Monday, February 07, 2022

PEKAN SARI TEMERLOH

Bila dah tinggal berdua, senang nak menyinggah ke sana sini. On the way balik Kuantan hari Ahad semalam, dapat melencong ke Temerloh. Apa lagi ke Pekan Sari lah kita. First time..!! Sejak pindah Kuantan tahun lepas, sebab PKP juga, tak berkesempatan kami. Alhamdulillah kali ni diizinkan. 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 


Kuih 3 Beradik. Pepena, Badak Kubang & Dodol Kukus. Memang wajib beli, sedap sangat. Asal dari Chenor/Maran & Temerloh.


Jering (Mentah & Rebus), Kerdas, Kulat Sisir, Petai


Jering Rebus & Kelapa Parut. Dalam kereta habis terus, memang sedap.


Patin Pekasam. 


Halwa Abu/ Luwer Abu. Favourite dari kecik. Memang sedap. 
Resepi KLIK SINI


Macam-macam spesis ikan sungai dari Sungai Pahang.


Kuih Dangai. Sedap.


Buah Kulim & Buah Keranji. Pakcik tu kata Buah Kulim boleh buat ulam, banyak khasiat untuk kesihatan. Lama sungguh tak jumpa Buah Keranji.


Alhamdulillah cuaca cantik sangat.


Dari dulu kami panggil Pekan Sari.


Patin Salai. Sedap sangat buat masak lemak.


Kopi kisar di pekan sari ni je. Frust sebab lupa beli.


Kulat Sisir & Emping. 


Jeruk Maman, Kerdas, Jering.


Keropok Jering sedap seakan Keropok Binjai. Makan habis sepeket, kami beli lagi memang sedap.


Rebung, Tapai Ubi, Kerdas.


Selesai di Pekan Sari kami patah balik ke area Bangau untuk lunch (brunch sebenarnya) Patin Tempoyak. Kg Bangau ni tepi Sungai Pahang, syok. 11.45 pagi tak ramai yang makan nasi lagi so memang aman damai lah.


Saya punya. Banjir macam biasa, kena makan guna sudu. Kalau takde orang, mau hirup je dari pinggan tu haha. Kat rumah boleh la yek.


Siap makan, kami singgah LAMAN SAKINAH di Mentakab, tak jauh pun dari Bangau/exit tol Temerloh.

Ownernya senior masa di sekolah menengah. Memang cantik dekat Sungai Semantan. Nature. 

Bed & Breakfast. Boleh cari di FB Laman Sakinah. Ramai yang datang booking & stay sini, geng2 basikal sebab Wak Din boleh bawak route berbasikal menghulu atau menghilir. Cool..!!

Alhamdulillah smooth trip yang dah lama diimpikan. Barang dagangan, banyak dari plan asal namun masih ada yang terlupa beli. Next time Insya Allah. Hehe.

3 comments:

aizamia3 said...

Tengok semua hasil jualan boleh rambang jadinya.
Kulat sisir, jering, kerdas, kuah keranji.. owh.. sedapnya..

Warisan Petani said...

Banyak yang rare hasil jualannya

m.u.l.a.n said...

Aizamia: Memang rambang mata, geram tgk semua.. Nak repeat tapi tak sempat lagi hehe

Warisan Petani: Lain tempat lain hasilnya tapi semua memang best kan.

:: POPULAR POSTS ::