Tuesday, February 14, 2023

DAY 7 : ANTALYA - PAMUKKALE, TURKIYE

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Throwback trip pada December 2022.

PRAY FOR TURKIYE & SYRIA. 



PRAY FOR TURKIYE. Innalillahi wa inna ilaihii rooji'un.

Moga dipermudah kan segala urusan di sana.


Breakfast di Antalya yang sangat sedap. Alhamdulillah. Macam2 cheese ada. 6-7 jenis, atau lebih rasanya.


Lepas breakfast terus check out. Jalan2 kota Antalya. 


Tepi laut yang cantik.


Sunrise yang sangat cantik Subhanallah.


Alhamdulillah cuaca cantik.


One for the album, not one lah, beribu foto. Gule gule Antalya. (Byebye)


Tak jauh, kami singgah DUDEN WATERFALLS.

Air terjun yang dibentuk oleh air stesen kitar semula, UPPER DUDEN & LOWER DUDEN WATERFALLS terletak 12 kilometer timur laut Antalya yang mana berakhirnya ke perairan Lower Düden Falls jatuh dari tebing berbatu terus ke Laut Mediterranean.


Kami di UPPER DUDEN WATERFALLS.


Ada trek untuk ke berjalan melalui batu seakan gua, melewati belakang air terjun.


Subhanallah cantik nya.


Kami sebelumnya, di belakang air terjun nun di sana.


Air terjun yang akan mengalir ke LOWER DUDEN WATERFALLS. Kuat arusnya.

Subhanallah cantik.


Cantik airnya.


Delima yang super manis. KUMQUAT (oren kecik) katanya akak yang jual, Portugal orange. Oren yang boleh dimakan terus dengan kulit. Isinya masam, kulitnya manis. Menyesal tak beli lebih. Sedap sangat.


Till we meet again. Gule gule DUDEN WATERFALLS.


To next destination.


PAMUKKALE. Alhamdulillah smooth 240km.


Cantik kan hotel ni.


Suka surrounding nya.


Cosy dan tak besar property ni.


Bilik kami berempat. Sejuk Pamukkale ni walaupun cuaca terang. Check in dan solat.


Next ke HIERAPOLIS. Dekat je dengan hotel tapi drive jugak. Tinggi tempat nya.

Kota Hierapolis ni terletak di kawasan mata air panas di Phrygia di Anatolia barat daya, kira-kira 20 kilometer (km) sebelah utara Denizli, berupakan tinggalan kota tua zaman Rom yang dibangunkan pada abad ke-2 sebelum masihi (SM) antara kawasan tarikan pelancong dunia.

Walaupun berlaku gempa bumi dan beberapa bahagian bangunan runtuh, masih terdapat sisa bangunan yang boleh dilihat dan menggambarkan kemegahan senibina lama zaman itu. UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Muzium Arkeologi Warisan Dunia pada tahun 1988.

Kota ini dianggap sebuah “Kota Suci” yang terletak di Pamukkale, pada awal abad ke-3 SM sebagai sebuah kuil yang dibangun oleh orang Phrygia di lokasi tersebut untuk didedikasikan kepada Hieron, kemudian menjadi Hierapolis pada abad ke-2 SM,

Hierapolis kemudian dibangunkan menjadi tempat spa (bahasa latin – solus per aqua atau sante per aqua) yang dipersembahkan kepada Raja Pergamon, Eumenes II.

Sebahagian percaya bahawa nama Hierapolis diambil dari kuil Hieron yang dibina di tempat tersebut dan ada yang pendapat, nama Hierapolis diambil sempena menghormati nama Hiera, isteri Telephos, yang telah mendirikan dinasti Attalid. (sahihdotcomdotmy)


Pamukkale , bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turki , ialah tapak semula jadi di Wilayah Denizli di barat daya Turki . Kawasan ini terkenal dengan mineral karbonat yang ditinggalkan oleh aliran air mata air terma. Ia terletak di rantau Aegean Dalaman Turki , di lembah Sungai Menderes , yang mempunyai iklim sederhana sepanjang tahun. (Wikipedia)


Teres di Pamukkale diperbuat daripada travertine , batu sedimen yang dimendapkan oleh air mineral dari mata air panas. [1] Di kawasan ini, terdapat 17 mata air panas dengan suhu antara 35 °C (95 °F) hingga 100 °C (212 °F). (Wikipedia)


Kalsium karbonat dimendapkan oleh air sebagai gel lembutyang akhirnya mengkristal menjadi travertine. (Wikipedia)


Walaupun cuaca sejuk namun air di kolam hangat bila dijejakkan kaki ke dalamnya.


Masing2 tak lepaskan peluang.


Alhamdulillah cuaca cantik.


Satu untuk album, banyak sebenar nya hehe.


Kami teruskan hiking. Kalau ikut pakej, disediakan shuttle bus. Tapi tak tinggi mana. Ramai yang berjalan. Cuaca sejuk sangat santai.


Rehat sambil menikmati pemandangan yang sangat awesome. 


TEATER HIERAPOLIS

Teater itu mungkin dibina di bawah pemerintahan Hadrian selepas gempa bumi 60 AD.  Muka bangunan adalah 300 kaki (91 m) panjang, tahap penuhnya kekal berdiri. Di dalam gua terdapat 50 baris tempat duduk yang dibahagikan kepada tujuh bahagian dengan lapan tangga perantaraan. Diazoma , yang membahagikan gua kepada dua, dimasuki oleh dua laluan berkubah (vomitoria ) . Terdapat logi Imperial di tengah-tengah gua dan dinding setinggi 6 kaki (1.83 m) mengelilingi orkestra.

Auditorium itu juga telah dibina semula, menggantikan tempat duduk batu kapur purba dengan yang lain dalam marmar, dan merealisasikan podium tinggi di orkestra untuk menyesuaikan bangunan dengan organisasi venationes dan sekolah gladiator. (Wikipedia)


Menanti sunset.


Satu untuk album.


Subhanallah cantik.


Time to go.


Singgah lagi. Last but not least. Memang tak puas.


Salah satu binaan di Hierapolis. Lupa nama nya. Awal masuk tak ingat nak snap gambar. Bila dah turun nak balik, hari dah gelap hehe.


View dari dalam kereta, turun bukit dari Hierapolis.


Balik dari Hierapolis memang lapar sebab belum lunch. Makan snacks biscuits je sebab tak rasa lapar sangat. Jalan2 bandar berdekatan, jumpa kedai PIDE. Pide ni macam pizza tapi nipis & berbentuk perahu panjang. Tapi selalunya dipotong sebelum dihidangkan. Order 4 jenis, semua sedap. Sekali dengan salad + dressing pomegranate juice, macam cuka pun ya. Wahh sedap, first time rasa. 

Istanbul - Ankara : 450km

Ankara - Cappadocia: 350km

Cappadocia - Konya: 280km

Konya - Antalya: 300km

Antalya - Pamukkale: 240km

TOTAL : 1700km ++

Alhamdulillah smooth semuanya.

4 comments:

  1. mashaAllah cantiknyaaa gambarr! terpana zaty dibuatnya

    ReplyDelete
  2. zaty: Subhanallah memang cantik sangat. Tq singgah :)

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.
    Bagaimanalah keadaanya sekarang selepas gempa bumi

    ReplyDelete
  4. Mrs A: Mmg cantik bumi Turkiye Subhanallah. Semoga dipermudahkan segala urusan di sana selepas gempa

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com