Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Throwback trip ke Aceh..
Throwback trip ke Aceh..
Perjalanan dari Jeti Feri Ulee Lheue ke Hotel Medan
Rumah yang tidak lagi berpenghuni.
Tanah yang kosong.
Rumah2 yang baru dibina sesudah Tsunami..
Adakah penghuni nya antara mangsa Tsunami dulu? Allahu a'lam.. Pak Is bercerita, ada juga yang keluarga yang hilang terus dari atok, nenek, hingga ke cucu cicitnya... Tak seorang pon ahli keluarga yang dijumpai.. Maka itu, banyak rumah2 yang tiada penghuni, tidak dicari & diduduki.
Tanah yang masih kosong. Harus rumah asal dihanyutkan ombak gergasi dulu..
Bermalam di sini.. HOTEL MEDAN yang di-recommend sahabat.. Hotel yang juga menempatkan para sukarelawan yang silih berganti berkunjung ke Aceh untuk misi bantuan dan sebagainya..
Hotel ini juga dinaiki air walaupon tidak begitu teruk..
FOTO : BULETIN HOTEL MEDAN
Sebuah kapal nelayan tersadai di parking lot Hotel Medan ini.
Kerana binaannya berbentuk U, maka kereta2 banyak tersadai di perkarangan Hotel ini sewaktu dhanyutkan ombak Tsunami dulu.
Bilik hotel.. Bersih kemas dan luas. Selesa Alhamdulillah.
Boleh aerobik dalam bilik ni...
Banda Aceh bukanlah bandar yang besar.. Hubby ajak ronda2 keliling bandar.
Pasar Aceh (Atjeh - ejaan mereka).
Dari Kerajaan Jepun..
LONTONG SOTO.. Asalnya bila kami mintak SOTO, datangnya Nasi Putih sepiring dengan Sup Ayam. Bila kami tunjuk mangkuk customer meja sebelah, gelak tante tu, katanya LONTONG SOTO. Sedap..!!
NASI UDUK anak soleh. Sedap..!!
LONTONG SAYUR = Nasi Impit + Kuah Lemak Sayur + Sambal Udang/Sotong dll... Pun sedap.
Lepas makan, ronda2 lagi..
Pusing2 nanti jumpa centre jugak...
Alhamdulillah cuaca cantik... Laju 3 beranak tu berjalan...
MASJID RAYA BAITURRAHMAN.. Juga dinaiki air tapi tidak tinggi.. Juga tiada kerosakan besar yang berlaku..
Subhanallah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Esa & Maha Penyayang.. Segala yang berlaku banyak hikmahnya..
Macam best je tapi tak sempat nak singgah..
Sebuah bot yang terlantar di atas sebuah rumah..
Tangga dibina bagi memudahkan pelancong melihat dengan dekat bahagian atas bot itu.. Dikatakan juga, kawasan ini bagaikan lautan sewaktu Tsunami dulu..
Muzium Tsunami..
Deco di dalam nya..
Rekabentuk bercirikan sebuah kapal..
Ramai pengunjung, rasa geram je. Lunch jugak di sini..
Gambar sos keluar dulu.. Haha.
Macam Ayam Penyet. Sedap..
Akhirnya sebelum ke Airport, kami singgah ke tapak tersadai nya KAPAL PLTD APUNG.. Allahu Akbar.. Bagaimana kan, sebuah kapal yang amat besar terdampar di sini, jauh dari pelabuhan dan lautan.. Betapa besarnya ombak Tsunami dulu. Tak boleh ditunda ke laut lagi. Terdamparlah di situ, selamanya mungkin.
Pak Is kata, Dendeng Aceh ialah juadah terkemuka di Aceh. Menyesal beli 1.
cantiknya banda acheh ni. terasa nak pegi tp mcm takut ;-)
ReplyDeletecantik banda acheh ni, insyaAllah ada rezeki nak jejak sini.
ReplyDeletebetapa dahsyatnya bila kapal yg berat tu pun landing depan hotel.
assalam mulan...masih terbayang peristtiwa itu...
ReplyDeleteMulan...dah lama rupanya bencana tsunami tu...tapi terasa macam baru lagik...
ReplyDeleteKenapa makanan dia nampak merah mcm merah sirap...
tulah, akak pun nak tanya, apa mende yg kaler pink2 kat tiap pinggan tu?
ReplyDeletekalau ikut hukum akal, sewajarnya tsunami menjadikan org Aceh tobat 200%, tapi nampak gaya macam takder makna apa2...oops sorry.
lawa la banda acheh ni..cepat gak membangun balik... ohh igt lg MASJID RAYA BAITURRAHMAN tu..antara yg x rosak teruk kan...
ReplyDeletebestnyer kalau dapat ke sana...teringin juga nk tgk kesan tsunami dulu tu.
ReplyDeletecantik tempatnya.Yang warna pink tu kopok ke kak? Yang dalam makanan tu?
ReplyDeletekropok rupanya, nmpak plik skit.
ReplyDeleteoh hotel ni....pnh klua paper nih
kita la yg rajin duk mnolong ms diorang kena malapetaka tsunami dulu kan ;)
Salam Mulan..
ReplyDeleteRindu nya dengan awakkk. lama saya tak berblog tp seminggu ada juga 1-2kali jalan2 blog kawan2 lama.. Hari ini terlompat blog cik Mulan yg manis.. Seronok nya ke Acehhh Cantik..
p.s
Blog saya deactivated sudah setahun lebih..
Mulan...kat negara dia butuh tu ertinya memerlukan...
ReplyDeletekalau kat sini..HAIZZZZZZZZZZ
zarin: i pon takut tp tawakkal je.. mmg cantik Aceh ni..
ReplyDeleteanon: tak dpt imagine kan kapal besar landed kt daratan tu.. mmg cantik sbb dekat dgn laut..
ReplyDeleteacik erna: mana2 pon byk kesian musibah dulu.. foto2 dll nya..
ReplyDeletekak anie: yg merah tu keropok dia, ada dlm semua makanan.. mmg terasa mcm baru je tsunami tu..
ReplyDeletequeenie: kata Pak Is yg bwk kami ronda2, lepas tsunami tu byk jgk terkesan pd mereka esp bab pertelingkahan sebelumnya.. moga mereka insaf kan..
ReplyDeletejoy: ha ahh, cepat jgk develop bandar ni.. alhamdulillah dgn pertolongan ramai pihak..
ReplyDeletenieza: 1 jam lebih je ke sana.. seronok tau.. ada peluang nnti pergi la..
ReplyDeleteyus: ha aahh, keropok tu yg kaler merah.. mmg byk tempat cantik Aceh ni.. tu pon x dpt explore byk..
ReplyDeleteshy lady: keropok tu kecik je, kaler pulak merah.. mmg nampak pelik kan.. hotel ni mmg femes.. antara pusat bantuan dll..
ReplyDeleteajzie: alaaa... update la blog.. scrapbooking pon tak abis belajar lagi.. heheh.. Aceh mmg cantik..
ReplyDeletequeenie: ya betol.. butuh tu maksudnya memerlukan.. heheh.. tqs.. apraaa saya ni..
ReplyDeletesekejap je waktu berlalu kan dah hampir 7 thn tsunami berlaku.
ReplyDeletekasihreda: kejap je masa berlalu kan..
ReplyDeleteyang tu.. masjid yang terselamat dan menyelamatkan ramai orang tu kann??
ReplyDeletedr singa: yup.. tu msjid raya baiturrahman di banda aceh.. ada satu lagi tapi jauh sikit & tak sempat nak pi..
ReplyDelete