Ada yang bertanya bagaimana travel dengan baby & anak kecik. Post ini pengalaman lama kami sewaktu travel sejak anak2 masih bayi.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sewaktu pregnant, kami suka ke kedai2 baby untuk survey & merancang keperluan kelak. Paling awal kami beli adalah baby carrier untuk newborn. Baby carrier ni untuk baby 0-6 bulan namun ada had untuk berat setiap bayi, walaupun masih dalam lingkungan 0-6 bulan. Semuanya atas faktor keselamatan. Sila baca manual sebelum beli setiap barang keperluan. Boleh dikendong depan atau belakang. Sangat practical. Senang & ringan. Yang kami beli ni, design lama. Sekarang ni macam-macam pattern & design cantik dah dikeluarkan. Wajib pastikan had umur & berat baby sebelum digunakan.
Disebabkan kisah kerja hubby ketika itu, kami plan awal2 untuk beli stroller yang agak ringan, boleh dilipat2 & mudah/ringan dibawa ke mana2. Stroller ni boleh diguna dari lahir, 0-24 bulan seperti tertera pada label nya, kerana stroller untuk newborn seperti ini wajib boleh dibaringkan untuk kegunaan baby 0-6 bulan, atas faktor struktur tulang dan tumbesaran baby. Ada yang menggunakan nya tanpa ilmu, dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan badan baby nanti. Walaupun ianya dilabel untuk kegunaan bayi 0-24 bulan, tapi ada dinyatakan had berat baby juga, demi untuk keselamatan. Stroller ini didatangkan dengan plastic raincover dan juga footmuff/cosytoe (untuk cover bahagian badan & kaki bayi sewaktu musim sejuk)
Masih digunakan ketika berusia 4 bulan. Mudah dibawa ke mana saja.
Carrier ni kami beli semasa Zharif berumur sekitar 6 bulan, ianya untuk baby 6-12 bulan, tetap bergantung pada berat baby (sila periksa label atau manual). Bagus carrier ni sebab boleh diletakkan berdiri di lantai/tanah dan baby boleh duduk/berdiri di dalamnya, ianya stable.
Kami juga beli Baby Car Seat Carrier ni, boleh digunakan sebagai Rocker juga, had umur nya untuk bayi 0-24 bulan, namun wajib diteliti had berat badan tiap bayi. untuk keselamatan, pembesaran & kesihatan bayi.
Stroller ni memang berbaloi kami beli dan guna sangat lama hingga anak ke dua, 7 tahun lamanya Alhamdulillah. Terpaksa dilepaskan pada kawan yang sangat mengharapkannya. Konon nak simpan untuk anak ketiga hehe. Ketika itu (dalam foto) kami gunakan raincover & footmuff (cosytoe) sebab cuaca sangat sejuk.
Photo : baby-travel.uk.com
Contoh, close up Stroller berserta cosytoe/footmuff
Photo : mybabiie.com
Rain/wind cover.
3 Wheeler ni hubby dah mengidam lama. Tayarnya besar umpama tayar basikal, boleh digunakan di atas pasir & surface jalan yang kasar & tidak rata. Agak bulky tapi bila dilipat ianya slightly bigger than cabin size bag. Memang tak boleh hand cary ke dalam flight, kena check in. Boleh wrap dengan plastik di airport untuk extra safety.
Child carrier backpack ni, kami beli sewaktu duduk di Ho Chi Minh City, terjumpa di Pasar Ben Thanh. Alhamdulillah, jumpa di celah2 bagpacks yang menimbun. Tak sesuai untuk baby yang baru lahir, hanya untuk anak kecil yang sudah boleh duduk. Rasanya anggaran umur 8-36 bulan. Boleh diletak di atas tanah/lantai, ianya tak akan jatuh. Terdapat compartment with zip pada bawah seatnya. Boleh isi macam-macam. Ada sun shade (elak panas) tapi malas nak bawak. Kami bawa ketika bercuti di New Zealand, ronda-ronda di Perkampungan Maori, hubby kendong je Marsha ketika itu, sebab struktur jalan di situ tidak rata. Ada sikit2 nak kena hike, so lagi senang kendong di belakang je.
Stroller yang hampir 5 tahun digunakan ketika. Sejak Zharif dilahirkan. Masih boleh digunakan sebab masih dalam had berat badan dibenarkan. Stroll di Gold Coast.
Umbroller (Umbrella Stroller) ni kami beli di ToysRUs KL sebab lupa bawa balik stroller dari Vietnam ke KL. Tak sampai RM100 ketika itu, sangat practical. Kalau dilipat memang lah sangat slim jadinya, sangat ringan. Juga ada had berat demi keselamatan anak2. Strictly bukan untuk baby baru lahir & belum boleh duduk.
Umbroller ni memang simple, tak ada rain cover dll nya. Drizzling ketika stroll di Auckland dulu, kami gunakan windbreaker (guna as light rain jacket jugak) untuk cover Marsha daripada kena hujan. Masukkan 2 long sleeves pada handle stroller. Tadaaa tak kena hujan, Alhamdulillah. Kalau bercuti, hubby memang suruh pack bawa baju hujan/windbreaker.
Kami travel tak banyak barang. Baju2 untuk 3-4 je hari then basuh di accomodation (hostel, hotel, homestay, apartment) yang ada washer/dryer atau ke kedai dobi. Nak kena plan jugak so that cukup supply baju. 1 bag untuk food, 1 untuk baju & 1 lagi baju sejuk andai kata bercuti ke tempat sejuk. Masa anak2 kecik, 2 luggage bag (selalunya back pack) plus stroller & carrier saja. Toys & snacks anak2 jangan dilupakan. Better bekalkan dengan yang mereka dah terbiasa. Pesan arwah papa, anak2 elok dibiasakan dari kecik untuk makan roti atau pasta sebab mudah untuk travel bila mana nasi payah didapati di negara atau tempat lain. Kami pun bukan travel untuk shopping sangat, beli sikit2 ada lah tapi tak pernah lagi tambah bag. Maximum 3 luggage utk check in, tapi bila anak2 dah besar ni saiz baju masing2 makin besar so kadang nya bawa extra bag jugak takut tak muat tapi never ever more than 4 luggage bags untuk check in & selalunya berat bag memang lah jauh sangat dari melebihi had nya.
What to bring, expect & unexpected. Hujan memang sukar diramal. Kami ada reversible jacket dengan fleece di dalamnya, manakala rain jacket di luarnya. Nak cabut boleh, nak terbalikkan pun boleh. Kalau dipakai 2 sekali memang agak cukup untuk main dalam salji tapi tak lama lah. Dalam foto di atas kami guna rain jacket je, simpan fleece jacket. Kalau tak bawa 2 in 1 ni, kami tetap akan bawa rain jacket/windbreaker saja. Jalan2 bawa dalam bagpack, kalau hujan boleh terus pakai, sebab leceh untuk bawa payung atau nak membeli nanti.
Time ni memang guna reversible jacket ni. Anak2 masih kecil. Kalau masuk kereta dah kurang sejuk, later boleh cabut satu layer.
Kalau tak hujan & sejuk sikit, pakai fleece jacket saja. Hubby ni memang lebih pada practical nya kalau membeli. Tapi terpulang pada masing2. Ada space banyak dalam bag, bawak je lah kan.
Kenangan stroll hujung minggu ketika menetap di Ho Chi Minh City dulu, memang kami guna kedua2 stroller ni. Sebab di sana keadaan traffic nya sangat lah padat, kami memang tak lepaskan anak2 berjalan kaki bila masih kecil. Balik Malaysia for good pada tahun 2007, ada kawan-kawan merayu kami menjual kesemuanya, stroller, carrier, rocker, 3 wheeler. Dalam hati ada taman nak simpan untuk anak ketiga. Hehe. Tak apa lah, Alhamdulillah dah puas pakai. Semua masih elok ketika dilepaskan.
SEATING DALAM FLIGHT
Last but not least, part ni bila diingat balik memang kenangan pahit manis sangat bagi kami. Sewaktu masih menetap di HCMC, Vietnam ada kala pulang ke Malaysia dengan anak2 tanpa suami. Marsha akan dibawa menggunakan baby carrier manakala Zharif akan saya pegang. Pernah beli wrist latch (seperti foto di bawah) tapi dia tak suka namun Alhamdulillah dia dengar kata. Pegang tangan & tak jalan jauh2. Masa ada baby, selalu airlines akan bagi kami seat depan.
Photo : pupsikstudio.com
Bila travel bertiga dengan anak2 yang masih kecil, saya selalu request seat paling belakang dekat toilet. Selalu ditanya kenapa pilih seat belakang. Pernah few times disuruh ke seat hadapan dengan arahan Pilot namun saya menolak, terpaksa menceritakan pengalaman lalu. Memang selalu dapat seat economy paling depan sebab travel dengan anak2 kecil, namun selepas satu insiden yang kurang menyenangkan, Zharif perlu ke washroom ketika dalam flight, berbalah2 pula Ketua Kabin & Steward, selepas insiden itu, saya berkeras akan meminta seat paling belakang dekat washroom. Aman damai sepanjang flight, Alhamdulillah.
Photo : Shein
Ada ketika fly dengan anak-anak tanpa suami, saya suka pakai loose pant dengan banyak poket ni. Handphone, purse, passports dan lain2, saya distribute dalam poket2 ni. Senang nak ambil cepat, compare to kalau saya letak dalam bagpack, yang selalu nya diisi pampers, wet tissue, toys kecil, buku cerita kecil2, snakcs, foods, susu.
Semua kenangan abadi. Alhamdulillah smooth semuanya. Seronok. Macam-macam cerita.
ada orang main beli je barang tak fikir apa... sebab beli? kerana cantik..
ReplyDeleteWow! Best..., sbb I ni jenis travel selalu risau tang baju2...x reti nk bwk sikit. hmm..next time nk travel mana2 haruslah ikut tips yg you bagi ni...
ReplyDeleteKalau dah selalu travel lama-lama tahu mana satu keperluan dan mana satu tidak.
ReplyDeletewow!! tips yg bagus ni kak...
ReplyDeletetengs sharing...
saya tertarik dgn baby carrier yg akak beli kat korea tu...
ni yg saya pun rasa nak beranak lagi neh...hahaha...
assalam mulan..banyak gambar kenangan mulan..
ReplyDeletetak de salahnya kalau mulan teringin anak kecik..muda lagi kan he he
Tengok pada koleksi stroller yang bermacam jenis dan stail ni MULAN dah boleh jadi pakar rujuk kereta tolak budak nih.
ReplyDeleteboleh ye travel berhari2 hanya bwk 2 beg je... akak ni blk kg 2 hari pun bwk 2 beg besar jugak.. tu belum lagi masuk bakul susu anak.. hehe... mmg tak reti nak bwk baju sikit..
ReplyDeletesyoknya tengok gambar keluarga akak berjalan...pasti pengalaman yang tidak boleh dilupakan kan...:)
ReplyDeletethat's great mulan, you certainly know how to travel well, the lighter the better! lovely holiday pictures, thanks for sharing!
ReplyDeletenapa mulan tak tambah anak? hehe..
ReplyDeleteSalam mulan cayangggg
ReplyDeleteHugs
Sowwy lama x bertandang...malas Betul akaK skrg ni
Syok tgok gambar mulan
tenkiu sis for the tips..
ReplyDeletebolehla akak kongsi ngan anak menantu kelak hehehe
tp ada yg tak puas ati kat sini..naper mulan tak basuh serdak biskut tu lagi? ngeeeee
Great tips!
ReplyDeleteMmg ramai yg kata leceh kalau bawak anak kecil berjalan jalan...yup, kami bawak anak bongsu 2 tahun berturut turut gi ostolia masa umur dia 4 bulan & 1.5 tahun...mmg kena pandai sediakan kelengkapan mcm Mulan ceritakan ni..
part nak prepare beg tu pun kena pandai kan...cuma bila balik kampung bawak kereta kami mmg failed nak bawak beg sikit2, sebab semuanya sumbat dlm bonet kereta..hahaha
seronoklah dapt pergi jalan2 dan tgk tempat orang ni kan., sambil2 timba pengalaman
ReplyDeleteinspirasi inspirasi...luas pemandangan! hehe :)
ReplyDeleteBanyak tmpt bejalan ni.......
ReplyDeleteSaya bejalan dlm malaysia je hehee
Banyak tmpt bejalan ni.......
ReplyDeleteSaya bejalan dlm malaysia je hehee
tabah sungguh akak travel ngan anak kecik kan..saya mmg pakat surrender la.. bebudak tu buahs kemain..jgn kata nak duk stroller..car seat yg wajib tu pun diorang takmo kak..
ReplyDeletewow great tips & guidance ni sis..
ReplyDeleteye la kdg2 melampau2 isi kain baju pinggan mangkuk kasut 2-3 pasang n ntah apa2 lg..hihihi
tips y bagus sbg pnduan ni..
ReplyDeletetravel time pd akak masa umur akak 40an..i mmg tak jln sgt masa anak2 kecik...masa tu blm mamfu..heeee...
ReplyDeletepaling kecik masa anak akak umur 2 thn..bwk stroller...bab pakai 2 3 kali tu dah biasalah..
baguih2. nanti share lagi tips yg lain plak. bab baby tu. ohhhh cepat sikit eh
ReplyDeletenp: betol tu.. tapi sbb bukan senang dari kecik maka kami mmg berhati2 bab membeli ni..
ReplyDelete*
pendragon: i ni tak larat & malas nak usung bag byk tu yg cermat bawak baju hehe..
*
kakzakie: dari kecik lagi dgn arwah bapak pon gitu.. dia sangat praktikal..
*
wahida: jom kita beranak lagi...
*
acik: memang naaakkk sgt tapi takde rezeki lagi..
*
dr sam: now dah let go all the strollers before balik malaya for good.. simpan & guna for marsha sebab semua in good condition..
*
kak madiha: kalau bab balik kampung tu memang pakat sumbat je sbb dgn kereta kan.. hehe..
*
papamifz: memang kenangan yang tak boleh beli dgn wang ringgit..
*
greetingsfromengland: hehee... i'm not that rajin to hangkut so many things.. minimum luggage senang nak handle..
*
whitecappucinno: tak de rezeki lagi..
*
kak kasih: why la malas... miss u so much..
*
queenie: dunno why la foto tu masih berserdak lagi.. hehehee... femalu..
*
daddyziyyad: haa aahhh lupa.. bab balik kampung bawak kereta sendiri ni yg cannot control.. memang hangkut.. tak kira buah2 & deghoyan lagi..
*
kesuma: alhamdulillah.. kita plan tapi Allah yg tentukan..
*
clive: u can do it better..!!
*
karukord: kat mana2 pon semua best jalan2 kan.. dalam malaya pon byk tempat awesome..!!
*
rai: sbb dari kecik kids ni kena pindah randah ikut bapak dia, depa dah terbiasa kot.. tapi ada kawan tu cakap, kalo buat dari kecik, budak2 ni akan terbiasa..
*
greenjade: dulu2 tak reti sangat tapi kendian hari ni baru pandai sbb arwah bapak & hubby ni sangat praktikal orangnya.. kena tengok keadaan kan.. leceh nak hangkut byk bag kalo travel esp kalo naik flight..
*
lyafrina: ni yg kami buat selama ni biiznillah..
*
kak yan: ikut suami keje sana sini.. tu yg kena belajar jadi praktikal.. takde la nak usung segala benda mana2 pi.. pernah tengok passenger hilang bag, pram anak patah sbb besar dll lagi.. belajar mana boleh..
*
ms cool: hehe... insyA kalo ada rezeki ada baby lagi nanti...
perkongsian tips yg sgt baik! tq sis
ReplyDeleteBayu Hebat: Terima kasih
ReplyDelete