Saturday, September 28, 2024

SEPTEMBER YANG AGAK SPECIAL.


SEPTEMBER 1997

Ketika baru sampai ke HO CHI MINH CITY. Jalan2 ke CU CHI TUNNEL dan TOKONG DEN BEN DUOC. Dalam tunnel dapat makan ubi rebus dengan kelapa. Kesian mat saleh tu awalnya tak reti makan ubi, lepas tu sedap sangat katanya.

Hubby asalnya dipinjamkan 3 tahun ke projek baru di Ho Chi Minh City. Uncle suruh ikut. Terpaksa berhenti kerja, hasrat nak further studies pun ter-pause, langsung terhenti. Impian nak kerja itu ini, nak jadi itu ini, jadi lah surirumah hingga kini. Sedih, geram, frust tak terkata, semua ada, tapi redha. Berkerjaya dan bermusafir sana sini, dua perkara yang berbeza dalam hidup. Tak semua yang faham. Struggle, memang struggle banyak benda, yes kita semua hidup ada struggle masing2. Dulu, kini, later, Allahu a'lam. 

MOGA DIPERMUDAH KAN SEMUA NYA, ALLAH IS THE THE BEST PLANNER.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

DOA BUAT PALESTINE DAN LEBANON.


NHA TRANG. 
Tepi laut. Naik train malam, walaupun train lama tapi bersih. 


LANGBIANG MOUNTAIN, DALAT. 
Tak dinasihatkan pergi jauh. Snap foto di depan tu je lah. 


PHAN THIET. 
Juga tepi laut. Celebrate HARI MERDEKA dengan family Malaysian di Ho Chi Minh City.


DALAT
Dengan family boss #2.


DALAT.
Seronok naik gajah.


Antara aktiviti, main bowling, jualan BAZAR MALAYSIA, naik kapal SRI INDERA SAKTI yang berlabuh. Al Fatihah pada yang dah tiada.


HARI RAYA AIDIL FITRI & AIDIL ADHA.
Bila duduk luar, bila tak balik Raya, terpaksa lah buat satay sendiri kan. Kongsi2 kerja, buat sama2. 

Korban di sana, buat di tepi tanah perkuburan atau dalam masjid atas simen. Atas arahan pihak berkuasa di sana. Negara Kom......is kan. Jangan sesekali membantah. Di mana pun kita pergi, hormat peraturan negara itu. Semua atas keselamatan.


CU CHI TUNNEL lagi, bawa cousin dan kawannya. Ketika ni anak soleh dah lahir (made in Vietnam, born in Malaysia hehe). Wedding warga CHAM, pembantu rumah kawan. Seronok sangat kalau dapat jemputan diorang ni. Diorang ni segan nak ajak sebab rumah kecik la dll tapi kami suka pergi. Siap bagitau jangan lupa jemput haha. 1997-2007 di Vietnam secara kasarnya.


SEPTEMBER 2000
OLYMPIC PARK. 
Weekend outing. Manager2 bawa jalan2 bandar.
Dari plan asal dipinjamkan, hubby terus terpaksa ditukarkan status nya. Bila projek dah mula, dihantar pula ke SEOUL, dekat setahun tapi saya follow 9 bulan saja. Anak soleh pun baru 4 bulan. 


Foto atas :
Manager KOREAN COMPANY bawa kami ke kampung nya, PAJU kalau tak silap, tak jauh dari sempadan KOREA UTARA. 

Foto bawah :
CHUNGCHEONG DO. Hiking dengan carrier & baby rocker, ringan je. 


Hubby ni almost every weekend pergi main ski, kalau tak kerja. Kita ikut bila rasa nak ikut sebab ada anak soleh yang masih baby ni, nak pakai kan winter suit, memang STRUGGLE dia bergolek je. Try jugak, sampai tergolek haha. Enough lah, memang tak minat hehe.


Buat SNOWMAN tepi HAN RIVER. Dekat apartment kami je, seberang jalan. 

Foto bawah, HANGARAM APARTMENT, TONGBU ICHON DONG, belakang tu apartment kami. Imagine apartment kami, besarnya, 10 langkah x 10 langkah tapi duduk bertiga je, selesa sangat. Tak ada meja makan, guna meja lipat duduk atas lantai saja. Sofa 2 seater. Tapi bilik ada 3 kecik2, satu bilik air. Nak yang paling murah kan, boleh save duit allowance, dekat ICHON TRAIN STATION, biar lah basic pun. Maybe size studio. Cost of living di Seoul, memang tinggi. Memang jaga betul bajet sebab nak explore SEOUL & dekat2. Alhamdulillah ada macam pasar tani pagi Ahad, boleh la cari sayur, ikan murah2. 


SORAKSAN @ MOUNT SORAK.
Angin kuat, tak dapat naik cable car. Weekend outing, manager company selalu organize. Best betul Pak Haji tu. Jaga anak2 buah dengan baik sekali. Sewa shuttle, jalan selagi boleh. Ya lah, bukan selalu datang. Ada juga staff lain bawa family. Kami kongsi2 belanja. Semua best. Very cooperative.


AUTUMN & SPRING
Lupa dah nama 2 Theme Park ni.


Asal weekend memang panjang kaki kami. Explore selagi boleh. Dengan baby carrier, dengan light stroller.


SPRING BLOSSOM. Memang cantik.
SEOUL WORLD CUP STADIUM. Tengok bahagian yang siap je.
INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT. Datang airport lama GIMPO INTERNATIONAL AIRPORT, balik airport baru. 
NAMDAEMOON MARKET. Jalan2 sebelum balik VIETNAM semula. Yang ramai datang ketika itu, pemborong KOREAN SILK, BRANDED HANDBAGS (kawan cerita), BROOCH. Tapi kami suka ke GANGNAM STATION UNDERGROUND sebab situ murah. Handbag tak ada brand, RM10-15 lawa2 leather good quality, balance2 buat handbag mahal kot. Baju branded budak2 pun murah from RM10, reject tapi branded. Reject silap tagging, butang color lain je pun, antaranya. Belek2 pun tak ada langsung koyak atau tetas jahitan. Love sangat lah situ. MASJID ITAEWON, tempat beli ayam daging halal. Ustaz Sulaiman kot nama ustaz tu dulu yang jual ayam. Tak pernah ingat nak snap foto. 

Ketika itu, JEJU ISLAND belum famous. NAMI ISLAND pun. 

Tapi kita beli 1 set ARCOPAL di KOREA. Beli masa sales sikit2, cukup kan set untuk 8 orang. Pinggan makan, dessert plate, mangkuk dan mug. Tiap bulan beli set untuk 2 orang. 

Alhamdulillah atas semuanya. Moga diizinkan kembali ke SEOUL bawa anak2 soleh solehah.

6 comments:

  1. phan thiet tu... kiranya popular tak dalam kalangan org sana? agak2 org malaysia tahu tak tempat ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course lah orang sana tau, tempat dia kan hehe. Sekarang gugel je, orang akan tau. Phan Thiet ni famous sebab ada sand dune macam padang pasir.

      Delete
  2. 10 langkah x 10 langkah?
    saya pulak yg rasa semput nafas ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe senang kemas, macam sewa bilik hotel yang besar sikit tu.

      Delete
  3. tak dapat kerja itu ini pun xpe kak...asalkan dapat pusing tengok negara orang dah kira bertuah sangat dah

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<