Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
PESTO LINGUINE
@ AISON BAKERY & COFFEE, BANGI
CHOCOLATE CAKE
TUNA DANISH
PARMESAN CHEESE BAGEL WITH SMOKED DUCK CREAM CHEESE
Antara yang terhidang.
Ad-hoc sebenarnya Rabu baru ni brunch di AISON BAKERY ni dengan SHA, blogger yang mula kenal hampir 14 tahun lalu. Sedap2 menu yang kami order. Alhamdulillah, thanks Sha belanja makan, moga murah rezeki selamanya. Sha ni journalist dulu. Kenal di blog. Interview kami tentang aktiviti anak2 yang join KIDS SCUBA.
Antara keratan dari entri lama tahun 2012. Anak2 join KIDS SCUBA ni tahun 2009 dulu. Alhamdulillah masih ber-scuba walau tak selalu.
Anak solehah yang di tengah.
3 minggu menahan sedikit sakit.
Gugel menggugel.
Simptomnya banyak pada SCIATICA.
Sakitnya agak mencucuk2 di area tailbone, tulang dan bahagian belakang punggung.
Master Aleyh Yusof Rehab Bangi
(Body Adjustment)
Namun anak solehah direkomen untuk buat acupuncture di bahagian pinggang dan bahu.
JEJARI BONDA PRESINT 15
Masih ada saki baki urat yang mencucuk2. Gugel lagi pusat urut saraf. Alhamdulillah dekat dengan rumah. Memang pandai dicari urat namun katanya urat saraf di bahagian belakang pinggang atas punggung juga area tailbone, tak boleh sama sekali ditekan kuat. Bahaya katanya sebab saraf disitu.Tapi di bahagian lain memang ditekan sebab urat dah berselirat simpul macam flyover DUKE SUKE NKVE segalanya di KL/Selangor ni.
Ada pantang rupanya. NO COFFEE 48 jam awwww terasa siksa nya. Juga sayur buah yang sejuk. Part ni memang percaya sebab selalu kena. Tembikai, nangka, air kelapa kalau dimakan masa perut kosong, siap lah terguling sebu anginnya. Badan kita lain2, ada yang boleh.
Angkat barang berat pun kena jaga, tak boleh aktif sangat hhmmm spesis tak boleh duduk diam ni.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.















0 comments