Thursday, October 02, 2025

DAY 8 : HANDS, CHARACTER STREET, TOKYO STATION & BYE BYE JAPAN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Last day di Jepun, di Tokyo.


Kemas semua barang2 siap2 dan makan. Biasa lah hubby keluar jogging brisk walk lompat bintang ke, dia tapau onigiri, pancake dan roti dari 7e atau Family Mart. Terus keluar. Bye bye Sakura Tram.


Kami ke TOKYO STATION.

Stesen Tokyo ialah salah satu destinasi terpenting di bandar ini, melayani 500,000 pelawat setiap hari yang menaiki 4,000 kereta api. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan stesen kereta api di Jepun, Stesen Tokyo bukan sekadar destinasi untuk penumpang. Ia juga mempunyai butik membeli-belah dan kedai makan bertaraf dunia, manakala banyak tarikan yang mesti dilihat di Tokyo hanya dalam jarak berjalan kaki yang singkat. 

Sumber : www.jal.co.jp


Anak solehah dengan buku stamp nya. 


Stesen Tokyo merupakan Terminal yang terbesar menjadi tempat pertemuan untuk beberapa laluan keretapi seperti Shinkansen (Bullet Train), JR Line seperti Yamanote Line, Tokyo Metro yang mewakili laluan bawah tanah dan banyak lagi laluan lain di situ. Dalam pakej pelancongan, banyak yang menjadikan Stesen Tokyo sebagai tempat permulaan lawatan kerana kedudukannya yang strategik.

Bangunan Stesen Tokyo direka oleh arkitek bernama Tatsuno Kingo. Menjadi daya tarikan pelancong, kerana rekaannya yang nampak elegan dengan penggunaan bata merah menjadikannya sebuah bangunan moden. Sebagai persediaan kepada Tokyo Olympic 2020, tumpuan banyak diberikan untuk menghubungkan pelbagai rangkaian kepada bangunan utama ini. Selain menawarkan kepelbagaian produk cenderamata dari seluruh Jepun, di dalam stesen ini juga terdapat restoran-restoran yang terkenal dari seluruh dunia.

Sumber : www.livejapan.com


Octagonal Dome ini terletak di bangunan Marunouchi Utara dan Selatan di Bangunan Stesen bata merah, Harta Budaya Penting Negara. Kubah Neo-Baroque yang elegan ini telah dimusnahkan dalam Perang Dunia II dan kemudian dibina semula pada tahun 2012 kepada reka bentuk asal sebelum perang, yang menampilkan arca helang dan zodiak.

Sumber : AI




Memang cantik dengan penggunaan bata merah.




Suasana di luar TOKYO STATION 





Almost 10am, last ni snap foto luar TOKYO STATION.


Anak solehah nak ke HANDS di TOKYO STATION. Lebih kurang macam Parkson. Harga pun ok. Nak cari blind box katanya. Mummy duduk di sofa luar tersengguk2. Sejuk ada aircond. Tiba2 hubby Whatsapp, jumpa bag idaman. Yeeyy hubby suruh beli. Backpack 70liter + duffel + wheels & of course boleh tarik. Tak plan nak cari di Jepun ni. Kami jenis tak suka luggage bag kotak, suka jenis duffel sebab bila drive, beg kotak takes space walaupun beg tak penuh barang. Duffel bag kan ikut isi perut barang di dalamnya. Senang letak dalam bonet kereta yang kurang besar.


TOKYO CHARACTER STREET 


Anak solehah dan daddy nya lah nak datang sini. Besar sangat TOKYO STATION ni. Ada Character Street, Kitchen Street, Ramen Street dll lagi.


GASHAPON. 


Ok time to balik homestay.


Singgah 7E. Strawberry banana soy smoothie buat sendiri.


HALAL JAPAN APPS

Custard Cream Chocolate Eclair tu aduiii baru jumpa. Serious sedap.


Balik homestay hantar barang, kami keluar semula. Baru nak meronda area ni. 


Kami ke SHOKUGU ROURAN lagi. Chinese/Uyghur cuisine dengarnya. First day ketika check in di sini, kami dah try makan di sini. Memang sedap.


Sedap, lembut daging nya.


Crispy Chicken pun sedap.


Beef Skewers pun sedap. Alhamdulillah.


Flight kami 11pm lebih kurang. So hubby book extra 1 malam supaya kami dapat urus diri dan barang2 sebelum ke airport. Imagine kalau tak book extra 1 malam, kami kena check out pukul 10. Dengan bag dll, takkan nak naik flight tak tukar baju. Time ni musim panas lagi, peluh hangit tak selesa juga. 

Kemas2 semua seperti kami tiba. Sampah je masih dalam rubbish bin. Owner suruh tinggal. 


Dari homestay kami book kereta/taxi guna GO apps untuk ke Terminal Bas. Dekat je homestay ke terminal bas. 3km rasanya. Hubby beli ticket bas terus ke airport. Memang selesa. Kalau naik train, isshh imagine la masuk station time orang balik kerja. Kena jalan jauh dalam station. Kalau nak ke airport memang senang naik bas. Sebab banyak je bus station/terminal untuk ke airport. Gugel je. Book kereta 6 seater, datang ya Alphard.


SUNSHINE CITY BUS TERMINAL. 
Lokasi dalam/sebelah SUNSHINE CITY. Baru tau besar betul Sunshine City ni. 

Sunshine City ialah kompleks bandar yang luas yang terdiri daripada lima bangunan dan terdiri daripada sejumlah besar kemudahan yang berbeza termasuk Akuarium, Balai Cerap, pusat membeli-belah, pejabat, ruang acara, restoran, hotel, muzium, teater dan banyak lagi, dan ia dikunjungi setiap tahun oleh kira-kira 30 juta pelawat.

Sumber : sunshinecity.jp

Macam KL SENTRAL kita juga lah sikit.


Senang ada PRAYER ROOM. Flight kami delay 2 jam sebab hujan sangat lebat juga ribut. Katanya seluruh airport ditutup 2 jam, tiada flight dapat masuk dan keluar.


Ketika dah masuk kapal pun masih hujan lebat. Bye bye Jepun. Moga dapat kembali lagi.


Mentari mula bersinar.


Subhanallah cantiknya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com