Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Esok hubby nak masuk laut lagi. Kita masak ikan lah untuk lunch hari ni.
Ikan ni lebih 6kg, hubby tangkap lepas Raya Haji. Paling besar tangkap katanya.
Hari tu lah dapat 3 ekor besar2 Alhamdulillah. Ikan2 ni semua kerja hubby lah. Dari tangkap, siang, potong, semua kerja dia. Besar2 ikan, tak padan tangan ma'am dia yang comel dan malas.
Bahagian isi ni, fillet kan sebelah. Marinate ikan dengan lemon dan bawang putih. Cairkan butter dengan bawang putih cincang. Letak ikan dan tabur chili flakes. Malas nak grill. Masak dalam periuk non stick, tutup supaya tak percik. Spesis malas lap dapur beria2.
Api jangan besar, supaya tak hangus cepat. Jangan terbalikkan selalu. Intai2 je jangan bagi hangus. Nanti pecah2 ikan ni kalau selalu terbalikkan.
Bila dah agak masak, letak sliced cheese.
Jumpa nasi putih dalam freezer. Buat Nasi Goreng Butter Garlic. Alah, cairkan butter, masukkan garlic cincang, kemudian nasi dan tabur mushroom powder. Kalau tak ada, letak garam sikit. Makan dengan apa2 sayur yang ada dalam fridge.
UDON & SUP GOCHUJANG
Minggu lepas, bila malas. Jumpa semua bahan2 berkenaan dan berkaitan dalam fridge. Celur udon. Tumis garlic cincang, masukkan air sikit & pes Gochujang. Bila menggelegak, masukkan fishcake, egg tofu, enoki mushroom, daishi (atau kiub bilis), hirisan tebal timun. Makan dengan telur rebus & seaweed flakes. Alhamdulillah.
MI GORENG LEMBIK
Banyak kali tengok mi goreng ni di blog kawan2 antaranya Suria Amanda. Jumpa mi kuning dalam freezer tapi yang dah dicelur. Patutnya mi kuning dibilas je. Tak apa, kita yang makan. Tumis garlic cincang, sedikit serbuk kari & ciliboh, masukkan ayam potong dadu (tak jumpa udang dalam freezer), kacau hingga ayam masak. Masukkan sawi, kicap pekat, sos cili, sos tiram, garam gula dan akhirnya mi kuning. Alhamdulillah anak soleh kata sedap.
SUP GEARBOX
Lunch berdua dengan hubby, minggu lepas. Dapat gearbox untuk bahagian korban. Masak dalam Noxxa HP45. Masukkan sekali rempah Sup Siam dan pes Sup Puteri Ayu, seperti di bawah.
Bila penutup Noxxa boleh dibuka, tukar setting ke STIR FRY. Biarkan sup menggelegak dan makin kurang, kemudian tambah apa yang kurang, ikut citarasa masing2.
Gearbox tak habis. Hubby kikis isi dan lemak.
Sup ada lagi.
WANTAN MEE SUP GEARBOX
Jumpa mee wantan dalam freezer. Hiris daun salad. Sekali dengan sup dan hirisan kikisan gearbox. Jadilah dinner untuk anak soleh balik kerja. Mak Pak dah kenyang.
BIHUN MIHUN GORENG + TELUR MATA + KEROPOK
Breakfast pagi semalam.
Bila travel, bermusafir kadang tak sempat masak. Di Putrajaya ada frozen food dari Kuantan, stock up siap2 senang nak makan, reheat je. Kadang masak juga yang simple2. Rindu masak2. Bila sempat atau ingat, dapat lah snap foto. Simpan untuk rujukan, bila tak ada idea.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.
Seronoknya saya tgk gmbr pelbagai juadah..semuanya sedap dan membuka selera..byk2 tu saya terliur udon dan soup tu
ReplyDeleteNasi goreng & filet ikan tu dah macam plating dekat hotel Kak!
ReplyDeleteSy pun smlm ada kuah sup daging, celur mee kuning jadilah mee sup :D
Ikan bayan ke tu Mulan? Teringat dulu waktu hayat FIL masih ada. Selalu arwah beli kepalanya, kadang berat satu kepala ikan tu mencecah 5 kg. MIL suka masak sambal Cocos style. Isi ikan ni putih dan lembut sangat kan.
ReplyDeleteBesarnya ikan tu macam sekampit beras! Dia warna biru2 macam ikan kat sabah pulak
ReplyDeleteRasa ikan besar ni mcm isi dory ke?
Bestnya, dapat makan ikan segar dari laut. Ikan besar macam susah sikit nak siang, kan.
ReplyDeleteSuka tengok gambar hidangan, nampak sedap belaka. Tak pernah masak ikan letak cheese kat atas.
Terus lapar kita masuk sini tengok olahan makanan sedap-sedap yang jarang kita dapat makan. Seronoknya sekali kelaut dapat ikan besar macam tu. Macam pernah tengok ikannya. Nama tu memang tak tahu lah. Tapi comel rupa parasnya. Jadikan ikan hiasan cantik. hihi...
ReplyDeleteSenang kerja kita tinggal masak kan je. Tambah pulak dah di fillet kan. Senang makan pun. Masak begitu pun dah sedap.
Untung ada noxxa, senang kerja memasak daging. Bagus juga kan ada stock lauk di frozenkan, jimat masa memasak. Reheat je sudah.