Sunday, August 03, 2025

KENANGAN DAN KEMALANGAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Lama betul tak bersiaran, rindu semua. Busy sekejap. 


Khamis tengahari. Kawan Haji tilam sebelah di Mina call kata nak singgah rumah. Mulanya 3 couple, kemudian 5 then 8. Panic sekejap tapi seronok sangat. Sekarang kan boleh order je, senang sangat Alhamdulillah. Semua ni geng Haji 2022.


Call Sate Zul Kuantan. Order dan bayar siap2, pukul 4pm hubby pick up. Hubby singgah beli keropok lekor dan goreng pisang jugak.


Pagi nya memang dah keluar, visit mak dan cari barang2 especially Pisang Emas. Dekat 2 jam jugak pusing bandar Kuantan cari, Alhamdulillah ada satu gerai di Bukit Setongkol banyak stok pisang emas. Terjadi lah PUDING RAJA. Asalnya untuk program esoknya. Tak apa kita buat untuk first round dulu. Alhamdulillah seronok makan2 borak2 sebab lama jugak tak jumpa. Last, di Alor Setar bulan 5. Wedding anak geng Haji jugak.


JUMAAT PAGI. Kami sampai di sini. 

Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant, Kemaman, Terengganu.


Barisan AJK Reunion. And I am one of them, the kepoci haha. Berbaju Kedah kami di bawah sinaran mentari. Tahun lepas semua sepakat dan setuju Reunion ke 3 diadakan di Pantai Timur. So team Haji Pantai Timur sama2 cuba menguruskannya.   


Alhamdulillah cuaca terang cantik. 




Meja yang dekat ni, kami AJK pakat bawak potluck. Deco sikit2. Meja sana, resort nak hidangkan makanan dia. Resort ni dibina kemudian, asalnya cuma restaurant. Owner dari Iraq, berkawin dengan warga tempatan, orang Terengganu.


Kek Lemon dan Kek Marble saya buat. Tiapnya 1 adunan saja, tapi buat 2 loyang kecil. Patutnya 4 kek lah kan.


Siap masuk kotak satu kek ni di rumah.


Tapiiiii yang satu ni, terjatuh dan terlepas dari tangan ke atas chopping board (bersih). Berderai pecah lah nya. Kemalangan yang tidak diingini tapi atas kuasa Ilahi. Still boleh makan cuma berderai lah pecah nya. Simpan dalam bekas, tinggal je lah di rumah. 


Antara potluck kami. PUDING RAJA second round. Dapat 2 bekas ni.


Alhamdulillah pihak resort dapat memenuhi request kami, untuk adakan ruang tidur Haji2 umpama di Arafah dan Mina. Untuk kami yang perempuan, kami tidur di bilik2  resort. Jumlah semua dalam 100. Tak cukup bilik di resort, kami book satu homestay berdekatan.


Petangnya bila hampir semua sudah tiba, apalagi jalan2 pantai lah kan. Mostly memang dari KL, Selangor, Utara dan ada dari Melaka. Excited lah tengok pantai. Kami yang duduk dekat pantai pun sama excited.


Memang seronok. 


Malamnya ada tazkirah dari Ustaz yang juga bersama kami ketika mengerjakan Haji dulu. 



Dinner time. Owner resort sediakan Kambing BBQ style Iraq, sedap sangat2 Alhamdulillah. 


Ketika kami menetap di Kerteh dulu, Al Safina ni memang antara tempat kami datang makan, apalagi kedai Arab pertama. Memang sedap.


Selepas dinner, majlis meraikan Birthday dan Anniversary. Ada antaranya yang dah pencen lama dan kelakar, asbab ukhuwah kami kekal hingga kini. Tak kering gusi, ada je modal nak buat kami gelak. 


Petangnya ada yang mencari durian, jadi dessert lepas dinner lah ni.


Tema dinner, Jubah/Kaftan Batik.



Enjoy semua makan durian.


Walaupun resort ni kecil, tapi ada ruang cantik untuk kami bergambar. Apalagi tepi pool ni.


Ucapan Selamat Datang ni sebelum tazkirah Maghrib sebenarnya. 


Sebelum balik bilik. Zzzzz mengantuk.


Sabtu Pagi. Program CSR (Corporate Social Responsibility)

Bersama GENG PLASTIC IJA (GPI).

Geng Plastik Ija (GPI), juga dikenali sebagai Geng Plastik Hijau, ditubuhkan pada tahun 2017 di Terengganu. Tujuan utama penubuhan mereka adalah untuk menjaga kebersihan alam sekitar, terutamanya pantai di Terengganu, dengan menjalankan aktiviti pembersihan sampah secara sukarela.  


Ustaz, Professor, Datin antara nya sama2 enjoy dengan program ni.


Foto atas tu dikecam lucu dalam group Whatsapp. Geng mengelat, tapi kesihatan perlu diambil kira. Cuaca tak lah terlalu panas, ada angin yang bertiup dari Laut China Selatan, kurang rasa hangat teriknya. 



Tema Sabtu adalah Haji Hajjah Bersarung. Hehe berbatik lah masing2 dengan kreativiti masing2.


One for the album selepas menimbang berat semua sampah yang dikutip pada pagi Sabtu. Kami berjaya mengutip 262kg sampah bukan organik untuk dilupuskan di tempat yang sepatutnya.


Selesai program mengutip sampah, kami disajikan dengan air kelapa. Fresh dari pokok.


Sukaneka. Bowling buah kelapa.


Pemenang Best Dress Tema Bersarung, couple yang sering buat kami ketawa. Ustazah pun sama2 seronok, jauh datang dari Pulau Pinang. Ustazah juga ada bersama2 dulu  mengetuai jemaah Haji kumpulan besar kami.


Haji2 conquer swimming pool.


Siapa paling lama tahan nafas dalam air. Ehh hubby kita paling lama rupanya, 50 saat. Diorang ni main dalam air, wife2 semua dah ke bilik, packing dan ready untuk check out.


Lunch.


Ada Ikan Singgang & Ikan Goreng.


Dan budu...!!!


Last but least menyantuni jemputan Tuan Haji Harun untuk Majlis Aqiqah di rumah nya di Chendor. Moga ukhuwah kami kekal selamanya.

Semalam sampai rumah, keluarkan semua barang dari kereta, tertidur hampir 2 jam. Slow2 kemas, memang agak penat tapi seronok. Pagi tadi hubby pergi brisk walk, kita dah cakap awal2 tak mau ikut, penat. Settle kain dll, hubby balik bawak makanan u tuk breakfast dan lunch. Siap makan, terlelap sejam setengah hehe.

Nanti body system dah elok sikit, kita BW ya. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com