Wednesday, January 08, 2025

THE PAYANG HOTEL & PASAR PAYANG

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Beberapa hari balik dari Jepun, hubby bagitau ada kawan offer tempat nya, untuk join monsoon ride di Kuala Terengganu, ride basikal dalam hutan lecak selut dan andaikata hujan, memang lagi suka kot diorang ni. Kawannya ada hal tapi dah bayar registration semua. Ikut je lah sebab tak ada hal pun minggu tu. Lepas kerja Jumaat, kemas barang & basikal, terus drive ke KT. Memang penat balik Jepun masih terasa tapi kesian pulak hubby nak pergi sorang2. 


Book PAYANG HOTEL (bookingdotcom) sebab pernah lalu dulu, dan tepi PASAR PAYANG. Cantik kan lobbynya. RM150 rasanya untuk 1 malam. Area KAMPUNG CINA.


Hallway dia cantik kan. Lobby ke lif.


Level 2 kami berwarna biru.


Layoutnya unik. Kepala katil tidak di tepi dinding, ke tengah sikit. Ruang kosong hujung kepala katil dijadikan umpama bar untuk minum kopi. Ada safe deposit box juga. Katil mengadap tingkap.


Shower room, toilet dan sink di luar kedua nya.


Level 1 berwarna merah.


Keluar cari makan malam.


Hujan gerimis.


Dekat dengan hotel.


Kami pilih meja tepi tingkap.


End lot, tepi kedai ada space. Ada beberapa meja dan kerusi di luar.


Hubby makan nasi, dia perlukan carbo untuk kayuhan esoknya. Sedap. Nasi apa ya, lupa. KUNG PAO kot.


My COFFEE. Lupa order apa.


GRILLED CHICKEN. Sedap.



Ruang dan suasana UMAMI.


Hotel Reception dari pintu depan. Kami masuk ikut pintu belakang sebab dekat ruang parkir kereta.


Ada juga COFFEE SHOP. Tapi hubby takut tak boleh tidur sebab kena gerak awal esoknya. Tak jauh dalam 10km tapi takut parking susah.


Impian nak jalan sorang2 ke PASAR PAYANG tinggal impian. Malas. Golek2 nonton NETFLIX. Alhamdulillah bawa roti bun GARDENIA & snek2 jajan. Kenyang untuk sarapan sorang2 sebab malas keluar.


Bilik kami mengadap sungai. 


Tu je PASAR PAYANG. Dekat sangat. Parking kereta di bawah je.


Hubby balik terus check out. Dapat late check out 2pm Alhamdulillah. 


Ada beberapa ruang makan di hotel ni. Malam sebelum nya ada yang celebrate birthday.  Kalau duduk lama boleh try food di sini.


Love sangat tengok deco di dinding nya.


Ruang menunggu di lobby.


Bye bye PAYANG HOTEL. Jumpa lagi. Suka lah hotel ni.



View dari belakang hotel, facing sungai. 


PASAR PAYANG baru sudah dibuka. Lengang sikit maybe sebab ramai ke MAYANG MALL yang baru dibuka. Ada SOGO katanya. Wahh best tu.


Barang jualan macam biasa tapi lebih tersusun dan luas.


Kami cari makan dulu sebab lapar. Tapau SATAR. Order MI SUP AYAM TELUR PECAH. Sedap nya.


Nak ke parkir kereta kami lalu dalam Pasar lagi. Geram tengok barang dapur. Tapi malas lah. Kedai emas ada sederet. 


Latihan di sana agaknya.


Eh lawa bergambar di sini.


Satu2 nya hasil dari PASAR PAYANG. Lama cari baru jumpa. Peeler yang kami suka. Hehe.


Petang sampai rumah, ini lah dinner kami. Puas makan. Sedap sangat SATAR ni Alhamdulillah.


Baru jumpa foto dalam hp hubby. Begini lah rupa nya dia. Aduii. Balik rumah, pening baju, kasut & basikal bau selut dan BERSELUT...!!!! 2 kali kena ulang cuci baju dalam mesin sebab berpasir. Dah bilas dulu pun masih berpasir. Aduiii.


Suka lah sangat ya. Main selut.

15 comments:

  1. Moga ada rezeki lain kali untuk ke Pasar Payang.
    Aduusss... satar tu menggoda selera!

    ReplyDelete
  2. cantiknya hotel..suka vibe mcm ni...kita dah sampai jg di Pasar Payang di bulan Disember 2024, ada diskaun musim hujan...Mayang Mall pun dah sampai jg pd 1/12 tapi masa tu belum buka...ada site inspection...letih meronda..

    ReplyDelete
  3. Hotel baru ke tu... Next time pergi boleh lah duduk hotel payang

    ReplyDelete
  4. Warna-warni, lawa la hotel ni...
    Sy ingat Akk nak shopping batik ke dlm PP tu, rupanya cari peeler 🤭

    ReplyDelete
  5. Cantiknya hotel tu. Tak pernah lagi pergi pasar payang baru ni.

    ReplyDelete
  6. Cantik betul Hotel Payang ni ... Boleh la try kalau terlajak ke sana suatu hari nanti :D
    Pasar Payang ni dah lama tak jejak kan kaki. Dulu kerja sebulan wajib pergi sekali. La ni takde dah ..

    ReplyDelete
  7. Nampak pasar payang ni dah banyak berubah.. Ya Allah Satar tu dah lama tak makan sedapnya :D
    Mee Sup Ayam Telur Pecah tu pun mengiurkan huhuuu

    ReplyDelete
  8. Unik pula design hotel tu ya Mulan...

    ReplyDelete
  9. Tak sampai lagi hotel baharu dan pasar payang yang baharu ni

    ReplyDelete
  10. Dah 14 tahun tak ke terengganu... Memang kena repeat nie.. Banyak bangunan baru.. Boleh lah masuk list payang hotel nie..

    ReplyDelete
  11. Kedai emas berderet? Larrriiikkkkk!

    ReplyDelete
  12. rate hotel tu sgt ok laaa sbb deko2nya :) wahhhh bagusnya ur hubby sgt fit tu..cycling tu very good exercise

    ReplyDelete
  13. Terengganu ni mmg awesome serba serbi elok

    ReplyDelete
  14. Unik dan cantik hotelnya.
    Katil tu menghadap tingkap, senang golek-golek santai pandang luar 😁

    ReplyDelete
  15. wahh cantiknya hallway hotel tu! cantik & lebih tersusun nye Pasar Payang.. sedapnya satar tu! meleleh air lior! hehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com