Monday, September 23, 2024

HADIAH DARI SA. TERKUNCI LUAR RUMAH...!!! SATAY WILLY. ROMANTIKA.

 

First time makan SATAY WILLY di RAMAL JUNCTION FOOD COURT.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Alhamdulillah sampai dah, gift TOP COMMENTATOR dari SA (SURIA AMANDA). Suka sangat telekung ni. Thanks SA. Moga murah rezeki selalu.


SABTU.

Pagi Sabtu kelmarin, balik Putrajaya lagi. Nak settle hal tertangguh. Sampai around lunch time. Discuss punya discuss. Tak nak makan tempat yang sama. Ada hal nak ke Bangi, ternampak SATAY WILLY. Singgah terus.


First time ni. Memang sedap..!! Alhamdulillah. Order 10 ayam, 10 daging, tapi tak habis, so tapau lah. Besar2 ayam nya. Boleh repeat Insyaa Allah.


Siap makan, siap ke Bangi, balik rumah, settle kan isu berbangkit ni. Ubat gegat tu yang ditabur seminggu lepas. Ehhh ada lagi hasil SI OYEN ni. Bukan OYEN kami. Stray atau berpunya. Memang jiran2 ada bela kucing. Bertabah lah. Hubby pun dah beli blower untuk blow daun2 kering tu. Tak lah penat sangat menyapu daun kering jiran. Tapi still ada yang melekat pada rumput carpet tu.


Hubby nak kena settle kan jugak isu lantai tersumbat ni. Sama2 kami mengerjakannya. 


AHAD. 
NASI LEMAK ROYALE AYER@8. 
Sumber Foto : Endless Hayat. (Lupa snap foto)

Rupanya macam Nasi Kandar/Ganja je. Cuma nasi lemak warna kuning, patut nama nya ROYALE. Rasanya, boleh lah. Tapi NASI GANJA BERDENGUNG KUANTAN lagi sedap kot.


Siap makan 7.30am, macam biasa lah hubby ajak brisk walk. Nak jalan jauh sikit, itu lah sebab makan dulu. Park kereta memang dekat NASI LEMAK ROYALE. Terus jalan ke TASIK PUTRAJAYA. Cuaca memang agak mendung.



Rindu view ni. 2016 kami menyewa di CYBERJAYA. Memang laluan ini, laluan kami berbasikal saban hujung minggu kalau tak ke mana.



Hingga ke MARINA PUTRAJAYA. 


Ramai betul pelancung pagi Ahad. 


Alhamdulillah 11,000 steps. Satu badan macam rasa contractions nak bersalin/beranak. Hehe. Dari NASI LEMAK ROYALE hingga ke MARINA PUTRAJAYA. 
Pergi balik. 


Siap brisk walk, ajak hubby ke ROMANTIKA BANGI GATEWAY. Nak menambah koleksi pokok plastik. ROMANTIKA ALAMANDA, harga mahal sikit untuk pokok plastik besar ni. Shopee pun murah sikit tapi malas tunggu.


Bunga atas meja, beli daun bunga, beli bekas bunga, bengkok kan dawai, letak je dalam bekas bunga tu. RM9 kot lagi murah buat sendiri. Simple je. Pokok plastik, tak sampai RM100/pokok pun. Yang paling kanan dah beli awal dulu. Tambah 2 lagi. Untuk dalam rumah. Tak payah siram kan, hehe.


KISAH PAGI TADI.... Isnin.....

Hubby tak ke plant pagi tadi sebab meeting di bandar je. Sebelum dia keluar kerja, siap salam2 dah, kita pun keluar siram pokok2 dalam pukul 8.30 lebih sikit. Pokok 4 hari tak siram. Siram pokok, sapu lantai porch, cabut rumput liar dll. Pukul 10 dah siap konon lah, nak sambung esok sebab panas. Sekali tengok pintu depan kunci. Alamak...!!! Mesti hubby kunci, sebab tak perasan kita kat luar. Memang selalu siram pokok lepas dia pergi kerja. Hari ni terawal sikit je pulak.

Call hubby, kesian dia sebab dah nak start meeting. Mintak dia hantar kunci ke reception, letak dalam envelope, tulis nama. Book Grab lah. Ambil kunci dan hantar ke rumah. Lama jugak sebab rider jauh. Memang dahaga sangat.


Sambil menunggu kunci, Whatsapp kawan2 sebab boring haha.


Hehe..... 


Alhamdulillah adik rider sampai. Terkejut dia baru tau kunci rumah yang dihantar nya. Lari terus lah masuk rumah cari air. Hehe. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<