Thursday, August 13, 2020

RAYA AIDIL ADHA & SILATURRAHIM

Throwback Raya baru ni.. Kami balik beraya di Taiping, juga pulang ke kampung suami di Selama. Terpegun dgn rumah peninggalan Tok Chey yg baru dicat sebahagiannya.. Cantik kan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Rumah di Perak ni memang cantik design, ada ruang di bawah rumah yg tinggi. Jadi tempat lepak, makan dll..


Projek mengecat belum selesai..


Beraya dgn family member baru dari Canada. Welcome to the clan, Nathalie..


Meraikan perkenalan dgn sahabat tetangga yang baru.. Alhamdulillah.


Ke Kuantan weekend lepas. Berusaha ke MUSTAFA CENDOL. Tempat dating zaman silam haha..


ROTI LELEH BANJIR @ KAFE KAK YAH, KERTEH.. Hubby promo dah setahun lebih, baru last weekend dapat rasa.. Roti Canai + Kari + Sambal Nasi Lemak + Serunding + 2 Telur Goyang. Prrgghhh memang sedap rupanya.. Banjir kolesterol jugak ni tapi takpe bukan selalu..


Kadang memang tepu nak masak apa. Lagi2 di Kerteh ni tempat makan sangat limited. Kepala Ikan yg hubby tangkap banyak lagi. So masak KARI KEPALA IKAN.. Pekena dgn AYAM TANDOORI, TELUR SAMBAL, TENGGIRI GORENG BEREMPAH, KOBIS & KACANG GORENG, PAPEDUM & RASAM.. Mintak hubby ke rumah Kak Su belakang rumah, capai daun pisang. Kak Su dah pindah KL, yg tinggal hanya lah pokok pisang..


RASAM yg dalam gelas tu. Masam & berempah.. Sedap..



Alhamdulillah..

Allahumma al himni rushdi.. Wa a-izni min sharri nafsi..

6 comments:

norhidana said...

kepala ikan tu wallah... sedap menggoda nampaknya

Darling Pya said...

cantik nye rumah

uncle gedek said...

Suka betol kalau rumah papan warna hitam... dah jarang dapat jumpa!

m.u.l.a.n said...

Dana: Memang sedapppp Alhamdulillah sbb ikan fresh

DarlingPya: Rumah lama tradisional mmg cantik kan

Uncle Gedek: Betul payah nak jumpa dah

Azhafizah MN said...

Cantiknya. Masih ada rumah kampung yang masih kukuh didiami. Rindu rumah kampung papan yang lama. Mostly rumah kampung sekarang dah bertukar rumah batu

m.u.l.a.n said...

Fizah: Ada lagi tapi sayang kan kalau jadi rumah batu