Monday, October 19, 2020

FROM THE KITCHEN..

Salam & stay safe semua... Jumlah kes makin meningkat. Manfaatkan masa di rumah, apa lagi, masak2 lah kita. 


Satu adunan kek tapi dapat buat 4 jenis. Pisang, Matcha/Green Tea, Sunquik & Coffee 3 in 1. Semuanya marble.


Merasmikan loyang yang order sebelum PKP tapi dapat lepas PKP. Memang tak bagi seller pos awal, kesian staff dia nanti. 


Alhamdulillah elok jadinya. Resepi saya share di bawah nanti scroll ya..


Jumpa minced ayam & daging yg dikisar 2 bulan dulu. Bukan yang siap proses tu, saya guna Food Processor untuk kisar isi ayam/daging. Sedap buat sendiri.


Bun pun saya buat sendiri. Nak kan lagi hitam tapi tak jadi. Takut nak letak banyak coloring, tak elok kan.

RESEPI BUN:

 2 1/2 cawan tepung (tepung roti pun boleh)
11g yis
1 telur
1/2 suduteh garam
1 sudubesar gula

Masukkan semua dalam FP, tekan pulse sebentar

1/2 cawan air suam (susu suam pun boleh) 
1 suduteh butter

Masukkan dalam FP & uli hingga jadi doh. Tambah air sikit2 kalau terlalu keras. Tambah tepung sikit2 kalau terlalu lembut. Letak doh dalam mangkuk & tutup, biar doh naik. Bila doh telah naik, bahagi pada 6 bahagian. Saya gunakan loyang saiz 5" untuk jadikan bun. Biar doh naik, bakar hingga masak.


RESEPI BURGER PATTIES :

1 cawan minced chicken/daging
1 suduteh Onion powder
1/2 suduteh Black pepper
Garam
1 suduteh Mixed Herbs
1 Telur
1/2 cawan Breadcrumbs
1/4 cawan Parmesan Cheese

Sukatan memang agak2 saja, boleh ditambah/kurang secukup rasa.


Lama tak makan Wantan. Kulit Wantan ada lagi yang dibeli di Mydin USJ awal tahun. Makan dengan Mee Wantan Goreng (letak kicap, oyster sauce & sesame oil)


BAHAN-BAHAN :

1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
4 garlic
Segenggam daun sup
6 shitake mushroom
1/2 suduteh white pepper
Garam secukup rasa
1 carrot
1 telur
1 suduteh sesame oil

Kisar semua dalam food processor. Boleh dincincang halus atau ditumbuk.


Goreng sebahagiannya. Lebih masuk freezer.


Dah lama idam nak makan MATCHA/GREEN TEA MARBLE CAKE


RESEPI MATCHA MARBLE CAKE

BAHAN-BAHAN: 

1 cawan butter
1 cawan gula
5 telur
1 suduteh vanila
2 cawan tepung
1 suduteh baking powder
1/3 cawan susu fresh

CARA :

Pukul butter & gula. Masukkan telur sebiji sebiji then vanila. Ayak tepung dengan baking powder. Masukkan adunan tepung berselang seli dgn susu. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu dibancuh dengan Matcha Powder, satu lagi dengan serbuk koko. Chocolate Paste, Mocha paste dll boleh je nak guna. Tuang selang seli dalam loyang apa2 bentuk pun. Bakar, ikut suhu & masa oven masing2.
Resipi yang sama untuk 4 kek mini di atas. Flavour lain2. 

4 comments:

  1. Kagum dengan semua hasilnya kak. Marble matcha tu buat rasa teringin nak makan. Matcha my fav :)

    ReplyDelete
  2. nak cedok resepi wantan tu kak.. nakkkk cubaaaa hehe..

    ReplyDelete
  3. Wah cantik saya tengok gambar pertama tadi ingatkan donut dari Mr. Donut di Japan.

    ReplyDelete
  4. Fizah: Sama, kita pun suka matcha..

    Siti: Buat la senang je

    Tukang Kebun: Ya macam donut jugak kan

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com