Tuesday, May 24, 2022

Salam Aidil Fitri.

Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.  



Seronok sangat raya tahun ni. 1 Syawal di Putrajaya, 2 Syawal di Kuantan, 3 Syawal di Manjung/Selama Perak, 4 Syawal di Putrajaya dan lastnya 7 Syawal balik Kuantan.

Biarpun beraya dengan pipi yang bengkak, namun tetap meriah. 1 Mei (29 Ramadhan) terpaksa juga cari dentist nak cabut geraham. Alhamdulillah ada 1 dentist yang bukak di Presint 8, Putrajaya, lepas call 6 lain yang tutup. Harapan 30 Ramadhan boleh lagi rest namun tiada harapan, 30 Ramadhan adalah 1 Syawal. Alhamdulillah sebelum ke dentist dah siap bawa keluar ayam, hasrat nak masak pelan2 & bekukan. Balik dari dentist memang terguling tidur 2 jam. Sebelum iftar dalam pukul 6pm tu, pelan2 masak nasi impit dalam Noxxa, bawak siap dari Kuantan. Bila P/Mohor announce esoknya Raya, maka pelan2 jugak la masak rendang dalam Noxxa. Alhamdulillah mudah semuanya dengan Noxxa. Kecoh raya namun meriah semuanya..!!! 

2 comments:

Hanis Amanina said...

wow jauhnyaaa berjalan rayaaa hehe
Putrajaya --> Kuantan --> Manjung

m.u.l.a.n said...

Nina: Hehe semua raya sakan tahun ni

:: POPULAR POSTS ::