Thursday, November 26, 2015

UPSR KINI..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 

Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Syukur pada Yang Maha Esa atas segala nikmatnya.. Alhamdulillah Marsha dapat 4A 1B baru ni.. She's ok & can take it walaupun dia antara 3/29 yang tak dapat 5A dalam kelasnya, also her school yang terbaik dalam negeri.. Top & pecah segala rekod la kiranya tahun ni untuk sekolah ni.. Alhamdulillah very happy for the school..

Told her she did great & no matter how hard dia dah cuba, semuanya adalah nikmat dari Allah.. Entah la, tak ada rasa frust sikit pun dgn result dia.. Maybe sebab tak nak dia masuk asrama haha.. Cuma terkesan dengan cerita dia, kawan2 dapat hadiah that cost ribu2. Ada dapai Iphone more expensive than yours mummy. Haha tak apa mummy memang guna hp secondhand dari daddy je. Kena jugak keluar parents group kelas dulu sebab takut dia baca wsapps macam2 dari parents lain atas achievement anak masing2. Takut dia down je.

Ya lah kan. Lain orang lain caranya. Siapa tak happy anak dapat 5A. Tapi kami memang tak pernah janjikan apa2 hadiah kalau dia dapat 5A pun. Tak nak ajar sebegitu. Dia ok sebab Hari Anugerah Sekolah dapat 5 kali naik stage, antara yang terbanyak lah tu. Proud of her sebab habis UPSR pun masih wakil sekolah untuk pertandingan projek teknologi sains. Sampai jugak state level. Sekolah kini memang jaga prestasi. Sebab itu kehendaknya kini. Ada habuan besar buat sekolah yang capai keputusan cemerlang. Cikgu terpaksa lakukan yang terbaik. Moga anak2 kita berjaya dunia akhirat..


Alhamdulillah smooth sangat HIJRAH kami.. Moga Allah permudahkan segala urusan kami..

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ 

7 comments:

  1. Itu hanyalah langkah permulaan. Banyak lagi langkah yang perlu diatur dan diperkemaskan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya...

    Apa-apapun TAHNIAH buat Amoi. :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah utk Amoi...decision yg bagus tuk kluar whatsapp groups..

    ReplyDelete
  3. tahniah Amoi....semuga sentiasa berjaya dunia dan akhirat....takut dengar hadiah upsr..sama bnyak ngan pencen nekcik weiii

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis

    Takpe, perjalanan sekolah masih panjang. Akan datang cuba yang terbaik. Saya selalu cakap dengan anak-anak macam tu. Kes terbaru seorang pelajar yang sedang menduduki SPM bunuh diri kerana tidak boleh buat paper Add. Maths. Kesian anak-anak sekarang. Kadang-kadang ibubapa mengambil kesempatan atas kepandaian dan kehebatan anak-anak dalam pelajaran sebagai ukuran untuk dipandang tinggi. Semua ibubapa dalam dunia ni nak yang terbaik untuk anak-anak, tapi jangan lah bagi tekanan. Bimbing dan bantu mereka.

    ReplyDelete
  5. baru tahu jugak budak2 sekarang dah ada group wasap :O

    takpeee, she have so many experiences travelling around the world in unique way. Tak semua orang ada pengalaman tu walaupun dpt 5A. :D Proud of you, sis!

    ReplyDelete
  6. UPSR bukan penentu masa depan..kan...?

    ReplyDelete
  7. Kak....Tahniah untuk akak, 4A 1B dah terbaik tu.

    Sama macam yus, takmo anak pergi mana2...hihi, sabar jelah kan.

    Akak masih rajin berblog rupanya....yus je lama menyepi...:)

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com