Sunday, January 24, 2021

FROZEN MEALS & MISI MERENTAS NEGERI..

 Alhamdulillah selamat sampai Kerteh. Road block pun smooth.. Bawa anak solehah untuk kelas bersemuka, calon SPM 2020. Kesian nak tukarkan sekolah. Dah lah postpone berkali2 SPM nya. Sebulan je pun. Tinggallah daddy & anak soleh berdua..


Jumaat petang, siap2 bersilat di dapur. Stok untuk the boys. Frozen pratha/capati ada. Wraps ada. Roti boleh beli, nasi masak lah sendiri. Macaroni tu rebus dalam Noxxa, malas nak bagi diorang handle. Senang nanti, nak buat Mac & Cheese ke, makan dengan Bolognese ke, nak buat Aglio e Olio ke. Sambal Nasi Lemak & Kimchi masih ada dalam peti.


Dah sejuk, siap2 masukkan dalam bekas. Agak2 lah untuk dua beranak, pandai2 lah kan hehe.


MME KARI. Lunch Sabtu/semalam, nak habiskan sawi & mee kuning yg lama dalam peti. Yummeeehh lama tak buat. Lepas 2 minggu pindah baru lah mood memasak sampai dengan lengkap. Kalau tak, masak cincai2 je. Pening barang belum kemas masa tu. Ni pun ada lagi belum final kemas tapi dah roughly sorok sana sini ok lah dulu. Pindah randah ni memang banyak fasa nya. Ni dah ke Kerteh pulak teman kan anak solehah masuk sekolah. Weekend kami balik Kuantan lah. Sewa homestay kawan.


Lengang betul jalan di Kerteh. Cuaca pun mendung, hujan jugak.


Mesra Mall, woaahhh lengang sungguh. Scary je tengok. Cepat2 beli barang and keluar.

Moga dipermudhkan semua urusan kita. Take care, stay safe & stay home semua. 

8 comments:

  1. akak dah pindah kuantan yek tak duduk kerteh lagi... lapang je tengok mesra mall tu kalau tidak sentiasa ramai orang

    ReplyDelete
  2. Scary pula tengok mall takde orang.

    ReplyDelete
  3. agak2 abis x frozen meal tu?����

    ReplyDelete
  4. Dana: Ya Dana dekat je pindahnya. Takut rasa masuk mall kosong

    Mama Tisya: Buat yg semua makan, senang utk hubby & anak

    DarlingPya: Kann, cepat2 kami keluar

    Anies: Tak akan habis tu, sbb banyak jugak. Kadang order jugak tu haha. Selang2 order hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu hidangan ni kak. Senang tapau dalam tupperware macam ni siap-siap

    ReplyDelete
  6. Moga calon SPM 2020 dipermudahkan ketika menjawab soalan. Anak saya pulak calon SPM 2021

    ReplyDelete
  7. Fiza: Senang kalau nak reheat utk sekali makan jugak.. Masak apa yg senang & semua makan hehe

    Aiza: Aamiin.. All the best utk anak Aizamiza jgk ya, moga dipermudah semua nya..

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com