Thursday, September 19, 2024

KELUAR NEGERI. POKOK2 DITINGGAL. JAJAN LABUAN BAJO.


Subhanallah cantiknya LABUAN BAJO @ FLORES.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

8 hari tinggalkan rumah. Risau tinggal pokok2. Alhamdulillah Abg At siramkan. Sebelum ni, tak cara pun. Tanam sebab saja2 tak nak nampak laman kosong. Banyak kali pokok mati. Beli baru yang murah2, tanam semula. 2-3 bulan lepas, kena brainwash dengan aunty di RASA SAYANG NURSERY KUANTAN tu. Dia marah sebab pokok tak siram, tak baja. Pastu komplen pokok mati, haha setepek kena. 


Kaktus ni pernah cerita di blog sebelum ni. 


Sekarang dah bertambah dan makin besar, Alhamdulillah.


Yang ni pun, pernah cerita dulu. Macam tak sihat.


Alhamdulillah sekarang makin bertambah dan tinggi.


Kaktus kepunyaan arwah tok. Mak letak tepi tong sampah. Alhamdulillah staff Alam Flora tak buang. Kami bawak balik sebab sayang. Alhamdulillah makin elok. Bahagian macam kering warna cokelat tu keras dan utuh. Semakin membesar.


Alhamdulillah sekarang lagi besar. Dah kena tukar pasu lain.


Dari 2 pasu, dah kena tukar ke 3 pasu. Patah tapi cucuk balik dalam tanah. Alhamdulillah elok tumbuh.


Sebelum ni letak di belakang dapur, bawah atap. Memang tak kena matahari. Tapi tak mati. Cuma macam hidup segan, mati tak mahu. Tapi dah dibawa keluar, tepi porch. Kena cahaya matahari. Yang patah2 dicucuk ke tanah. Alhamdulillah elok tumbuh.


Asalnya 2-3 pasu. Tapi ada yang jatuh berderai, langsung ditanam dalam pasu kecik2 yang lain. Alhamdulillah makin elok membesar.


Balik Selasa baru ni, kecut kering, agaknya Abg At miss pasu ni. Dah disiram semalam, Alhamdulillah segar semula. Pokok Bayam, kata Abg At.


Hampir nak buang dah pokok ni. Tak tau nama. Alhamdulillah membesar bagai johan. Disiram dibaja. Haha terpaksa.


Pun sama. Hampir kena buang. Membesar sampai tak nampak pasu.


Pernah beli dulu tapi buang sebab mati. Alhamdulillah kali ni elok tumbuh membesar.


Alhamdulillah dah 2 kali beli. Spray2 je. Mahal sikit tapi Alhamdulillah elok pokok. Lama gunanya. Bukan spray tiap hari. Sekali seminggu je. Spray manja2, bukan banyak2. 


Baja untuk kaktus. Dah 4 bulan guna, tak habis lagi. Drop sikit2 je. Kaktus pun aunty nursery kata, satu kali satu minggu saja.


Asalnya tempat kaktus tapi tak dapat matahari kot. Kaktus kena pindah. Jadi tempat POKOK MONEY PLANT ni. Asalnya dapat satu pasu kecik dari BLOGGER AINT SUPERWOMAN. Sekarang dia dah pause blogging, hilang password hehe. Alhamdulillah elok tumbuhnya. Pokok ni senang jaga kan, tak siram lama tak apa.

Anak solehah ada cakap. Siram masa tanah dah agak kering. Kena pegang tanah atau cucuk untuk tengok kelembapan tanah. Wehh, renyah nya. Sebelum ni siram hari2 tapi pokok macam nak mati. Siram sikit2 memang sah air tak turun ke akar pun. Sebab tak tau. Baru ni gugel cara siram pokok. 

Rupanya, tanah dan akar wajib kena air. Anak solehah kata, kena nampak air keluar dari pasu. Ohhhh camtu. Tapi tak boleh siram selalu sangat takut akar lemas. Leceh jugak. Maka, kita pun siram sampai banjir pasu, tapi siram 3-4 hari sekali. Itu pun, kalau tanah lembap, tak perlu siram. Alhamdulillah setakat ni, bertahan hidup pokok. 

Sewaktu tiada di rumah baru ni, mintak tolong Abg At datang sekali je. Selang 4-5 hari. Alhamdulillah pokok elok. Dah pesan, siram pokok tapi cucuh air pada tanah, bukan pada daun pokok. Cucuh sampai nampak air pada permukaan tanah. Bukan tiap hari. 


LABUAN BAJO @ FLORES

Labuan Bajo ialah sebuah bandar nelayan yang terletak di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia. Ia terletak di daerah Komodo. Ia adalah ibu kota Kabupaten Manggarai Barat, salah satu daripada lapan kabupaten di Flores.


Ini trip hubby dengan kawan2 sekolah dia. 


Wajib lah pergi scuba diving.





Insyaa Allah ada rezeki, nak pergi jugak nanti. Cantik katanya.


Hubby tanya nak kirim apa. Tak tau apa ada sana. Alhamdulillah dia memang pandai. Memang ini yang disukai.


Yang lain belum rasa. Tapi ROTI BIJAN tu sedap. Ada cheese di dalam nya.

8 hari dia pergi LBJ, kita duduk Putrajaya. Ada impian, ada rasa nak jumpa kawan2 blogger maybe yang berdekatan. Tapi tak kesampaian sebab kena mild flu dan batuk. Insyaa Allah next time lah. 

SALAM JUMAAT PENUH BERKAT.

1 comment:

  1. Hari tu ada terbaca Labuan Bajo ni destinasi terbaru flight AA. Lepas ni mesti ramai orang akan datang melawat tempat ni. Macam menarik je dan boleh dipertimbangkan 😄

    Bab kena tinggalkan pokok-pokok tu, faham sangat sebab my mom pun sama, sepanjang dia di KL mesti dia video call adik remind siram pokok sambil tengok keadaan pokok yg ditinggalkan hehe. Subur2 la pokok2 kak Mulan ni, suka tengok.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<