SAHABAT JAUH DAN DEKAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Sabtu 20/6/2026 di D'TAHTA AURORA, I-CITY
Meraikan dan menyantuni jemputan majlis perkawinan anak kawan di Kerteh dulu. Asalnya kenal sesama sahabat di Kerteh, rupanya JAH ni kawan sekolah rendah hubby dulu. Suami JAH ni pula kawan scuba diving hubby juga di Kerteh. Alhamdulillah ukhuwah bertaut kembali. Juga foto2 dengan kawan2 di Kerteh dulu, ketika 12 tahun menjadi warga di sana.


Foto2 bersama kawan2 sekolah rendah hubby. Alhamdulillah dengan social media dapat eratkan kembali ukhuwahnya. Tapi ada seorang tu, memang bff hubby dari kecik hingga kini. Dah kawin pun, spouse masing2 pun sama2 berkawan. 


Isnin 22/6/2026
Lunch @ CILI KAMPUNG, ALAMANDA 


ONDE ONDE PUDING BAKAR
Tiba di CILI KAMPUNG ALAMANDA dalam pukul 1.10pm. Full house di dalamnya yang berhawa dingin, kata BLOGGER EZNA yang dah sampai awal dengan puterinya Dania. Sementara duduk dulu di bahagian luar, kami order air dan ONDE ONDE PUDING BAKAR. Kalau dessert yang ada kelapa parut, memang lah favorite saya. First time makan dessert seumpamanya ini. Actually ianya macam kuih bakar nipis, di-sandwich kan dengan kelapa parut gula melaka ditengahnya. Sos putih tu, santan pekat dengan cream rasanya, memang sedap. Lupa snap foto minuman dan dessert ni sebab rancak duduk berborak dengan Ezna. First time sebenarnya kami berborak di meja makan, sebab last kami jumpa seketika saja di luar lobby MOXY HOTEL, PUTRAJAYA.


Cantik ID dan deko CILI KAMPUNG ni.






Alhamdulillah sampai juga FANNY dan CARNEYZ ke CILI KAMPUNG ALAMANDA, PUTRAJAYA. Kami pindah ke bahagian dalam sebab meja pun dah banyak kosong. 


Abaikan tisu kedai di muka. Dia sangat tak betul.



Masak Lemak Daging, Sirap Pandan Kenduri, Sambal 3 Negeri, Kacang Buncis Telur, Telur Dadar, Epal Assam Boi, Sambal 3 Negeri (tempoyak, cencaluk dan kicap cili). Alhamdulillah semua sedap. Portion nya agak banyak. Tak habis, ditapau kan.


Fanny, terima kasih sudi luang masa untuk berjumpa kami di Malaysia.


Kita park kereta di level atas sebab terer area parking di situ je kalau drive seorang2. Ezna dan Carneyz park kereta di basement. Bye bye.


 Lambaian perpisahan sementara dengan Fanny, umpama di airport. Sedih pulak tengok foto ni. Tetap seronok sangat, walaupun hanya sejam lebih saja dapat bersua berborak dengan Fanny dan Carneyz. Berkongsi masa dengan sahabat2 blogger lain yang semuanya juga menanti kedatangan Fanny. Moga dapat berjumpa lagi, mungkin di Jakarta, Insyaa Allah. Thanks banyak2 Carneyz drive all the way dari KL bawa Fanny ke Putrajaya.

Maaf andai tersilap kata ketika berbicara, juga perbuatan yang tak disangka. Nervous sebenarnya bila jumpa sahabat alam maya. Takut attitude ini tak dijaga dan lupa. Bila seronok sangat tak terkata.

Moga ukhuwah kita semua, jauh dekat sini sana, juga di alam maya, kekal selamanya.

Alhamdulillah Fanny pun dah selamat tiba ke pangkuan family nya semalam, Selasa petang. 


Lovely gifts dari Fanny, Ezna dan Carneyz. Love semuanya. Terima kasih banyak2. Ada yang dah dimakan dan dikeluarkan, ini pun hampir lupa snap fotonya.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

0 comments