Thursday, December 05, 2013

DOA LAH UNTUK KAMI..


        

Assalamualaikum.

Selasa pagi mak call kata rumah @ Taman Guru, Kuantan air makin naik. Selalu rumah mak tak naik air sbb tinggi sikit tanah tu. Hubby ajak balik sbb mak sorang. Kerteh to Kuantan 4 jam sbb jalan banyak tutup. Alhamdulillah 7pm kami tiba Taman Guru tapi air dah tinggi & hari makin gelap. Park kereta tepi main road & harung air lah kami 4 beranak. 

7pm di area main road air belum tinggi. Nearing mak's house, air dah takat atas peha. Letrik semua dah tak ada. Tok dan Tokki tak dapat dihubungi. Diorang tak nak pindah kata uncle. Tapi ada jiran kata ada bot askar dah bawa tok dan tokki ke pusat pemindahan. Uncle dan hubby dapat jumpa tok tokki di sekolah berdekatan. SMK PayanBesar, Alhamdulillah. Aunty pun dapat jalan ke rumah mak.

Me, mak, aunty & Marsha di rumah mak. Lori Bomba lalu sambil announce last truck masuk untuk bawa semua ke luar Taman. Mak tak nak, kami pujuk mak, Alhamdulillah mak setuju naik trak Bomba untuk keluar ke jalan besar. Takut je air makin naik. Alhamdulillah kami semua jumpa di jalan utama. Kami 4 beranak, mak, aunty, tok dan tokki. Bawa semua balik ke rumah kami di Indera Mahkota. Uncle tak nak ikut. Nak tengok kucing di rumah nya.

                       

Air paras buku lali dalam rumah. First time in our life. Alhamdulillah mak sempat ajak saudara mara nearby angkat carpet before air naik lantai rumah. Alhamdulillah.


Ni area rumah another uncle do Sungai Isap. His house air takat atap dah.. Diorang dah pindah ke sekolah nearby. Alhamdulillah semua ok. Sedih tak dapat ambik depa jugak sebab jalan dah banyak tutup. Sampai rumah kami tengah malam. Kesian tokki 84 tahun & tok kena pindah randah sebab diorang ni memang kurang sihat. Alhamdulillah letrik pun baru ada Rabu tengahari.. Alhamdulillah kedai2 dekat ada yg bukak..

Alhamdulillah. Sikit je dugaan utk kami compare dgn yang lain tu..

Hhmmm.. Bawak baju 2 helai.. Kami 4 beranak ni mandi sekali sehari sbb tak ada baju. Alhamdulillah cuaca sejuk tak peluh.. 

Today stok baju last dah. Letrik belum ada di bandar Kuantan. Bank tutup, stesen minyak pun tak beroperasi. Duit kena save, minyak kereta pun kena save. First time ke kedai makan, berebut beli nasi. Macam di Somalia. Alhamdulillah memang patut bersyukur. Moga semua dilindungi Allah..

10 comments:

  1. salam sis,

    semoga semuanya selamat
    ameen

    ReplyDelete
  2. looks pretty bad mulan, will doakan semua back to normal soon inshallah.

    ReplyDelete
  3. didoakan selamat semuanya..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Teruk banjir tahun nie..
    Harap keluarga kak Mulan dan yg lain2 semua nyer selamat.. amin..

    ReplyDelete
  5. salam kak , PM doakan akak sekeluarga selamat hendak-Nya...

    PM akan ke Kuala Terengganu pada hari Sabtu nih ( 14/12/2013) , jalan ke KT masih banyak yang tutup ke kak kalau dari KL nih..??

    ReplyDelete
  6. Bencana Banjir Sekadar Teguran Lembut Untuk Orang Beriman Yang Mahu Renung Dan Fikir Akan Kebesaran Allah Dan Kelemahan Makhluk Yang Tidak Miliki Apa2 Kerana Semuanya Milik Allah. Semoga Semua Yang Terlibat Sabar Menempuh Ujian Ini.

    ReplyDelete
  7. ya allah..semoga semuanya selamat ..hanya mampu berdoa tgk bencana ini..semoga mulan n keluarga tabah okey..

    ReplyDelete
  8. Moga semua yang terlibat dengan banjir tersebut kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan. Tak terbayang betapa sukarnya episod nak memulakan semula kehidupan selepas banjir :(

    ReplyDelete
  9. Moga semua yang terlibat dengan banjir tersebut kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan. Tak terbayang betapa sukarnya episod nak memulakan semula kehidupan selepas banjir :(

    ReplyDelete
  10. baru sempat bw kat sini..teruk kan? mujur semua selamat.adik ipar 2 beradik kat permatang badak juga teruk...brat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com