Alhamdulillah berjaya buat Baked Pasta dlm Noxxa.
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah..
Alhamdulillah cantik berdiri gagah. Sebelum ni bakar dalam oven lama sangat & bahagian tengah selalu lembut lagi..
Alhamdulillah sangat seronok sebab jadi, mudah sangat..
Selepas dipotong..
RESIPI:-
200-250gm pasta
4 cawan air
1 suduteh minyak
Rebus semua di atas dlm Noxxa HP5-6. Keluarkan dan tos bila telah masak. Jirus dengan air biasa supaya tak lekat..
1 bawang besar didadu
3 sudu besar Serbuk Kari
400gm daging kisar/cincang
(bersamaan 1 peket kecil Ramly)
1/2 Capsicum didadu
4 sudu besar Sos Tomato
Garam Gula
Stir fry dlm Noxxa bawang besar yg telah didadu. Masukkan serbuk kari & kemudian bahan lain, dimasak hingga daging empuk & agak kering tapi jgn terlalu kering. Keluarkan dari periuk Noxxa. Lap kan periuk dgn tisu. Lengserkan sikit dgn minyak masak.
6 biji telur
1/2 cawan susu segar
Garam
Serbuk Lada Putih
Gaulkan pasta, daging yg telah dimasak serta bahan telur di atas dlm satu bekas. Tuangkan dlm periuk Noxxa. Tabur Daun Saderi cincang & Bawang Goreng. Steam dgn Noxxa selama 11-12 minit. Tadi eksperimen 7 minit dulu, later tgk tak masak so tambah 5 minit lagi.. Alhamdulillah masak sepenuhnya lepas tu.
aduuuus meleleh ailio tengok makanan pepagi hehehe.. sedapnyaaa =D
ReplyDeleteSiti: Buat lah Siti, senang je ni :)
ReplyDeletesedapnyaa
ReplyDeleteRaydah: Alhamdulillah boleh la makan hehe
ReplyDelete