Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Selasa, semalam. Beberapa hari lepas, plan naik ETS ke Ipoh. Hubby masih di Utara dengan geng sekolah nya. Dah lama kami geng minyak angin Kerteh, plan nak ke rumah Kak S, sambil JJCM di Ipoh. Tangguh2. Alhamdulillah ada yang free. Bertiga dengan An dan Ip + 2 anaknya. Both park kereta di rumah. Pukul 7am ke Putrajaya Sentral naik grab, untuk ke KL Sentral.
Memang plan sampai awal ke KL Sentral sebab nak breakfast. Siap makan terus ke train. Weekdays kan so tak ramai sangai. Train ke Ipoh pukul 8.55am. Sampai sana 11.25am macam tu.
View dari tingkap sebaik saja train bergerak.
Jalan2 intai koc sebelah.
Alhamdulillah sampai Ipoh. 2 jam 30 minit.
Depan kami ada Chinese ladies group (senior) pun nak ke Ipoh. Tapi bermalam 1 malam. Diorang bercerita ke sana sini, JJCM dengan kawan2 perempuan. Tapi tak lama, kalau lama sikit mesti ada suami masing2. Syok kan. Geng pencen. Healing dan healthy.
Beratur nak keluar.
Main lobby Stesen KTMB Ipoh. Menunggu Kak S datang nak ambil kami.
Cantik bangunan, terang cuaca.
BAKED MACARONI
Sampai je rumah Kak S, terus disuruh makan Baked Macaroni ni. Sedap. Kak S memang pandai dan rajin masak. Dulu di Kerteh, rumah kami menghadap dapur ke dapur. Walaupun jauh tapi kami boleh je borak ikut tingkap dapur. Tapi masa orang dah kerja lah. Berdengung2 suara kami berborak dan gelak. Perumahan dulu memang sunyi. Kami lah tarzan2 nya.
SOTONG SUMBAT SAMBAL.
Super sedap.
SIAKAP MASAK TEMPOYAK.
Sedap maattt.
AYAM GORENG BEREMPAH.
AIR SODA LEMON MINT SERAI SELASIH ASAM BOI.
Cuaca panas memang lah sedap.
Pinggan saya. Memang bertambah nasi nya. Macam biasa, mesti lah banjir.
PUDING PISANG PEACH.
Belajar dengan Kak S puding favorite anak solehah ni. Tapi semalam ada extra strawberry dan kiwi. Ada juga Kak S buat Mango Cheesecake tapi lupa snap foto.
Plan asal nak ke Cendol Abang Kacak dan makan Pasembor, cari dessert viral dll. Tapi bila dah duduk di meja dapur ni, tak habis2 cerita nya. Last2 memang kami tak keluar langsung, borak dan makan di meja ni. Asalnya nak hidang di meja ruang makan depan tapi kami kata, the best meja makan memang di dapur.
Macam2 cerita curah perasaan. Kawan kami An ni baru setahun kematian suami. Sharing proses nak settle harta pusaka dll. Moga dipermudah kan semua nya. Alhamdulillah setakat ni memang smooth.
Menarik pula tengok selasih melekat pada asam boi ni.
Moga ukhuwah kami kekal selamanya. Kalau di Kerteh dulu, tiap Selasa kami ber-gathering. Makan bawah pokok belakang rumah atas tikar paling best.
Balik tu, Kak S bekalkan macam2, Alhamdulillah rezeki. Train 6.35pm dari Ipoh.
Kalau weekend memang penuh ETS ni kan.
Alhamdulillah tiba tepat waktu nya, 6.35pm dari Ipoh. Sampai KL Sentral 9.05pm.
Naik train KL Transit ke Putrajaya Sentral. Alhamdulillah smooth semuanya. An dan Ip ni first time naik train KL Transit dan ETS ni. Alhamdulillah semua seronok especially anak2 Ip.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
Geng gossip di balik tingkap la ni ye 🤠alhamdulillah dapat jumpa kawan2 lama semula. Tertarik tengok puding tu, cantik macam kat kedai.
ReplyDeleteSaya pun tak pernah naim ets lagi. Berapa jam perjalanan ye dri KL ke ipoh?
Tak ada di balik tingkap pun, nak terkeluar muka kat tingkap borak jauh2 🤣🤣
DeleteAlhamdulillah memang seronok jumpa kawan2 curah perasaan dan membawang haha.
Puding tu memang cantik dan sedap
ETS ke Ipoh 2 jam 30 minit je.
1 day trip yg meaningful.. tersenyum lebar tgk menu-menu yg dihidangkan... save kan naik ETS ni kak, sy br pernah naik sekali ipoh-KL
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok sangat day trip ni. Menu memang awesome Kak S memang masak sedap2.
DeleteKL ke Ipoh boleh la day trip tapi kalau jauh sangat, suntuk masa tak syok.
wah pi ipoh balik hari je kalau saya tak cukup hari ni sebab ipoh banyak tempat boleh jjcm. Seronok ets tak ramai orang kalau weekend memang ramai le apa lagi kalau cuti
ReplyDeleteMemang tak cukup day trip ni tapi jalan je sebab ada kawan2 yang free. Weekend ETS memang padat lah kan
DeleteWah, seronoknya day trip ke Ipoh naik ETS. Saya dah lama rancang nak ke Ipoh naik ETS tapi tak tercapai lagi hasratnya. Kalau dari Seremban mesti 3 jam lebih. Lebih 1 jam daripada KL.
ReplyDeleteGeng minyak angin maksudnya? hihi..kurang faham tapi comel namanya tu. Alhamdulillah dapat berjumpa rakan lama, dijamu macam-macam makanan sedap. Dari pembuka Selera sampailah pemanis mulut. Siap ada bekal lagi tu. Begitulah kalau lama tak jumpa, bersembang tak sedar masa berlalu.
Saya pun tertarik dengan selasih melekat pada asam boi tu. Syukur perjalanan lancar dan selamat pergi dan balik ke Destinasi.
Memang seronok day trip ke Ipoh sebab 2jam 30minit saja. Kalau jauh tak cukup masa. Saja je bagi nama geng minyak angin ni, sebab kami ni ada few occasions yang berkaitan minyak dan angin hehe. Alhamdulillah memang seronok dapat jumpa kawan2 lama, apalagi Kak S yang masak sedap penuh semeja, siap tapau lagi sorang satu bag. Borak2 makan2 lagi seronok, cancel plan nak keluar cari cendol. Selasih pada asam boi tu menarik kan. Alhamdulillah smooth semuanya.
DeleteAllah permudahkan Alhamdulillah...
ReplyDeleteseronoknya kan walaupun jauh, bila berjumpa tu mesti rasa macam tak cukup je masa kan nak sembang...
Alhamdulillah memang seronok dapat jumpa borak makan sama2
DeleteSaya ada plan nak ke Ipoh, tp rencana naik bus dari KLIA. Kalo naik ets, memang hrs ke KL sentral ya kak? Kenapa naik bus, tadinya supaya mudah saja, landing pesawat langsung ke bawah KLIA, ambil bus dari sana.
ReplyDeleteLiat nantilah, bagus nya bagaimana 😄.
Sedap2 semuaaaa yg dihidangkan kawan kakak. Memang kalo dah pandai memasak, pasti spesial yg dibuat.
Tapi lihat selasih menempel di asam boi, aiiiih seram saya, macam ingat si covid 😅😅
Ya Fanny kalau ke Ipoh naik ETS mesti ke KL Sentral. Ada juga train dari KLIA terus ke KL Sentral. Kemudian tukar naik ETS ke Ipoh.
DeleteMemang sedap semuanya sebab dia pandai masak.😋😋
Haha ya betul ada serupa COVID kan.😄😄
Bestnya kak, ada geng jenjalan gini... naik ETS je tak payah sesusah nak drive kan santai-santai je.
ReplyDeleteMenu makanan sedapnya dengan air tu, musim panas ni tengok air tu memanggil2 sungguh
Alhamdulillah ada kawan yang free, ajak sangat naik train. Senang tak perlu drive kan.
DeleteMenu memang mantap dan sedap semuanya
Laaaa...x bagi tau..kalau tak boleh salam peluk laga2 pipi petang akak sampai tu...SA nyer ofice sebelah je...hehehe...next time kalau nak naik ETS hari biasa bagi tau erk...leh jumpa kejap kalau SA x meeting...sotong sumbat tu kak...ya allah nampak sedap betul...
ReplyDeleteIngat juga SA kerja dekat2 KL Sentral tapi masa nak pergi tu, masa suntuk.
DeleteHala balik hari dah malam sampai KL Sentral 9pm.
boleh pergi balik hari je ye kak..badan pun tak penat kan..
ReplyDeleteBalik hari naik train Alhamdulillah tak perlu drive, tak penat, tidur kekenyangan hehe.
DeleteCantik rumah Kak S. Sedap tengok puding pisang peach. Saya pernah naik ETS, dari Batu Gajah ke KL. Sekejap je sampai, dan cantik pemandangan di sesetengah tempat.
ReplyDeleteMemang cantik rumahnya, suami isteri suka menghias rumah. Puding Peach memang sedap. Batu Gajah dengan Ipoh, jauh satu stesen je. Betul ada tempat2 yang cantik pemandangannya.
DeleteAlhamdulilah sampai sekarang baiknya tu. Nampak makanan semua terliur pulak Mulan. Macam2 hidangan tu.
ReplyDeleteKerja berjalan je.... Jeles betul!
ReplyDelete