Thursday, October 24, 2024

LEMAK MANIS ALA AMBOI AMBOI.


Subhanallah cantiknya sunset. Me - driver on duty lagi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.

Ahad petang kan baru sampai dari KL. Isnin pagi macam biasa settlekan banyak hal2 rumah. Baru nak duduk sekejap sebelum Zohor, hubby hantar mesej. 

"Kemas baju, petang ni pi KL, esok lusa (Selasa/Rabu) ada meeting di KL. Banyak kerja now, tak boleh pergi awal. After 5pm camtu. Rabu petang balik after 5pm".

Jom kita nyanyi...

Lemak manis, alah, amboi-amboi
Santan kelapa, alah, amboi-amboi
Kupandanglah manis, alah, amboi-amboi
Anak siapa.....


Alhamdulillah kereta tak banyak, tak hujan. Kita tekan minyak lebih sikit 140-150/160. Hubby tak komplen, tak apa, lagipun dia zzzzzz penat balik kerja. Sampai KL, dia nak ke Kg Baru lagi untuk dinner, memang lapar jugak. 


Hasrat nak ke WANJO tapi ramainya orang. Hubby kata masuk KAK SOM je lah sebab tak ramai.


SOMTAM & PULUT MANGGA. 
Yang favorite ni jugak la kami order. Nak order lebih, tapi tengok PULUT MANGGA tu banyak betul. Sesungguhnya, memang kenyang + CARROT SUSU & lupa hubby order air apa. 


Antara juadah lain di KEDAI KAK SOM.


Ada juga MEE CELUP dll. Di kedai lain sepanjang jalan, ada makanan yang tersiap bungkusnya. Grab, Pay and Go. Ada LATOK, PULUT MANGGA, KERABU MAGGI kot. Semua nampak sedap. Hubby beli LATOK untuk tapau. Sedap.


SELASA pagi 6.20am. Brisk walk @ KLCC PARK.


Awalnya sudah berkerja. Crane dah bergerak.



BANGGA sebagai rakyat MALAYSIA, macam biasa. Selasa pagi tu, hubby kata maybe boleh balik sebab meeting hari RABU tak perlu attend. Yeyy. 


Sunset dari bilik, HOTEL PERDANA. Dulunya PNB & SIME DARBY PARK. 

Patutnya balik Selasa petang tapi paginya pukul 9am, hubby call kata, meeting RABU kena attend. Okidoki. Tak apa sebab memang tak ada plan nak ke mana2. Layan drama, movie kat bilik je. Penat ulang alik ni, pack unpack. Santai2 di bilik je.


RABU pagi. 


Cantik bulan. Subhanallah.


Breakfast. Tunggu telur mata.


ROTI BAKAR + TELUR MATA + SAMBAL NASI LEMAK. Sedap tau. Oat, buah, yogurt semangkuk kecik, ambil kemudian + CAPPUCCINO. Alhamdulillah kenyang.


Nak check out 12pm. Babai KL.


CAFE JELIRO SENGOTI.

Singgah sini lagi. Order DAGING PEKASAM & IKAN BEKOK (thanks Mama Tisya), SUP PERUT lambat sampai, lupa snap foto. Sedap. TELUR SOTONG pulak tak ada.


Driver on duty lagi. Halfway je lah sebab mengantuk, menahan mata. Terang cuacanya Alhamdulillah smooth semuanya.

40 comments:

  1. Alaaaa...akak dah balik...next time kalau datang lagi bg tau ye..boleh lunch sama..jumpa kat mana- mana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Insyaa Allah. Office SA kat mana ya.

      Delete
  2. bestnya dpt mkn2 sambil jd peneman mr hubby gi keje outstation tu...err tajuk entry ni buatkan i terus ternyanyi hahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan peneman sangat 😄😄 ni driver lah MZ. Ya betul boleh la JJCM jugak. Pergi KL ni macam pergi oversea.

      Delete
  3. Sis, nak tanya cafe jeliro tu belakang kedai tayar tu ke? Semalam cuba singgah..abang gebu kata mana ada kedai makan..kedai tayar ada la..walaupun signboard depan mata..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe Jeliro ni dalam kawasan kedai tayar, betul2 depan tu je. Selindung sikit. Tapi kena park kereta di luar, tepi main road. Memang orang tak akan perasan. Kiranya masuk pagar kedai tayar, kanan tu je. Bukan belakang tapi depan. Terlindung dari luar tapi kalau kalau jalan kaki masuk pagar kedai tayar, memang nampak terus cafe ni.

      Delete
  4. Baca tajuk terus rasa nak berjoget!
    Untung suaminya ada driver buat sementara.... Boleh berehat seketika.
    Tengok gambar segala makanan memang nak tenung lama-lama. Semuanya sedap belaka!
    Sempat brisk walk juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lemah longlai dapat message tu, penat tak habis lagi hehe. Alhamdulillah moga sihat dapat berbakti pada dia.
      Makanan memang best ditenung2 rasa macam ehh nak je makan, kan hehe.
      Kalau sempat memang hubby ajak brisk walk.

      Delete
  5. Yg membaca ni pun rasa kalut Kak ahahaha...
    Ke sana ke sini, jap kata ada meeting jap takde pulak haha..
    Tp yg penting kita enjoy je Kak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah penat tak habis tapi tak apa dah biasa dari dulu. Insyaa Allah ok.
      Ya kena sentiasa rasa enjoy.

      Delete
  6. W'salam kak..
    Hotel Perdana mengimbau kenangan lama masa bekerja di Menara Citibank, during lunch hour mesti pergi PNB Darby Park.. Cantik sungguh gambar akak ambil, sharp. Oh ya tak dapat masuk kedai Wanjo pun takpe sebab makanan di Kedai Kak Som pun tak mengecewakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Citibank depan tu je kan dulu. Alaa snap biasa je. Kena statik se statiknya kata anak solehah nak dapat foto elok katanya. Betul sedap kedai Kak Som tu.

      Delete
  7. Aaahhh menyesal saya tak mampir ke kak som waktu itu. Tadinya dah tertarik nak makan di kak som, Krn saya lihat ada jual laksam . Tp adik saya prefer wanjo pula. 😄. Next lah, nak coba kak som. Saya sekali coba laksam, di two sons KLCC, langsung addict rasanya 🤣😄. Sukaaaa sangat.

    Cantiik betul foto2 yg kakak ambil. Saya jarang ambil foto twin tower di saat malam. Selalu ketika terang.

    Road trip begini saya sukaa sebenarnya. Walaupun tujuan untuk kerja, tp bisa sekalian jalan2. Dah lama tak road trip. Tak sabar dec, sebelum ke Vietnam nak road trip dari JKT - Surabaya Krn sepupu nikah. Dah excited sangat saya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny boleh cuba lain kali di Kak Som. Wanjo akan kami cuba next time juga.
      Kalau ambil gambar, kata anak solehah mummy don't move. Jangan gerak2 supaya foto dapat cantik dan sharp. Ambil banyak Dan pilih 😄😄

      Dulu tak boleh ikut sebab anak2 sekolah. Sekarang semua di kolej, so ikut saja dan tolong drive. Kesian hubby penat.

      Delete
  8. Riang gembira sampai menyanyi nyanyi hahaha.. okla . kak som di kg baru tak pernah try lagi. Jrng masuk KL dah semenjak dua menjak ni huhuu.. saya pun kalau nak bawa laju mmg kena tunggu org rumah tidur.. barulah senng dah layan pemanduan hahaha.. especially kalau nak bawa lebih 150 hiihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyanyi sambil pasrah, penat tak habis lagi. Insyaa Allah layan je lah schedule kerja dia, pastu mintak allowance kan 😄😄😄

      Delete
    2. Betul betul kena minta allowance :D

      Delete
    3. Hehe kena lah ada Alhamdulillah:)

      Delete
  9. MasyaAllah cantik warna langit sunset.

    Untung suami, ada driver. Saya cuma mampu jadi peneman je kalau ke mana-mana 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Memang suka tengok langit,
      Kalau tak drive, nanti kena stop bagi dia short nap. Lambat sampai so kita drive jugak lah.
      Kadang dia acah2 tidur biar kita drive. 😄😄😄

      Delete
  10. Ai? Bunyalah banyak pilihan... sarapan roti bakar telur mata je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang suka roti, tak kira lah kawan dengan apa2 pun hehe.

      Delete
  11. Subhanallah cantik sungguh view langit tu .. CCL suka tengok ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita memang suka sangat tengok langit.

      Delete
  12. nampaknya restoran Kelantan ada di mana2 di KL tu. mesti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah restoran lain2 pun ada di mana2 di KL, Insyaa Allah semua sedap.

      Delete
  13. wahhhh banyak juga eh pilihan makanan kat kak som tu
    boleh singgah nanti

    ReplyDelete
  14. ooo dah tukar nama rupanya hotel ni...
    jgn tersalah dgn hotel perdana kat KB tu ya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama nama dan management kot, tapi lain lokasi hehe

      Delete
  15. ooh psl gmbr zoom bulan yg cikkak terpesona dlm blog wak tuh sbnrnye wak pakai hp huawei p40 pro je., cubalah google, dia punye camera leh zoom 50x., tp tu hp lama., hp huawei skrg p70 pura tu leh zoom 100x kot., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, tapi memang cantik sangat gambar bulan tu Wak. Thanks for sharing.

      Delete
  16. Pulut mangga tu kegemaran Dania. Cantiknya gambar sunset dari bilik Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun memang suka pulut mangga ni. Hari tu memang cantik sunset nya.

      Delete
  17. sedapnya tgk pulut mangga tu...lama btul tk mkn dessert fav tu.....cafe jeliro sengoti dkt gk la area umh..pernh mkn byk kali juga...Ikan bekok namanya bkn ikan bekap......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut mangga memang sedap kan. Ohh tq tq ikan bekok ya.

      Delete
  18. Mbak...foto-fotonya cantik cantik... Foto-foto bangunan, foto-foto suasana lingkungan dan foto-foto makanannya...
    Selamat dan lancar dalam perjalanan ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak. Terima kasih. Hujung minggu yang padat tapi seronok dengan saudara mara dan makan2

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com