Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.
SABTU. BUKIT PELINDUNG.
Selepas Subuh. Breakfast di Beserah dulu. Lama tak ke sini. Rindu jugak. Pegang payung sambil naik. Mendung dan halus rintik hujannya.
Suffer now..!! Aihh...
Alhamdulillah. #YOUMADEIT.
Banyak pencawang di sini. Sejuk, berkabus, rintik2 halus hujannya.
Ada advertisement board baru di atas sana. Menarik di Maran.
Bila turun, lagi suffer sebenarnya. Menahan lutut. Bertiga dengan anak soleh.
Ajak hubby lintas lalu dalam kereta di PANTAI TELUK CEMPEDAK (TC)
Lama betul tak ke sini. Alhamdulillah bersih pasir pantainya.
Kemudian ke PANTAI TELUK SISEK. Sebelah saja. Bersambung dengan PANTAI TAMAN GELORA.
Ada yang picnic. Dah ada buaian.
ZOO TERUNTUM. Yang famous dengan dinosaur nya.
Sabtu malam. Seriously sejuk.
AHAD @ AH LEE & RAKAN-RAKAN.
Pagi tadi masih hujan, renyai2 tapi tak lebat. Viral banyak kali lintas di sosial media. Alhamdulillah awal buka nya.
Roti Bun Bakar + Peanut Butter & Kaya.
Roti Benggali kukus + Susu Cair & Kaya Pandan.
Roti Canai & Asam Pedas Tetel.
Nasi Lemak Daun Pisang. Habis awal dimakan.
Kedai ni terletak di corner simpang empat, antara Jalan Bukit Ubi & Jalan Dato Wong Ah Jang.
Antara nya. Ada Mee Kari, Mee Rebus, Kacang Pool tapi belum siap. Sate pun tengah bakar. Tapi tak apa sebab yang lain ada.
Suasana kedai.
Foto dari Carian Google. Sumber pada foto.
Sumber Foto : Kedai Ah Lee & Rakan- Rakan.
Siap breakfast, hubby drive & park kereta di JALAN MAHKOTA. Hujan renyai2 maka kami brisk walk keliling deretan kedai, di Jalan Mahkota dan Jalan Besar.
RESTORAN SELERA PADANG.
Eh eh ada kedai makan buka awal jugak ni. Ok boleh try next time.
SENJA WARUNG BREKPES BY DOCDUCK.
Yeyy ada lagi kedai makan baru. Buka awal pagi. Boleh try next time.
JALAN BESAR.
OLD FOREST VILLAGE CAFE.
Cafe baru jugak ni.
Menarik.
Elok di luar kedai. Unik.
WILD FLOUR KOPIHOUSE.
MUKA ATELIER. Pernah nak try tapi 3pm tutup rupanya. Ownernya (Arkitek) sama, dengan CAFE TJANTEK. Berdekatan.
1940 KOPITIAM. Belum try.
Teruskan brisk walk ke BENTENG SG KUANTAN. Ada PERTANDINGAN MEMANCING. Ramai juga walaupun hujan rintik dan renyai.
Lintas jalan. Ke TAMAN KOMPLEKS TERUNTUM.
Cantiknya.
Lalu ART STREET seketika, sebelum ke kereta. Ada yang baru. Diganti yang lama.
Ke PASAR TANI nak cari JERING REBUS. Tak ada juga. Jumpa bekas pemain bolasepak Pahang (baju hijau), juga dengan Abg S (baju merah), anak saudara Makcik Cafe di Stadium Darul Makmur dulu. Saya membesar banyak di stadium, ikut arwah ayah, bekas pemain, jurulatih dan pengurus pasukan Pahang, juga berkerja di Pejabat Stadium dulu dulu dulu. Kenangan semuanya.
Asalnya nak beli/tapau makanan di Pasar Tani untuk lunch di rumah. Tapi teringat ada IKAN SALAI yang hubby buat dalam hutan baru2 ni. Dia pulak jumpa TELUR IKAN di Pasar Tani. Nasi pun ada dalam freezer hehe.
MASAK LEMAK IKAN SALAI & TELUR IKAN GORENG.
Add on SAMBAL HITAM yang dalam botol kecil tu + timun potong. Cukup lah. Bertambah jugak nasinya.
Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com