Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Seawal 7 pagi, Mas Ad dah datang bawa kami ke kedai makan untuk breakfast.
RIJSTTAFEL RESTO
Banyak pilihan makanan ya.
Hubby dan anak2 pilih NASI UDUK. Saya order yang gorengan. Semua sedap, Alhamdulillah.
BANDREK
Minuman yang hubby dan anak soleh order. Sundanese sweet and spicy hot drink. Satu susu dan satu lagi O.
Rupanya dalam gorengan tahu tu, ada macam mihun goreng, sedap. Nampak mug air besar2, kongsi air je dengan hubby.
Memang cantik kedai ni. Ramai Malaysian datang lepas kami sampai.
30-40 minit sampai ke THE LODGE MARIBAYA, LEMBANG.
Tour Agent (TA) yang suggest itinerary, kami pilih mana yang berkenan.
The Lodge Maribaya di Lembang, Bandung merupakan destinasi eko-pelancongan yang terkenal dengantempat bergambar yang indah dan memacu adrenalin serta pengembaraan luar yang unik di dalam hutan pain yang suburIa menawarkan tempat percutian yang indah dan sejuk dari kehidupan bandar.
Dari parking lot kena naik jeep ni.
Hubby ajak jugak naik ni, aduii gayat betul.
THE LODGE MARIBAYA ini terkenal dengan tarikan dan pengalaman berikut:
Tempat Bergambar yang Sesuai untuk Instagram: Ia terkenal dengan tarikan bergambar yang unik dan memacu adrenalin, termasuk Sky Tree (platform tontonan di atas pokok pain), Mountain Swing dan Belon Udara Panas yang tidak boleh terbang.
Pengembaraan Luar: Pencari keseronokan berpusu-pusu ke sana untuk aktiviti luar seperti zip-lining, Sky Bike (berbasikal di atas tali tegang tinggi di atas pokok), laluan trekking dan memanah.
Glamping & Perkhemahan: Ia menawarkan penginapan alam semula jadi yang mengasyikkan di khemah glamping berbentuk kubah yang unik serta kabin kayu tradisional.
Pilihan Masakan: Pengunjung boleh menikmati masakan Sunda asli di restoran Dapur Hawu di lokasi atau hidangan ringan antarabangsa dan kopi di kafe The Pines.
Sumber : Mod AI
Anak2 memang excited sangat lah.
Cameraman jerit suruh lepaskan tangan, aihhh lagi kuat pegang handle basikal tu.
Coffee dan Jus Alpukat, stop sekejap lepaskan lelah.
View dari funicular memang cantik seantero kawasan nya.
Yang ini, kita pass je lah. No way, Jose.
Naik hot balloon ni, ok lah sebab dalam bakul yang berikat.
Dipaksa dan terpaksa. Memang berpaut kuat pada tali buaian tu. Gayat jangan cerita lah. Diorang ni macam2 aksi boleh buat, lepas tangan lah macam2 ehhh seriau.
Lunch @ THE TWIG
Ada kawan suggest Kampung Daun atau Stone Cafe tapi kami pergi yang dekat ni je. Jumpa di TikTok rasanya.
Cantik, walaupun air terjun warna nya kekuningan. Sejuk di sini.
SOTO LAMONGAN
NASI GORENG MARIBAYA + SATE
NASI TUTUG ONCOM
SOP BUNTUT + NASI
Semua sedap sangat, Alhamdulillah. Harga pun reasonable.
Hubby order ni, NASI TUTUG ONCOM
Lunch dengan awesome view.
Satu untuk album.
Bye bye THE TWIG CAFE.
ORCHID FOREST CIKOLE
Best sebab musolla asing2 laki perempuan dengan tempat wuduk sekali. Aman nak solat. Lupa betul nak snap foto. Berbentuk gazebo kayu, tertutup semuanya. Telekung pun ada. Toilet pun dekat dan bersih, memang asing2 laki perempuan.
Tak ada rezeki nak mengopi di sini sebab full house.
Jalan2 tengok pokok dan bunga. Nyaman udara nya.
Hello there....
Lalu di jambatan gantung.
Sebab kami nak naik FLYING FOX.
Foto sekeping je sebab laju seorang2 naik.
Siap di ORCHID FOREST hari dah hampir gelap. Singgah kedai jual BOLU SUSU. Beli sikit je untuk siblings.
RUMAH MODE
Singgah sebab on the way balik apartment. Anak2 soleh solehah beli seluar seorang sehelai je. Murah. Beli sebab nak pakai.
BATAGOR & CUANKI
Dinner di sini je. Ada food court di luar. Sedap sangat.
BATAGOR
Singkatan dari BAKSO TAHU GORENG, ianya makanan jalanan ikonik Indonesia dari Bandung, Jawa BaratIa terdiri daripada ladu ikan goreng dan tauhu, yang disaluti dengan kuah kacang yang lazat, pedas dan manis.
CUANKI
Akronim bagi CARI UANG JALAN KAKI (menjana wang dengan berjalan kaki) kerana penjaja secara tradisinya membawanya di atas bahu mereka.
Makanan jalanan Indonesia yang terkenal berasal dari Bandung, Jawa Barat. Ia merupakan hidangan sup yang lazat yang terdiri daripada pelbagai bebola daging ikan atau ayam, tauhu sumbat, dan wonton goreng (pangsit).
Alhamdulillah smooth semuanya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.

































fuhhh macam-macam jenis makanan yang ada...
ReplyDeletecantik betul suasana hijau kat situ
terasa begitu mendamaikan
alaa kalau lepas tangan pun tak jatuh laa hehehe
ReplyDeletegayat tu biasa haha...