Tuesday, February 04, 2025

KUCHING, SARAWAK - Part 2




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Moga dipermudah kan semua urusan mereka yang terkesan dengan banjir di SARAWAK.


Dari Tasik Biru, kami pusing2 bandar Bau, untuk mencari kedai makan. Namun tak banyak yang buka. Drive balik ke Kuching. Gugel2 jumpa CTK di TIKTOK.


CITARASA TRADISI KOPITIAM. 

Lauk semuanya diletak terus dalam mangkuk, dalam warmer seperti di atas. Ambil talam, pilih saja. 


Memang penuh, kami terpaksa pilih meja di luar. Itu pun satu meja saja yang kosong. 


Lauk pauk kami. Alhamdulillah semua sedap.


KEK LAPIS WARISAN

Selesai makan tengahari, kami ke Kedai KEK LAPIS WARISAN. Ada bahagian demo jugak. Boleh rasa macam2 sample kek lapis. Sedap2 semua. Beli jugak untuk dibawa balik.


LEPAU.

Viral tempat makan ni. Kawan hubby di Kuching ajak dinner di sini. FULL HOUSE. 


So En R ajak kami ke sini. Food Court yang luas, tingkat paling atas, open air.


AYAM PANSUH

Ayam pansuh (atau Manok pansoh) merupakan satu cara masakan biasa di kalangan rakyat di Boneo (Sarawak, Malaysia). Ayam pansuh merupakan hidangan yang disediakan oleh daging ayam masak di dalam buluh dan dipenuhi dengan air (yang kemudiannya akan sup), perasa dan ditutup dengan daun ubi kayu (kemudian boleh dimakan bersama-sama dengan ayam dimasak). Asal-usul ayam pansuh tidak diketahui, tetapi kaum Iban dan Bidayuh (orang Sarawak) sentiasa menyediakan hidangan ini pada mana-mana hari perayaan, terutama Gawai Dayak (perayaan untuk akhir penuaian). Ayam pansuh merupakan hidangan biasa dikalangan penduduk Sarawak, Malaysia.
(Sumber : Wikipedia)


UMAI JELLYFISH & IKAN. Sedap sangat.


IKAN BAKAR
UDANG MASAK (LUPA)
AMBAL GORENG SAMBAL
LINUT

Linut atau juga dikenali sebagai Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional bagi masyarakat tempatan di Sarawak seperti kaum Melanau, Penan dan Orang Ulu malah menjadi sajian utama selepas nasi. Jika dilihat suatu ketika dahulu linut dimakan untuk menggantikan makanan ruji disebabkan kekurangan penghasilan beras suatu ketika dahulu.

Suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari keramaian kaum berkenaan malah hidangan ini juga menjadi santapan utama sekiranya ada jiran-jiran yang bertandang ke rumah. Hidangan yang diperbuat daripada pokok rumbia itu amat terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei.
(Sumber : utusansarawak.com.my)

Semua sedap Alhamdulillah.


Wife En R kata kedai no 25 yang paling sedap. Tapi tutup sebab cuti CNY. Katanya semua kedai makan di sini ada logo HALAL, dipantau oleh Majlis Ugama Negeri.


Dalam lif ke bilik hotel. Kekenyangan Alhamdulillah. Tak suka la SARAWAK ni. 2 malam, badan naik 2kg tau.


Hari ke 3. Masih hujan. Pagi nya di sini. Dah check out siap2.













View dari BORNER CULTURES MUSEUM.


SUMIRAN. 


Lunch di sini sebelum ke airport.


SET MEE KOLOK + DESSERT SAGU GULA APONG


LAKSA SARAWAK 




Semua sedap2. Alhamdulillah.


Slip ni kita akan dapat sewaktu tiba di AIRPORT KUCHING. Baca detail di slip.


4 hand carry 7kg seorang (pergi) + 2 hand carry 7kg = 6 hand carry bag (balik). Tiada beg untuk check in. Itu pun banyak space lagi. 


Kena tulis di slip e-boarding pass bagi yang yang menaiki Air Asia. Tak sure untuk flight lain. Asalnya kami terus ke departure lane, tapi pegawai di pintu, memaklumkan kena isi slip ini dulu. Ada di kaunter berdekatan saja. 


KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT 

Banyak rupanya tempat makan di dalam ni. Masih hujan lebat dan renyai berterusan. 

Alhamdulillah smooth trip. Moga dapat ke Kuching lagi. Banyak tempat tak dapat kami pergi atas faktor hujan. Namun begitu, tempat lain nya juga sangat menarik terutama juadah makanannya. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

3 comments:

  1. Tempat lain di Sarawak, kita pernah pergi macam Miri dan Sibu..Kuching jer tak jejak lagi

    ReplyDelete
  2. Obor-Obor rupanya boleh makan ya Mulan?. Tak pernah mencuba lagi. Cantik gambar first tu macam glow in the dark.

    ReplyDelete
  3. pernh mkn juga kt topspot time outstation dlu...1st time mkn umai time tu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com