lepas Subuh naik grab ke Pasar Subuh BLOK M dengan Mbak Yayah.


Borak2 di Whatsapp tahun lepas Syawal 2024, dengan Mbak Yayah & Mbak Tini, sahabat baik dari Indonesia di Vietnam dulu, anak2 kami satu sekolah. Juga berukhuwah komuniti Muslim yang tak ramai. Mbak Yayah yang tinggal di Canada bersama suaminya, Canadian Muslim, akan balik ke Jakarta sebelum menunaikan Haji, mengajak memujuk saya ke Jakarta. Rasa nervous nak fly sorang2, hubby bagi kata semangat, doa banyak2. 3 malam pertama dengan Mbak Yayah di Jakarta, 3 malam dengan Mbak Tini di Pelabuhan Ratu & Jakarta. 


Antara yang dibeli.


Dan...... Alhamdulillah bermesej dengan blogger Fanny D'Cat Queen yang sweet, diizinkan kami bertemu di SEDJUK. Walaupun sebentar namun Fanny sangat mesra dan friendly. Macam dah kenal lama. Insyaa Allah moga dapat berjumpa lagi, moga ukhuwah kekal abadi. Terima kasih luang masa, belanja makan juga souvenir nya. Moga murah rezeki selamanya.


Sedap makanan di SEDJUK. Cafe pun cantik.


PASAR MAYESTIK
Mbak Yayah bersiap untuk menunaikan Haji tahun lepas, maka saya di sana banyak menemankan dia ke sana sini. Banyak nya ke sini, Pasar MAYESTIK.  Membeli barang, alter baju/jubah dll. Sambil JJCM. Semua sedap sangat lah di sana. 


Yang ni, memang paling suka.


Antara kedai yang Mbak Yayah pergi.


Setelah 3 malam dengan Mbak Yayah, tiba masa bertukar penginapan. Kalau tak ke rumah Mbak Tini, mau berdas2 bebelan nya. Wajib tidur di rumahnya juga. Walaupun 3 hari baru tiba dari US (anak kawin dan graduation) kegembiraan dia, tak dapat digambarkan. Apalagi dia tak perasan Mbak Yayah yang memakai tudung, disangka orang lain. Memang Mbak Yayah dah plan untuk surprise kan Mbak Tini. Gelak besar kami.


Video di pintu rumah Mbak Tini ketika saya dan Mbak Yayah sampai.


Selepas Mbak Yayah pulang, terus kami ke Pelabuhan Ratu. Mbak Tini ada rumah di sana juga. Kapal purple tu, saya bayangkan Theme Park, rupanya Masjid. 

Foto kanan, rumah Mbak Tini. Di tepi laut. Tanah yang dibeli pada tahun 90an sangat murah, sekarang nilai nya berganda2. Kos membina rumah pun murah.


Semua sangat sedap. Ada Mbak yang tinggal jaga di rumah Mbak Tini ni, siap masak ketika kami tiba. Dengan Mbak Tini ni, disuruh makan24 jam. Ya, saya naik 2-3kg sebaik pulang dari Jakarta hehe. Rezeki Allah.


Ke pasar di kampung, sebab dia mau kan sayur yang susah dapat di Jakarta. Juga ke pasar ikan, terus ke Jeti.


Pelabuhan Ratu ni, terletak nya rumah keluarga Mbak Tini, juga dibeli tanah lain, untuk dibina Masjid bagi keperluan sebahagian komuniti berdekatan di sana. 80% siap ketika itu, mungkin dah siap sepenuhnya.


Antara juadah yang dimasak oleh Mbak De. Semua sedap.


BUKIT DURIAN SEGARA

Sepetang healing di sini. Belum musim durian namun terdapat menu lainnya. Cantik dibina persekitaran juga cafe nya.


Cantik, kan.


BBQ malam nya. Ikan fresh dari laut.


Pagi sebelum pulang ke Jakarta, kami jalan2 lepas Subuh. Di Pelabuhan Ratu ni, antara spot yang paling dekat untuk ke Australia melalui jalan laut.


Penuh bonet kereta.


Tak muat di bonet, penuh seat dan kaki kami di dalam kereta. Haha memang lucu sepanjang jalan. Memang penuh sarat keretanya.


Pantang nampak tahu goreng ni, Mbak Tini mesti beli.


Pagi last day di Jakarta, kami breakfast di sini. Memang sedap MIE AYAM nya.


Selesai breakfast Mie Ayam, Mbak Tini ajak ke THAMRIN CITY, ada sahabatnya nak membeli ole ole, untuk bawa pulang ke kampung. Trip Jakarta ni, memang tiada plan untuk shopping. Tapi dah standby bag extra. Ya, Mbak Tini bagi macam2 untuk dibawa balik. Dah sampai ThamCit (panggilan pendek), beli lah sikit2 untuk, mak, anak2, adik2, ipar duai. Untuk hubby beli jajan dan snacks je.


Tiba di airport on time, Alhamdulillah smooth semuanya. Moga dapat ke Jakarta lagi.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

52 comments:

  1. Alhamdulillah...selamat semuanya walaupun pergi seorang...seronok bila jumpa kawan2...kita nie kadang tu tak nak susahkan orang, tapi sebenarnya mereka suka untuk menyantuni kita...semoga ukhwah terjalin hingga bila2..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth semuanya. Betul memang tak nak susahkan orang, Aamiin moga ukhuwah kekal selamanya.

      Delete
  2. sambil jln2 tgk tmpt org..dpt juga jmpa blogger dkt sana

    ReplyDelete
  3. Akak throwback ni macam akak nak pi Jakarta lagi je ni...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak sangat pergi lagi 😍😍

      Delete
  4. waaahhh berkesempatan ketemu sama sis Fanny! seronoknyaaa jalan-jalan di sana sis Mulan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok jumpa Fanny dan JJCM

      Delete
  5. wahh bestnya dpt jumpa fanny

    ReplyDelete
  6. Jumpa rakan blogger pasti seronok. Pisang apa tu? Masak ranum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Tak tau la Pisang apa.

      Delete
  7. Haih... kenapa semua orang ke Jakarta ni...?
    Ini tak boleh jadi!

    ReplyDelete
  8. Bestnya jalan2 negara orang.

    ReplyDelete
  9. Bestnya kak ada kawan rapat di sana... Seronok dapat jalan² dgn org local

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga ukhuwah kekal selamanya.

      Delete
  10. Nampak makanan pula kat post ni....seronok kenal budaya orang ni.

    ReplyDelete
  11. Kuih dijual secara borong. Tak pernah nampak lagi. Kuih bermacam-macam ni, okay juga beli borong kan. Dalam tak berani, akhirnya sampai juga travel sorang². Alhamdulillah. Seronok sangat dapat bertemu dan disambut mesra. Ramai kenalan tu yang tambah seronok. Kena pergi semua rumah, kalau tidak nanti memang kena bebel lah kita. hihi..Semoga silaturahim terus terjalin. Dapat juga jumpa blogger Fanny walau sekejap. Ramai sudah blogger Malaysia bertemu Fanny. Tak di sini, di sana. Ya, cantik platform di Bukit Durian Seraga tu. Rezeki dapat makan seafood fresh dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul first time tengok kuih dijual secara borong. Alhamdulillah sampai juga fly sorang2. Aamiin, moga ukhuwah kekal selamanya. Bukit Durian Segara tu memang cantik senibina outdoor nya.

      Delete
  12. Seronok kan kalau ada kenalan dari Indonesia. Layanan serta makanan yang di sajikan memang tip top le. Rasanya kenyang sepanjang perjalanan. Semuga ukhwah berpanjangan hendaknya. Sweetlah dapat berjumpa dengan Fanny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok jumpa kawan2 especially Fanny dan makan2 semuanya sedap.

      Delete
  13. Comelnya gambar kuih first tu, kalau saya pun rambang mata taktau nak pilih mana.
    Saya kalau pergi jakarta memang agenda utamanya nak foodhunting dan shopping thamrin city jelah. Situ baju cantik2 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tengok semalam tu, macam nak angkut semuanya. Nak repeat lagi Insyaa Allah 😍😍

      Delete
  14. meriah dengan pelbagai jenis makanan!

    ReplyDelete
  15. dalam bonet tu pisang tanduk ke tu?

    ReplyDelete
  16. Ini menarik sekali cerita perjalanan dan bertemu dengan temannya di Jakarta an Pelabuhan Ratu, Mbak dan berjumpa juga dengan Mbak Fanny, ah pasti membuat bahagia...

    Mbak ada teman di Pelabuhan Ratu rupanya. Saya tinggal di Sukabumi, sekitar 60 km dari Pelabuhan Ratu. Orang SUkabumi kalau ingin main ke pantai ya paling dekat ke Pelabuhan Ratu.

    Diatas ada foto mie yang berwarna kuning, disini namanya "mie aci" karena terbuat dari aci (atau tepung tapioka) atau nama lainnya "mie leor" atau "mie golosar" (karena terasa licin kalau dipegang).

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat menarik dan seronok ketika saya ke Jakarta dan Pelabuhan Ratu tahun lepas. Dapat jumpa sahabat lama dari Vietnam, juga Mbak Fanny.
      Oh Sukabumi tak jauh dari Pelabuhan Ratu ya. Kalau ke sana lagi, mungkin boleh jumpa Pak Asa dan keluarga.
      Ohh dibuat dari tepung tapioka ya mie yang kuning itu.

      Delete
  17. alhamdulillah...

    saya suka lihat kuih muih sana. cantik dan kemas bungkusannya

    ReplyDelete
  18. Aiiiish kak Mulan, tak berasa yaaaa itu tahun lalu 😍😍😄😄😄. Rinduuu juga baca ini. Datanglah lagi ke JKT kak... Kita cari tempat makan lain nanti 😄😄. Kakak bilang saja nak makan apa, saya cari yg sedap 😘. Ketemu kak Mulan walau pertama kali, tapi tak adalah rasa canggung. Kakak pun ramaaah sangat 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap saja sudah setahun kan Fanny. Memang mau ke Jakarta lagi Insyaa Allah. Boleh JJCM ke tempat lain pulak. 😍😍 Fanny juga memang sangat friendly macam sudah kenal lama 🥰🥰

      Delete
  19. Wah, beraninya, naik flight sorang-sorang ke oversea. Seronok, ada kawan-kawan baik dan akrab macam ni. Oh, rupanya pernah jumpa blogger Fanny.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth flight. Mula2 excited tapi bila sampai masa macam nervous pulak. Alhamdulillah ada kawan2 yang baik termasuk Fanny walaupun first time jumpa.

      Delete
  20. Seronoknya baca entri Mulan.
    Macam-macam kisahnya, meriah paparan makanannya walaupun sekadar throwback.
    Paling best kenangan jumpa blogger manis menawan adik Fanny!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok dapat jumpa kawan2 dan makan2 apalagi jumpa Fanny first time tu.

      Delete
  21. Aishhh... ni yang terasa nak berjalan ke Jakarta. Dalam wishlist juga ni.

    ReplyDelete
  22. Uishhh Jakarta... Seronok syurga membeli belah.. dpt jumpa kawan kawan lebih menyeronokkan 🤗

    ReplyDelete
  23. Byk sgt memborong tu smpai kat kaki pun penuh hihii.. kelakar tpi meriah dan seronok.. alhamdulillah semua nya smooth dipermudahkan urusan sehingga pulang ke airport.. 😊👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh dengan buah2 sayur2 nak bawa balik Jakarta. Alhamdulillah smooth dan seronok.

      Delete
  24. alhamdulillah..seronok nya dpt jalan2...makan mcm2 tu, meriah.. dpt jumpa Fanny lagi..seronoknya

    ReplyDelete
  25. Bestnya JJCM di Jakarta. Ala....entri ini buat rasa hendak ulang pergi Jakarta. Boleh naik Whoosh ke Bandung. Baliknya boleh naik Panoramic. Jakarta walaupun macet di sana sini tapi ada banyak makanan best. Harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Jakarta ni. Tu lah rasa nak pergi lagi, dah setahun ni. Whoosh pun belum naik, panoramic pun. Memang food sana best kan.

      Delete
  26. Jalan-jalan, makan-makan, setiap sudut Jakarta ada cerita

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com