Thursday, August 14, 2025

IKAN KEKEK MAK ILOI ILOI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Alhamdulillah stok ikan banyak lagi. Kita cuba ikan kan semua waktu makan selagi boleh.


MIANG PLA PAO
Dinner petang Selasa. Air fry je ikan tu, malas goreng nanti merecik minyak, kena lap dapur. Sos tu blend jus limau nipis, garlic, daun sup, sos ikan, gula, cili api secukup rasa. 

Makan dengan suhun dan sayur2 seperti dalam gambar. Alhamdulillah licin. Tulang ikan je tak habis.


Rabu, semalam.

Tumis garlic dengan butter, masukkan jus lemon, oregano, cili powder dan susu. Masukkan ikan. Bukan berkuah, macam gravy pekat je. Senang masak dalam periuk favorite ni. Tak merecik sangat.


Kentang ada sebiji je. Potong dadu, sprinkle oregano, olive oil, garam dan chili powder. Air fry, sebab malas goreng. Roti ada 3 keping. Potong dadu bakar dalam air fry. Jadilah crouton instant. Yang lain2 tu lettuce, tomato, timun, carrot. 


BUTTER GARLIC CREAMY BAKED FISH

Tuang sos dari dalam periuk, lebihan masak ikan. Salad tu kami makan dengan Roasted Sesame dressing. Crouton terlebih gelap tapi still ok.


Siap je creamy butter fish, basuh periuk. Tumis herba campur, daun kari frozen, mayang bawang besar dan garlic. Lupa letak sedikit hirisan buah tomato.


Masukkan bawang besar blend dan serbuk kari ikan, suka guna Adabi. Dulu, kini dan selamanya. Tumis sampai naik minyak 2 kali. Agak2 je lah berapa banyak bawang dan serbuk kari tu.


Masukkan kepala ikan.


Bila terbalikkan ikan, kira dah hampir masak, masukkan sedikit santan kelapa, kotak pun tak apa. Tambah asam jawa, garam gula secukup rasa. Dah masak petang semalam, bila sejuk, masukkan periuk dengan ikan dalam fridge. Kari Kepala Ikan ni makan untuk breakfast pagi tadi. Panaskan Kari, goreng Prata frozen. Tangan ni masih bau Kari.


KIMCHI JJIGAE (STEW)

Sup Ikan Korea dengan kimchi dan pes Gochujang. Letak Enoki mushroom dan potongan timun. Sepotong ikan lagi, air fry je. Marinate ikan dengan minyak bijan, sos tiram dan lada putih. Menu lunch minggu lepas. 


Pulasan ni sedap, manis. Rupanya alahan sikit sebab tekak jadi gatal dan tak selesa. Orang kata maybe getahnya. Ya lah. Badan kita lain2 kan. Rasa badan macam nak batuk, rupanya perasan selepas makan pulasan. Makan je dulu, habis musim tak ada dah la. 


 Rendam sekejap ikan ni. Nak buat MI CALONG Insyaa Allah untuk dinner petang ni. Mi Calong ni, mi sup homemade bebola ikan. Mihun, mi kuning, kuetiaw pun boleh.

Kena update cepat sebab guna hotspot hp. Unifi problem. Esok baru technician diorang free boleh datang. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com