Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Lama betul mengumpul dan mengutip semangat nak update blog.
MOROCCAN PAVILION PUTRAJAYA @ ASTAKA MOROCCO
Mother - daughter time.
Dah lama plan nak brisk walk tapi tak jadi2. Last week terlaksana sudah, Alhamdulillah.
Weekdays kan tak ramai orang so drive ke ASTAKA MOROCCO, sebab tau akan ada pengunjung walaupun tak ramai. Takut juga tempat yang sunyi.
Taman kecil di belakang ASTAKA MOROCCO. Rasanya kalau malam mesti cantik.
Second time sebab pernah sampai dengan hubby. First time untuk anak solehah.
Dia tanya kenapa tak tau ada ASTAKA MOROCCO ni.
AYAM BELANDA @ TURKEY ada juga di sini.
MASJID PUTRA
Kami jalan2 santai2. Lupa snap foto di HELICONIA GARDEN.
Tempat picnic. Boleh bawa tikar lepak di padang ni. Kalau weekend memang ramai, pernah datang first time sebelum ni.
GUA JUICERY
Tak buka lagi.
KAFE GLASSHOPPER
Nak ke parking lot memang lalu kafe ni. Reward jalan 5,000 steps haha macam lah banyak sangat. Dah breakfast sebenarnya sebelum brisk walk tapi masuk juga lah. Teringat Uncle Gedek bawak Fanny dan KSarie (Dinohauz)
Kami pilih duduk di atas. Panas sikit tapi takpe lah, Vitamin D, ya ke vitamin ni.
Kopi, kek dan toast.
Di level atas.
Tempat makan outdoor. Kalau weekend mestilah ramai.
Bye bye GLASSHOPPER. Memang cantik TASIK PUTRAJAYA can banyak tarikan sekelililingnya. Ada beberapa tempat yang parking nya percuma. Untuk ke ASTAKA MOROCCO ni parking ya berbayar. RM1 sekali masuk hari biasa.
SEIROCK YA @ IOI PUTRAJAYA
Ahad - Lunch dengan family kecil kami. Hubby dan anak soleh balik Putrajaya weekend baru ni. Dah tak payah pergi Jepun. Ni dah sedap sangat.
MOANA LIVE ACTION 2026 @ TGV ALAMANDA
First time ke TGV ni. Tak ramai orang sebab Ahad malam kot. Isnin lepas Subuh, hubby dan anak soleh drive balik Kuantan. Sorang half day nak habiskan annual leave, sorang lagi tak masuk kerja lagi. Missing you both so much.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.

























0 comments